Assalamualaikum.
Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua sesuatu yang amat menarik. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Tapi apa itu E-Gift Card.
Oklah, biar aku mulakan satu persatu agar korang faham. Macam ni ye, Zalora sekarang ni sedang mengadakan jualan E-Gift Card Zalora . Korang boleh beli E-Gift Card bernilai samada RM75 , RM150 , RM200 atau RM300. E-Gift Card ini korang boleh hadiahkan kepada sesiapa sahaja. Katakan korang nak hadiahkan kepada emak korang.. nanti emak korang boleh beli apa sahaja di Zalora dengan nilai E-Gift Card yang korang beli tu.. Menarik kan? Kekadang kita nak hadiahkan sesuatu untuk suami/isteri, mak ayah, adik, kakak, abang , kawan2, bla bla bla bla.. kiranya banyak lah yang korang nak bagi hadiah, tapi kekadang korang sendiri pun tak pasti nak beli apa.. jangan kata korang, aku pun macam tu lah juga..
Berjalan sana-sini, pegang itu ini..last2 tak tau nak beli apa..kang beli orang tak suka..tak muat, tak sesuai, tak itu..tak ini.. sipenerima mungkin tak akan kata apa2 untuk jaga hati kita..tapi jauh nun disudut hati..mmmmm.. eh2..jangan kata orang. Kita sendiri pun kekadang suami beli baju, pada mata dia nampak cantik..tapi kita nampak macam baju orang tua..huhuhuh..sedih..tak pakai kang merajuk..dah pakai , rasa down..sabor jerlah.
Oleh yang demikian, hadiahkan E-Gift Card Zalora ni lagi bagus. Penerima tu boleh beli apa yang dia suka apa yang ada di Zalora dengan pilihan bermacam jenis baju, seluar, aksesori..nak sebut pun tak taulah sebab banyak sangat. E-Gift Card ni sah selama 1 tahun dari tarikh pembelian tau. lepas tu pulak, penerima tadi boleh beli beberapa kali dan beberapa jenis barang dengan E-Gift Card Zalora ni , tiap kali beli , amaun akan ditolak dari E-Gift Card tu sehinggalah habis semuanya amaun dibelanjakan.. (alang2 nak beli..beli je yang RM300 tu..standby.. ada sale je, terus beli..kan ke jimat..bijak...bijak..lagi bijak kalau korang beli untuk diri sendiri..heheh..dah macam reload henpon pulak ya)
Macam mana korang nak beli E-Gift Card Zalora ni?? mudah aje. Klik aje link ni -->>E-Gift Cards ZALORA
Inilah cara terbaik untuk kita hadiahkan sesuatu kepada yang tersayang. Tak payah nak pening2 kepala. Bagi aje E-Gift Card Zalora ni. Suka hati oranglah dia nak beli apa nanti. Tak perlu tunggu birthday ke, anniversary ke, pass exam ke, kahwin ke..tak perlu... bila rasa nak hadiah..hadiahlah.. tapi inilah masa terbaik untuk hadiahkan E-Gift Card Zalora ni, memandangkan sekarang ni pun di Zalora tengah sale gila2 ni..rugi pulak telepas peluang ni..
Oklah.. itu aje aku nak kongsikan dengan korang semua. Semoga bermanafaat..dan berterimakasihlah kat aku sebab aku dah settlekan masalah korang2 yang pening kepala tak tau nak beli hadiah apa!
Adeuss!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!