Isnin, 9 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART 5

Assalamualaikum..


Nampaknya entri pasal Korea ni akan jadi ber part2 lah..tulis sikit2 ikut mood.

Ok sambung kisah yang lepas. Lepas lepak di Namsangol Hanok Village, kami teruskan ke destinasi wajib kepada semua pelancong yang datang ke Korea, Seoul Tower.



Terjumpa nyonya ni (eh..nyonya ke kalau untuk orang Korea? hahah..hentam sajalah) Ramai betul orang membeli dengan dia. Aku pun nak cuba lagi..Tawakaltu'alallah sebab ramai orang Malaysia membeli dengan dia




Kuih ni macam baulu Ikan yang ada inti kacang merah. Harga 2biji 1000Won . Yang panjang cucuk lidi tu isi ikan, macam fishcake je rasanya. Harga secucuk 1000Won jugak. Jagung tu tak beli sebab kawan aku cakap tawar ..tak sedap..huhu

Tunggu bas didepan Popeyes 

Seberang jalan tempat menunggu bas

Kami berjalan beberapa meter, dan tunggu bas untuk ke Seoul Tower. Bas ni kami berdiri je. Tambang 1100Won . Bas ni memang last stop di puncak bukit yang ada menara tu. Bas berhenti dan semua orang turun. Mak aih..untuk ke menara tu kena panjat bukit.. semput aku. 2 kali berhenti kot baru sampai. Pancit !! Tinggi jugak nak memanjat..tapi bila dah sampai, hasilnya amat berbaloi.

Pintu masuk ke Seoul Tower


Dah sampai

Berpusu2 orang mendaki..nampak macam tak tinggi kan? sumpah..semput aku weh! 



Kali pertama kejakunan tengok berdaun warna kuning dan merah..ciwi kejab ye..

Untuk naik ke atas menara ni dikenakan bayaran kira2 8000Won tak salah aku..aduh! tak apelah..kami lepak kat luar je.  Semua tempat dibawah ni kami pusing dan bergambar. Kat sini juga ada love padlock bridge macam di Great Wall China yang aku pergi dulu. Punyalah ramai yang kuncikan mangga @ padlock disini. 



Yang macam pokok krismas kat belakang tu, semuanya padlock tau.




Kat tepi tower ni ada 1 kerusi senget. Puas pulak aku cari mana gambarnya..tak jumpa..yang jumpa hanyalah info board ni je..huhu


Penat berpossing di sini, kami turun ke bawah tempat bas berhenti tadi dan meneruskan perjalanan ke Itaewon. Disana khabarnya ada masjid.  Bas bergerak pukul 1.30petang..

Nantikan sambungan telenobelog aku ni ye..malas dah nak cerita untuk hari ni.. Adeus!!!



2 ulasan:

  1. banyaknya mangga.. seronok dapat pergi korea.. kat sana senang tak dapat makanan halal?

    BalasPadam
  2. seronoknyaaa.....mesti mencabarkan, salah satu destinasi yg ingin sy pergi

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...