Assalamualaikum.
Hari ini kita akan ke destinasi pertama di Padang Terap. Tempat ini kurang dikenali tapi ianya popular dikalangan masyarakat tempatan. Charok Batang Padi. Apa yang ada di sini?.. ini ceritanya.
Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu Caroknya adalah Charok Batang padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Munggajah. Tetapi Perkampungan yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu, Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut ialah suatu ketika dulu, air diempangan surut, dan pada ketika itu, penduduk Kampung terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut wujud. Selepas dari kejadian itu, nama Carok tersebut dikekalkan dengan nama "Charok Batang Padi". Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang popular di Daerah Padang Terap.
pic credit to : knerangkedah.blogspot.my
Lokasinya adalah di kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 km dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort. Selain pemancing, sungai di Charok Batang Padi juga sentiasa menjadi pilihan tumpuan kumpulan berbasikal . Bagi kaki pancing, bolehla cuba menyentap joran anda di sini.
"Kedah Malaysia..
where it all began"
cantiknya :)
BalasPadam