Sabtu, 14 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART 7

Assalamualaikum.. 

Day 3.. 

Hari ni kami akan melawat beberapa tempat bersejarah dan berdarah.. Pagi ni memang tak sarapan. Mylaling tibai megi ..aku memang tak makan apa2.. mujur tak lapar.

Untuk pagi ni, kami nak pergi tempat bersejarah dulu..Kami ke National Palace Museum of Korea.




Dari hostel, kami naik train di Ewha Women University, tukar train di stesen Eljiro 3( Sam-Ga), Turun di Stesen Gyeongbokgung. Eh..lupa aku nak cerita pasal train subway yang guna T-Money tu.. setiap kali masuk, kita touch je kad tu, dia potong 1250Won.. nak keluar pun kena touch juga dan baki dimasukkan balik ke dlm kad..kalau perjalanan kita tu jauh,maka dia akan potong lagi 200Won masa touch keluar tu...ok berbalik kepada cerita tadi. Keluar je dari subway tu, terus tembus sebelah muzium..sayangnya muzium tutup haritu. tengah ada kerja maintainance..huhu..



Tengok ajelah..

Berhadapan muzium, adalah istana lama yang telah dipindahkan lokasi, iaitu Gyengbokgung Palace. Kepada yang nak tau macam mana keadaan dalam istana ni,korang kena tengok filem korea tajuk The Masquarade.. macam tulah keadaannya..Enterence Fee 3000Won seorang. Boleh tahan jugak harga tu. Tapi kalau korang lebih dari 10 orang, boleh beli yang group punya dengan harga 2400Won seorang..




ramai pelancong Malaysia disana sini..


Pintu masuk berhadapan dengan National Palace Museum..

Oleh kerana kami sampai awal..maka kami berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal istana yang dilakukan setiap pagi. Lebih kurang 10-15minit jugakla.




Antara upacara yang berlangsung.

Selesai je upacara tu, terus kami masuk ke dalam kawasan istana yang luas dan berlapis-lapis tu..


pintu masuk


langkah je masuk dalam kawasan istana tu..ternampak batu2 ni..tak tau pulak apa je bendanya..tapi diorang tak pagi pihak atau duduk..


disebelah kiri..tersuka pulak tengok daun2 ni..


Plan kawasan istana. 


sedikit penerangan mengenai istana ni..kecik sangat tulisan tu..huhu


bangunan istana yang paling hadapan


sebelah kiri bangunan


dalamnya..tak de apapun..

Kami berpusing dan berjalan sana sini sekitar istana sehingga pukul 10pagi..puas jugakla berjalan tu. Mujurlah sejuk so tak terasa sangat..

Lepas tu kami pun bergerak dari tempat bersejarah ke tempat berdarah..berdarah?? ya..berdarah dompet aku..huhu..apalagi? shopping time!

Bersambung nanti ye.. Adeus!!!


1 ulasan:

  1. Tengok pic yang kat istana tu teringat program running man yang buat kat situ..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...