Khamis, 20 Ogos 2015

MEE GORENG BASAH

Assalamualaikum.


Aku yakin ramai yang pandai buat mee goreng, tak kiralah basah atau kering. Bahan mungkin sana, tapi rasa tetap akan jadi tak sama ..setiap orang ada air tangan tersendiri. 

Kali ni aku nak kongsikan resepi Mee Goreng Basah cara akulah. Dan aku menggunakan Kicap Jalen. Apa istimewanya kicap Jalen ni? Ya... keluaran bumiputera dan yakin halal.

Bahan-bahan;
1 pek mee kuning
Sawi, Kucai,Taugeh (kalau ada kobis lagi sedap)
Bawang putih dan merah ditumbuk
Cili kering yang di kisar
Udang,Sotong (boleh taruk ayam juga kalau nak)
Kicap Manis Jalen
Sos Tiram Jalen

Cara-caranya;
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan kemudian masukkan cili kering yang dikisar.
2. Bila dah pecah minyak masukkan sos tiram dan kicap.. agak-agaklah ye..(masakkan aku memang tak bersukat, cara aku memang campak baling je)
3. Tuang sedikit air anggaran dalam setengah cawan,(kalau ada air rebusan kulit udang..lagi sedap) kacau rata dan kemudian masukkan mee.
4. Masukkan sotong dan udang, kacau rata dan masukkan sawi serta kucai.
5. Matikan api dan barulah masukkan taugeh..SIAP!!!


inilah hasilnya.. Mee Goreng Basah campak-campak,siap!

Aku punya stlye, jika masak mee atau kueteow ,aku takkan taruk garam sebab masin dari kicap dan sos tiram dah cukup untuk melazatkan masakan tu..cuba lah ya..kalau tak sedap, jangan salahkan aku.. Aduess!!!

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...