Hari ini kita akan ke sebuah lagi kota lama yang terdapat di daerah Kubang Pasu, iaitu Kota Siputih. Sedikit ringkasan sejarah kota ini.
pic credit to : www.memori-kedah.com
Kota Siputih merupakan kota tertua di Negeri Kedah. Dibina pada tahun 1282M oleh Tunku Ahmad Ibni Sultan Muzzil Shah (Raja Muda Kedah). Kota ini merupakan benteng pertahanan bahagian utara Negeri Kedah daripada ancaman Acheh dan Siam. Kota Siputeh dijadikan pusat pemerintahan bermula dari tahun 1323M, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah diikuti oleh lapan orang sultan Negeri Kedah. Pada tahun 1626M, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (Sultan ke-13) telah memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Si Putih ke Kota Naga. Kota ini terletak di Kampung Si Putih, Mukim Pering, Padang Sera.
Menara Tempurung yang menjadi mercu tanda Kg.Pulau Siputeh
credit pic to :www.sinarharian.com.m
pic credit to : artmelayu.blogspot.my
Apa yang menarik di Kota ini? Di sinilah bersemadinya Puteri Lindungan Bulan. Nama SiPutih ini diambil dari gelaran kepada puteri ini. Entri mengenainya akan menyusul nanti.
" Kedah Malaysia...
where it all began "
great sharing
BalasPadam