Sabtu, 29 Ogos 2015

KALAU DAH JODOH...

Assalamualaikum

Aku jarang sekali bercerita hal peribadi di sini. Tapi untuk kali ini, aku ingin berkongsi kisah yang telah Allah takdirkan untukku..

Aku bernikah dengan seorang lelaki yang tidak disangka-sangka. Tempoh perkenalan yang sangat singkat..namun takdir Allah tertulis akulah rusuk kirinya yang dicari-cari . Aku disatukan dengan suamiku dalam keadaan berserah sepenuhnya kepada Allah..tiada cinta, cuma yang ada hanyalah redho dan jujur antara kami dan direstui keluarga.

4 Jun.. Allah pertemukan kami (bagaimana dan di mana..biarlah Allah jua Yang Mengetahui)

7 Jun.. buat kali pertama dia menghantar sms 

11 Jun.. aku dilamar hanya melalui sms

14 Jun.. kami berjumpa buat kali pertama

4 Julai.. berjumpa kali ke-2 dan pertama kali perkenalkan kepada mak dan abah

18 Julai.. kami berjumpa kali ke-3 untuk membeli cincin dan persiapan kahwin. Shopping di Jackel dan Poh Kong

10 Ogos , kami bertunang

29 Ogos ..tarikh keramat..kali ke-5 berjumpa dan terus bernikah.. Majlis kami yang cukup ringkas, Kami selamat disatukan dengan sekali lafaz di masjid,jamnya lebih kurang pada waktu ini (pukul 10.40 pagi seingat aku) dan kemudian balik ke rumah aku untuk majlis kenduri yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.



Sebentuk cincin dan seutas rantai tangan sebagai tanda ikatan antara kami


30 Ogos.. terus pergi honeymoon seminggu

Itulah kisah aku, perkenalan singkat, majlis yang ringkas, kami hanya buat apa yang wajib dan yang dituntut dalam Islam.. Alhamdulillah kami bahagia hingga kini dan gembira hidup dengan cara kami. Bercinta selepas nikah memang indah ! Yang kelakarnya..seminggu pertama bergelar isteri, dan waktu itu sedang berbulan madu, bangun jer tidur..eh..eh..sape pulak tidur sebelah aku nih?? uhuhuhu.. boleh terkejut la pulak..sebulan pertama hidup bersama memang malu-malu..pelik rasanya. Janggal pun iya . Buat apa pun rasa serba tak kena. (tersenyum sorang2 bila terkenang kembali huhuhu)

Syukur suami tidak berhutang pun untuk pernikahan kami. Alhamdulillah, pada ketika itu kedudukan kewangan suami dan perniagaannya sudah kukuh.

Pernikahan dan majlis yang simple tapi cukup bermakna. Tetap ada wang hantaran dan mas kahwin, hantaran sepersalinan berdiri untuk aku, dan untuk membatal air sembahyang, sebentuk cincin beserta seutas rantai tangan .

Aku sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang, rajin, beriman..tanpa aku duga dan tak pernah termimpi  walaupun sedetik bahawa ini jodohku. 

Hari ni ulangtahun perkahwinanku dengan suami tersayang. Kehadiran Simontelku menambahkan kebahagiaan keluarga kami. Tahun lepas terlupa tarikh  disebabkan aku baru sahaja menjalani pembedahanan di KMC. Ceritanya ada disini MY WEDDING A NEVER SORRY .

Doakan kebahagiaan kami hingga ke jannah..

1 ulasan:

  1. alhamdulillah. tahniah. sama-sama kita mencari keredhaan Allah. inshaAllah aamiin :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...