Selasa, 18 Ogos 2015

LADA KE CILI?

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak tegur sikit kepada penulis dan penerbit buku terutama untuk kanak-kanak. Janganlah main tangkap muat sahaja bila nak buat buku tambah-tambah lagi buku untuk pelajaran peringkat awal.

Benda ni berlaku beberapa bulan lalu. Kisahnya aku sedang ajar anak saudara aku mengenal huruf jawi,mengeja dan menyebut.

Aku angkat kad ada gambar terung..dia pun eja dan sebut..

Angkat kad gambar timun, dia eja dan sebut..

selesai beberapa keping kad gambar..aku angkat kat ini..
Masa aku angkat kad ni, aku sendiri tak tengok apa yang ada di kad..tetiba anak saudara aku terdiam..mata terkebil-kebil memandang kad ni..

Jangankan dia, dengan-dengan aku tergamam. Nak sebut apa ni? Kepada penulis buku..tolonglah. Jangan campur adukkan bahasa negeri dengan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu sendiri tak sebut LADA kalau inilah gambarnya. Sama ada cili atau cabai. Rosak otak anak saudara aku.

*pic crdt google
Yang kita maklum..inilah lada, samada lada hitam atau putih.



Ini kotak kad tu

Ini penerbitnya MAXIM PRESS & PUBLICTION SDN.BHD

Untuk kad ini aku dah buang. Jangan diikut benda yang tak betul. Dalam bahasa Malaysia, lada tu bulat bentuknya..kalau dah panjang merah menyala bertangkai macam ni, itu namanya cili.

Inilah yang terjadi bila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka tiada hak menapis dan menghalang mana-mana penerbitan ilmiah yang rojak macam ni. Kepada penulis dan penerbit berkenaan, kalau dah tak kenal mana CILI mana LADA, tak payahla buat buku untuk jual. Kejar untung tapi ilmu tak betul!


1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...