Selasa, 5 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - BUKIT KAYU HITAM

Assalamulaikum.

Topik pertama untuk entri bagi Discover Kedah 2016 ini , kita akan menjelajah ke Bukit Kayu Hitam yang terletak dalam daerah Kubang Pasu dan merupakan bandar sempadan Malaysia - Thailand yang juga merupakan penghujung Lebuhraya Utara Selatan.

Sejarah ringkas mengenai Bukit Kayu Hitam yang bermula dari tahun 1824 ketika mana tentera Siam yang menyerang Kedah berehat di sebuah bukit dan memasak nasi dengan menggunakan sebatang kayu untuk mengacau nasi tersebut . Setelah masak, nasi tersebut bertukar warna hitam. Kayu tersebut diambil dari Pokok Komoi. Maka dari peristiwa itulah wujudnya nama Bukit Kayu Hitam.

Selepas Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan dan menjalankan aktiviti pertanian. Apabila penduduk sudah bertambah maka berlakulah kegiatan perdagangan. Akibat dari kegiatan komunis, pada tahun 1948 telah diisytiharkan Darurat maka semua penduduk, polis dan kastam diarah berpindah ke Changloon sehingga menyebabkan Bukit Kayu Hitam ditutup sepenuhya hingga kembali menjadi hutan dan semak.

Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun 1972 dengan membuka ladang getah. Namun pada 1981, Bukit Kayu Hitam telah dibangunkan dan menjadi pintu masuk yang cukup terkenal antara 2 negara.


pic credit to: www.carlist.my

Jangan rasa takut apabila tiba di Pintu Sempadan anda akan diperiksa UPP. Itu prosedur biasa. Selepas melalui pemeriksaan UPP, barulah sampai ke pintu sempadan yang dari jauh sudah kelihatan.

Apa yang menarik di Bukit Kayu Hitam? Yaa.. ada kompleks membeli-belah bebas cukai di sini dan anda disyorkan ke Kompleks Bebas Cukai The Zon yang dibuka mulai 9 pagi hingga 10 malam. Anda tidak perlu bording pass untuk memasuki kawasan ini, hanya perlu maklumkan pada Imigresen Malaysia yang anda hendak ke kompleks. 

pic credit to: ofadzlan.blogspot.my

Harga barangan tak kurang hebatnya berbanding bazar di pintu sempadan yang lain. Dari minyak wangi berjenama hingga ke coklat, pelbagai pilihan dan tak lengkap rasanya jika datang ke Kedah tapi tidak ke sampai ke Bukit Kayu Hitam.



pic credit to: Ikhwan Nazri

pic credit to: KA Tan


Kompleks ini terbahagi kepada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi. Antara kemudahan yang disediakan adalah kaunter penukaran wang, kaunter insurans dan kantin. Di sini juga terdapat gerai jualan yang menjual pelbagai barangan dan buah-buahan dari negara jiran.

Kepada yang nak membeli, mesti pandai tawar menawar. Yang menjadi kebimbangan adalah, peniaga Thai tidak berminat untuk menawrkan harga yang rendah kepada rakyat Malaysia kerana keadaan matawang kita yang sekarang lebih rendah dari Thai Bath. Apapun anda bolehla mencuba.

Aku sendiri beberapa kali masuk ke ke Sadao Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan pernah juga melaluinya untuk ke Airport Hadyai pada tahun 2013 bagi mengambil pesawat untuk ke Bangkok. 

Itu sahaja mengenai Bukit Kayu Hitam. Silalah datang dan membeli-belah di sini. Kalau pun tidak membeli-belah, sekurang-kurangnya dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana bila berada di atas garis sempadan antara 2 negara.


" Kedah Malaysia...
where it all began "

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...