Assalamualaikum.
Sedikit info mengenai Pangkalan Tok Mas. Pengkalan Tok Mas telah dibangunkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pakcik Yeh. Nama Pengkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pangkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar kedah iaitu Dato' Seri setia Diraja Mahadzir Bin Khalid.
Terletak di Kampung Musa, Jalan pedu,Kuala Nerang, tempat peranginan ini mempunyai dewan orang ramai, tapak perkhemahan , gelanggang dan padang sukan. Sangat sesuai untuk aktiviti berkayak, berakit juga untuk kem atau kursus.
Cantikkan? Keindahan kampung yang masih kekal hingga kini. Sangat sesuai untuk bawa keluarga bersantai dan berkelah di sini. Sedikit tersentuh rasa hati, apabila tempat ini dinamakan sempena nama isteri tersayang. Bertuah betul Tok Mas..
"Kedah Malaysia..
where it all began"
Assalamualaikum...
BalasPadamTerima Kasih Kerana sudi berkunjung ke Blog saya.
Sya amat mengalu-alukan untuk memasukkan link blog saya ke mana-mana blog/web lain.
Harap Blog KCKN ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam usaha kerajaan negeri untuk Discover Kedah 2016.
Ok Tq
Mohamed Faisal bin Abdullah
Admin
Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang
www.knerangkedah.blogspot.my
www.faisal59.blogspot.my