Sabtu, 9 Januari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA PADANG SEJANA

Assalamualaikum


Destinasi jelajah seterusnya adalah Kota Padang Sejana. Kota ini terletak di Kampung Padang Sejana Mukim Naga , 3km arah barat dari Pekan Kepala Batas. Terdapat beberapa buah rumah, bekas kolam mandi dan makam Panglima Tok Lidah Hitam (seorang yang berpengaruh di zaman itu). Kota ini dibina dengan arahan Sultan Muzaffar Shah II yang telah memerintah Kedah pada tahun 1547 - 1602. Dikatakan di sini terdapat rumah penjawat-penjawat istana.



Keadaan Kota Padang Sejana kini
pic credit to : www.memori-kedah.com

Kota Padang Sejana

Kota ini kini hanya menjadi tinggalan. Hanya orang tempatan sahaja yang tahu nilai sejarah dan peristiwa yang berlaku di sini, namun kepada penggemar sejarah, banyak kisah yang boleh dirungkai di sini.

Kota Padang Sejana ini merupakan kubu pertahanan dari tentera Siam apabila berlaku serangan pada tahun 1820an untuk merampas Kedah. Di sini jugalah adanya pahlawan, huubalang, pembuat keris dan alim ulama yang bersiap sedia mempertahankan Kedah pada ketika itu. Tunku Anom Ibni Tunku Abdul Rahman dikatakan telah melatih 4000 hulubalang dan pendekar di Gua Kerbau bagi persediaan untuk melawan tentera Siam di kota ini.

Antara pahlawan yang terhandal pada ketika itu adalah Tok Chengkoi, Tok Kelewang , Tok Malim, Panglima Tok Lidah Hitam dan Tok Rama. Beberapa makam yang dipercayai milik pahlawan ini masih wujud sehingga kini.



Makam Panglima Lidah Hitam




Makam Tok Rama
all pics credit to : www.jejakwaris.com



Kota Padang Sejana kini hanya dikenali sebagai Kampung Padang Sejana. Namun tinggalan sejarah kesultanan Kedah tetap bersemadi di sini.



" Kedah Malaysia...
where it all began "

2 ulasan:

  1. Saya mintak izin nak copy naaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon kreditkan penerbitan tuan kepada www.penbiru.com. terima kasih

      Padam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...