Isnin, 23 November 2015

GULAI LEMAK NANGKA

Assalamualaikum..

Jom menggulai (gulai tu kalau orang Kedah maksudnya kari) . Kali ni kita buat Gulai Lemak Nangka..kuah mesti ceroi2 (cair).. kena nasi panas..teman dengan ikan kering ke ikan masing..mau tersandar!

Resepi aku ni simple aje..

Bahan-bahan;
4-5 ketul nangka yang direbus empuk
2-3 ulas bawang putih dan merah (dimayang)
1sudu teh halba campur
1/2 pek kecil serbuk kari ikan
Sedikit ikan bilis
Santan (aku gunakan 1/2 kotak..)
2 keping asam gelugur


Cara-cara;
1. Panaskan minyak tumiskan bawang, halba campur.
2. Dah pecah minyak masukkan serbuk kari dan sedikit air
3. Masukkan sedikit air untuk kuah dan ikan bilis.
4. Dah didh masukkan nangka dan asam gelugur 
5. Garam dan perasakan sesedap rasa.. SIAP!


Ini gulai lemak orang kampung tau..sebab letak ikan bilis je..

Cer cuba..ok.tengah berasap2 ni tau...Adeuss!!!

2 ulasan:

  1. Assalam...terima kasih sudi singgah blog kak zai. Kak zai suka makan gulai nangka. Kalau campur dengan perut lagi sedap.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...