Isnin, 17 Ogos 2015

KERABU LIMAU BALI

Assalamualaikum..


Serius, kali pertama aku diperkenalkan dengan makanan ni, aku pelik sepelik-peliknya. Aku tak pernah dengar, tak pernah tengok, tak pernah makan dan tak pernah tahu pun..kesian betul!

Dan setelah makan, tak sangka memang sedap. Aku kongsikan resepi Kerabu Limau Bali ni untuk kurang cuba

KERABU LIMAU BALI

Bahan-bahan;
Isi limau bali yang sudah dileraikan
Cili padi hiris nipis( kuantiti ikut tahap kepedasan sendiri)
Ikan bilis goreng( boleh ganti dengan sotong kering nipis yang boleh makan terus tu-hiris nipis)
Serai, bawang merah, bunga kantan (hiris nipis)
Sos ikan( tak de pun tak pe)

Cara-caranya;
Campur je semua..siap!

Kalau dapat limau bali yang masam laaaagi sedap. Kalau limau bali tu jenis yang hambar rasanya,boleh perahkan sedikit limau nipis. Aku makan macam tu aje

Inilah rupa Kerabu Limau Bali

Ok..selamat mengkerabu! Adeuss!!

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...