Ahad, 23 Ogos 2015

PINJAMAN PERIBADI : BEZA FLAT RATE DAN REDUCING BALANCE

Assalamualaikum.


Hari ini aku nak berkongsi ilmu yang orang malas nak ambil tahu, tapi selalu orang sanggup terima akibatnya.

Ini adalah ilmu BERHUTANG dengan BANK!!! Kepada yang nak buat pinjaman peribadi (Personel Loan) , atau kepada yang suka gali lubang tutup lubang dengan berhutang dengan bank, korang mesti tahu ilmu yang aku nak ajar ni.

Aku yakin, ramai yang tak tahu dan salah tanggapan tentang hal ini.

Kita atau bakal peminjam sering terpersona dengan peratus Interest yang bank tawarkan kepada kita, tapi kita tak tahu apa yang merugikan dan menguntungkan. (walaupun sememangnya bila dah berhutang dengan bank ini memang tak pernah menguntungkan kita pun) Ini ilmu asas yang kita perlu tahu sebelum membuat apa-apa pinjaman peribadi dengan mana-mana bank atau koperasi. So aku harap, korang lapangkan fikiran, baca betul-betul apa aku nak cerita ni ye..Bismillahhirohmanirrahim...

Untuk Pinjaman Peribadi, terdapat 2 jenis perkiraan Interest atau dalam bahasa kasarnya faedah yang menguntungkan pihak bank yang kita kena bayar kepada dia sebab kita berhutang dengan dia..paham??

Ok..Jenis-jenis perkiraan ada 2 iaitu;

1. FLAT RATE 
Kebanyakkan bank menawarkan cara ini iaitu Flat Rate atau Kadar Rata. Ramai yang faham bahawa kadar jenis ini sangat menguntungkan diri tapi pada hakikatnya kadar jenis inilah yang menguntungkan bank dan merugikan kita. Bank mana yang mahu rugi..kan?

Contoh tawaran Flat Rate/Kadar Tetap


Contoh untuk mudahkan korang faham, (perkiraan ini adalah lebih kurang sahaja, setiap bank ada caj lain yang kita tak tahu..tapi kalau kira pun memang jumlah lebih kurang ini sahaja);   Katakan...

Jumlah Pinjaman RM10,000.00
Interest 5% setahun
Pinjaman Selama 5 tahun.

Perkiraannya adalah seperti ini;
Pinjaman RM10,000.00 / 5 tahun = RM2,000.00 <- ini adalah jumlah hutang setahun
Pinjaman RM10,000.00 X 5% interest =RM500.00 <- ini adalah jumlah interest setahun

Formula: jumlah hutang setahun + jumlah interest setahun = jumlah hutang dibayar setahun

RM2,000.00  + RM500.00 = RM2,500.00

Jadi Jumlah hutang setahun adalah RM2,500.00 yang mesti dibayar kepada bank selama 5 TAHUN

Jumlah pinjaman sebenar yang kita perlu bayar kepada bank adalah;
RM2,500.00 X 5 TAHUN = RM12,500.00

**********

2. REDUCING BALANCE
Kaedah ini tak banyak bank yang guna. Dan tak ramai juga yang meminjam bila diberikan kaedah perkiraan jenis ini. Tak pasti kenapa, mungkin tidak tahu, atau dah  terkelabu mata dengan duit. Ada bank yang menggunakan perkiraan BULANAN (baki hutang setiap bulan) dan ada yang menggunakan perkiraan TAHUNAN (berdasarkan baki hutang setiap 1 tahun) . So sebelum pinjam, tanya dulu samada perkiraan atas baki bulanan atau tahunan. Kaedah ini adalah bayar balik jumlah hutang setahun/sebulan TAMBAH jumlah peratus INTEREST dari baki pinjaman setiap tahun/bulan selama berhutang..faham tak?

Contoh ini panjang sedikit, tapi harapnya penerangan ini mudah di fahami..andaikan...

Jumlah Pinjaman RM10,000.00
Interest 5% setahun berdasarkan baki tahunan
Pinjaman Selama 5 tahun.

Perkiraannya adalah seperti ini;
Pinjaman RM10,000.00 / 5 tahun = RM2,000.00 <- ini adalah jumlah hutang setahun

Formula 1 : Jumlah hutang setahun + (Jumlah baki hutang X % interest) = Jumlah hutang dibayar setahun


Tahun 1: RM2,000.00 + (RM10,000.00 X 5%) ATAU RM500 = RM2,500.00

Tahun 2: RM2,000.00 + (RM10,000.00 - RM2,000.00 { yang sudah bayar di tahun 1} = RM8,000.00 X 5%) ATAU RM400 = RM2,400.00

Tahun 3: RM2,000.00 + (RM8,000.00 - RM2,000.00 {yang sudah bayar di tahun 2} = RM6,000.00 X 5%) ATAU RM300 = RM2,300.00

Tahun 4: RM2,000.00 + (RM6,000.00 - RM2,000.00 {yang sudah bayar di tahun 3} = RM4,000.00 X 5%) ATAU RM200 = RM2,200.00

Tahun 5: RM2,000.00 + (RM4,000.00 - RM2,000.00 {yang sudah bayar di tahun 4} = RM2,000.00 X 5%) ATAU RM100 = RM2100.00

Sekarang jumlahkan semua Jumlah hutang dibayar setahun selama 5 tahun tersebut
RM2,500.00 + RM2,400.00 + RM2,300.00 + RM2,200.00 + RM2,100.00 = RM11,500.00

Jumlah pinjaman sebenar yang kita perlu bayar kepada bank adalah RM11,500.00

**********

Inilah contoh dan beza kedua-dua kaedah perkiraan Interest bagi pinjaman peribadi. Apapun sebelum berhutang, kiralah sendiri samada jimat atau tidak. Pinjaman tanpa "pelaburan" memang merugikan, tapi sekiranya pinjaman yang digunakan untuk melabur samada sebagai modal perniagaan atau sebagainya, kalau kena gaya dan cara, boleh menguntungkan. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing atas apa tujuan pinjaman dibuat dan bagaimana duit itu digunakan.

Pinjaman itu hutang..dan hutang tetap wajib dibayar. Kalau dengan bank kita boleh bayar, kenapa dengan manusia masih ada yang liat nak bayar..kan?

Itu aje perkongsian untuk hari ini. Semoga memberi manafaat kepada semua.Adeus!!!



1 ulasan:

  1. Salam...bank mane yang ade buat reducing balance tu ye?

    hillview12@gmail.com

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...