Assalamualaikum.
Destinasi jelajah Kedah ke 2 di daerah Kota Setar. Kali ini kita akan ke 1 tempat terpenting dalam institusi diraja Kedah, iaitu Balai Besar.
Bangunan ini dibina pada zaman Sultan Muhamad Jiwa disebabkan lawatan beliau ke Palembang , Sumatra dan Pulau Malay Archipelago. Beliau mendapat inspirasi dari lawatan tersebut dan mengambil keputusan mendirikannya di Bandar Alor Setar .
pic credit to : www.skyscrapercity.com
Bangunan ini mengalami kemusnahan ekoran serangan oleh angkatan Bugis pada tahun 1770 dan serangan Thai pada tahun 1821. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1743), bangunan ini telah dibina semula pada tahun 1896. Kerja-kerja pembinaannya diketuai oleh Muhammad bin Lebai Tambi seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya Kedah bagi menyediakan balai ini untuk majlis perkahwinan lima orang putera dan puteri raja pada tahun 1904.
Balai Besar 1959
pic credit to : ensiklopedia-bahasa-malaysia.jbdirectory.com
Balai Besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengkagumkan. Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu. Balai Besar Kedah mempunyai ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Balai Besar Kedah mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.
Lawatan Raja Chulalongkorn (Rama V) pada 1896
Selepas penyerahan kuasa dari Siam kepada British pada tahun 1909
pic credit to : www.geocities.ws
Bangunan ini dikekalkan dengan pembaikan serta ubahsuai tanpa mengubah ciri-ciri asalnya dan kini menjadi tempat untuk majlis-majlis istiadat di raja seperti Istiadat Mengadap , Perkahwinan Di raja , Kemangkatan dan sebagainya.
Sebagai anak jati Kedah, aku sendiri pernah menyaksikan sendiri perayaan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 2008. Dan ada 1 cerita yang ingin aku kongsikan. Mungkin kebetulan atau itulah pertanda dari Allah.
pic credit to :
Kisahnya, pada hari tersebut, hujan lebat diwaktu pagi. Kebetulan, perarakan bergajah dari Istana Anak Bukit akan berakhir di Balai Besar dan Balai Besar ni hanya bersebelahan dengan pejabat lama aku. Disebabkan hujan lebat, maka aku hanya mampu sampai ke Balai Besar sekitar jam 9pagi, kiranya majlis hampir bermula. Ketika itu hujan sudah reda tapi masih lagi renyai-renyai.
pic credit to :
Apabila Tuanku Sultan dan Sultanah tiba, dan berangkat mencemar duli bersemayam di singgahsana, kumpulan Kombo PDRM mula memainkan lagu Rasmi Negeri Kedah, Allah Selamat Sultan. Semua rakyat jelata yang hadir tidak kira bangsa dan agama turut menyanyikan lagu itu.. Maha Suci Allah (tiap kali bercerita hal ni dan diwaktu aku sedang menulis entri ini, meremang bulu roma aku) langit yang mendung , yang tadinya dipenuhi dan ditutupi awan yang gelap, tiba-tiba bagai dikuak ketepi, hingga menampakkan langit yang membiru dan sinar cerah matahari sampai di bumi..seolah-olah yang pagi itu tak pernah hujan pun dan aku terasa bahang terik matahari di pipi... Masya Allah..majlis berjalan lancar dengan dalam cuaca yang sungguh baik pada pagi itu.
Kepada yang ingin mengetahui perjalanan lanjut upacara bersejarah tersebut, boleh baca di link --> INI
Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku.. Tuanku Sultan kesayangan hamba rakyat, inilah rahmat yang Allah berikan kepada baginda..Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.
"Kedah Malaysia..
where it all began"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!