Amboi tajuk..huhu.. sempena nama kuih kegemaran aku dari kecik lagi.. bak kata orang Kedah.. "tauk2..
Ini resepi Kuih Qasidah yang diajar mak aku.
Kuih Qasidah Utara
Bahan-bahan;
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Bahan taburan; 5-6 ulas bawang merah,di mayang dan digoreng.
Cara-cara;
1. Campur semua bahan dalam periuk (kecuali bawang) , kacau sampai sebati..
2. Masak atas api sederhana, kacau sampai likat.
3. Sediakan bekas , sapu minyak (gunakan minyak bekas goreng bawang) dan tuangkan adunan yang sudah masak tadi.
4. Taburkan bawang goreng sesuka hati..biarkan sejuk..SIAP!!
Sukatan yang aku bagi ni, memang ngam 1 bekas macam dalam gambar tu..teksture nya tak keras..tak lembik ..tapi menggedik jeee..Ok..selamat mencuba.. Adeus!!!
tak pernah rasa dan teringin pula nak rasa bila lihat gambar ni...
BalasPadamOh... resepi baru buat kakak ni
BalasPadamKakak tak pernah lagi jumpa dan merasa
Nak simpan dan mencuba - suka & terima kasih.
assalamualaikum
BalasPadamsinggah ptg
hari ini bz sangat x sempat nak BW
Aduh!! dah lama x makan nie. Nak balik Kg nak kena cari di KL ini susah nak dapat yg sedap. x tau mana nak cari.
BalasPadam