Isnin, 29 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - RUMAH SERI BANAI & RUMAH TOK SU

Assalamualaikum.

Seterusnya, kita akan melawat rumah tradisonal yang masih kukuh di tengah kepesatan Bandaraya Alor Setar. Uniknya rumah ini masih lagi dalam keadaan asal dan berada berhampiran antara 1 sama sama lain. Dan tempat kedua-dua rumah ni dinamakan Kampung Warisan.

Kedah kaya dengan struktur unik seperti ini, termasuk rumah tradisional Melayu yang berdindingkan kayu meranti atau temak dan beratapkan rumbia seperti di Kampung Warisan di sini.

Terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri (Wisma Darul Aman), kampung itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian senibina tradisional Melayu.

Kedua-dua rumah ini dipercayai berusia lebih dari 80 tahun.

Kita akan melawat Rumah Seri Banai dahulu..
Mengikut cerita penjaga rumah ini, Rumah Seri Banai berasal dari Kampung Banai di daerah Kubang Pasu. Dipindahkan ke kawasan sekarang bagi menjaga keasliannya dan untuk tatapan umum.

pic credit to : siraz171.blogspot.com

Rumah ini pernah digunakan sebagai sekolah rakyat pada suatu ketika dahulu.

pic credit to : mykembara.blogspot.com

pic credit to : bisnesku.com

Kita ke rumah Tok Su yang berada berhampiran. Rumah ini berasal dari Permatang Kerat Telunjuk , Bandar Baharu yang terletak kira-kira 200km dari Alor Setar dan dinamakan sempena nama pemili asal rumah ini.

pic credit to : shinkashink0.blogspot.com

pic credit to : hasnulsaidon.blogspot.com

pic credit to : http:www.exploring-malaysia.com


Rumah Tok Su ini juga pernah dijadikan lokasi untuk mesyuarat politik dan pertemuan anggota Pergerakan Barisan Pemuda yang memperjuangkan bangsa Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Kedua-dua rumah ini mengambil masa 4 bulan untuk dipindahkan dengan kos yang agak tinggi, namun ianya sangat berbaloi demi kelangsungan warisan. Pengurusan rumah-rumah itu kini diletakkan di bawah Lembaga Muzium Kedah dan sering juga dijadikan lokasi pengambaran filem, majalah serta dokumentari.

Idea asal untuk mengekalkan rumah itu datang daripada bekas menteri besar Kedah (1995-1999), Tan Sri Sanusi Junid yang mahu memartabatkan warisan dan mengekalkan identitinya sebagai seni bina tradisional untuk penghayatan generasi hari ini.

Kampung Warisan dibuka kepada umum sejak 2001. Dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, tiada bayaran masuk dikenakan .



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 28 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - RUMAH MERDEKA

Assalamualaikum.

Bagi mengenang perjuang kemerdekaan negara ini, kita akan ke rumah kelahiran Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.  Rumah Merdeka ini terletak di belakang Hotel Royale , Jalan Putra.

pic credit to : zainal2008.blogspot.com

pic credit to : www.exploring-malaysia.com

YTM Abdul Rahman Putra adalah seorang negarawan ulung yang disegani dan disayangi oleh semua lapisan rakyat negara ini. YTM Tunku Abdul Rahman telah bertungkus lumus dalam usaha membawa kemerdekaan kepada negara ini tanpa menumpahkan darah.
Dirumah ini jugalah tempat dimana Tunku bersama rakan-rakan bermesyuarat dalam mencari kata sepakat untuk kemerdekaan negara ketika itu. Rumah ini turut mencatat sejarah apabila pada 1966, Tunku telah menerima Misi Muhibah dari Jakarta yang diketuai oleh Laksamana Muda Laut , O.B Sjaaf untuk berbincang yang akhirnya menamatkan Konfrontasi Malaysia-Indonesia. 

Kini , rumah ini telah diambil alih oleh Arkib Negara dengan mengekalkan keadaan asalnya.
Bayaran Masuk
Percuma
Waktu Lawatan
Dibuka setiap Selasa hingga Ahad 10.00 pagi hingga 5.30 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)

Isnin ditutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Sabtu, 27 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - RUMAH KELAHIRAN TUN MAHATHIR MOHAMMAD

Assalamualaikum..

Sebutlah namanya. Siapa yang tidak kenal. Bukan sahaja di Malaysia malah di dunia luar. Nama yang cukup sinonim dengan kemajuan Malaysia dan Wawasan 2020.

Siapa lagi kalau bukan ayahanda Tun Dr Mahathir Mohammad. Seorang insan yang secara peribadinya aku amat kagumi dan sayang.  Seorang pemimpin yang bukan dilahirkan atas dulang emas, seorang rakyat biasa, anak melayu jati. Dilahirkan  pada  10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais (kini kilang ais tersebut juga telah dijadikan muzium).


Tun anak bongsu dari 9 adik-beradik. Bapanya Mohamed Iskandar dan ibunya Wan Tempawan  Wan Hanapi.


pic credit to : peribadidrmahathir.blogspot.com

pic credit to  : chawyeh.blogspot.com

Jalan yang paling mudah untuk ke rumah ini adalah melalui Jalan Pegawai atau sekarang dikenali sebagai Persiaran Sultan Abdul Halim. Rumah ini sering menjadi tumpuan pelancong yang rata-rata mengenali Tun dan menghormati kebijaksanaan beliau dalam urus tadbir negara dari negara pertanian kepada negara maju.

pic credit to : www.destinantiontomalaysia.com

Datanglah dan saksikan sendiri, tempat lahirnya seorang insan yang sangat dihormati dunia dan digeruni pihak musuh, Semoga Allah lanjutkan usia Tun dan berikan kesihatan yang baik untuknya..




Saya sayang Tun Mahathir Mohammad!

Waktu Lawatan
Hari : Selasa - Ahad 
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang 

Hari : Jumaat 
Masa 1 : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
(rehat untuk Solat Jumaat)
Masa 2 : 3.00 petang - 5.00 petang 

Hari Cuti
Ditutup pada hari Isnin
kecuali hari Cuti Am atau Cuti Sekolah. 


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jumaat, 26 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - RIVER CRUISE KEDAH

Assalamualaikum.

Satu tarikan baru bila tiba di Bandaraya Alor Setar. Sebelum ini kita telah menjelajah  Tanjung Chali, Persisir Ampang Jajar dan Masjid Zahir. Hari ini kita akan menikmati panorama Sungai Kedah yang menjadi latar belakang Bandaraya Alor Setar dengan menaiki River Cruise.

Untuk makluman, semua info ini dikongsi dari web www.rivercruise.com.my.

Perjalanan bot bermula 9 pagi hinggai 7 malam .Dinner Cruise akan bermula pada pukul 6 petang hingga 9 Malam.
Lokasi untuk menaiki river cruise ini ialah di Dataran Tanjung Chali. Para pengunjung akan dibawa melawat tempat-tempat menarik sepanjang sungai dengan pilihan 3 jenis bot yang disediakan.




Berikut adalah jeti persinggahan sepanjang pelayaran bersama River Cruise ini; 

Tanjung Chali

Masjid Zahir

Kampung Dodol



Rumah Merdeka

Kampung Tambang Badak

Tokong Sayur

Muzium Negeri

Istana Anak Bukit

Pusat Pentadbiran Kerajaan, Anak Bukit

Kampung Alor Madi.

Kepada yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bot menyelusuri sungai ini, dapatkan maklumat lanjut dan tempahan melalui secara online website  www..kedahrivercruise.com.my




"Kedah Malaysia..
where it all began"

Khamis, 25 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA

Assalamualaikum.

Untuk hari ini kita akan luangkan masa ke satu tempat, yang tiada pada zaman kanak-kanak kita.. Pusat Sains Negara Wilayah Utara.

pic credit to : www.mukhrizmahathirfc.com

Tempat ni semamangnya sangat bagus, boleh bermain dan belajar tentang sains dalam masa yang sama. Bukan setakat pelajar sekolah, orang dewasa pun boleh belajar sama. Teruja! itu yang mampu aku katakan.

pic credit to : haizanrunsah.blogspot.com

Kebetulan cuti sekolah yang lepas aku bawa anak kesini. Pusat Sains Negara ini terletak berhampiran Gunung Keriang, di belakang Muzium Padi. Dengan bayaran serendah RM2 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak 7 tahun keatas dan percuma untuk kanak-kanak dibawah 7 tahun, berbaloi menghabiskan masa 1 hari di sini. Dan seperti biasa, ada 2-3 gambar aje yang aku rakamkan..yang lain? Sibuk bermain..huhuh

Beroperasi mulai 9 pagi hingga 5 petang, dengan pelbagai aktiviti ada di dalamnya. Menaiki tangga ke tingkat 1, nak melangkah masuk ke Exhibition Hall, bayang anak aku pun dah hilang.. puas bermain dan mencuba segala alatan sains yang ada di sana.

Di hujung bangunan terdapat ruangan khas  iaitu Kids Pavillion untuk kanak-kanak bermain,melukis dan menggunakan semua kemudahan yang ada. Cuma yang kurang sikitnya disini, tandas berada di tingkat bawah dan agak jauh dari ruang pameran. Jika anda tidak tahu kemana hendak bawa anak berjalan-jalan, inilah tempatnya.

Memang berbaloi dan tak rugi, dan aku sendiri pun dah sama naik dengan anak. Seronok mencuba alatan sains sampai terlupa yang umur dah 36! sabar ajelah!


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Rabu, 24 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PERSISIRAN AMPANG JAJAR

Assalamualaikum.

Uniknya Kedah. Itu saja yang mampu aku katakan setelah masuk ke entri yang menjelah sebahagian utara Kedah. Dari cerita pra-sejarah, sejarah peradaban manusia, sejarah kesultanan, dari pantai laut sampai ke gunung ganang , bukit bukau, dan hari ini ke sungai semula. Panjag cerita dan kisah yang aku ingin kongsikan. Entri tanpa henti ini akan berlangsung selama 130 hari Insya Allah.

pic credit to: www.tripmondo.com

pic credit to : www.panoramio.com

Kali ini kita akan beriadah dan bersantai di Persisiran Ampang Jajar yang sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Menikmati panorama Sungai Kedah yang melalui Ampang Jajar dan dilengkapi lanskap sebagai taman rekreasi, lebih menenangkan dengan hembusan angin , sudah cukup mendamaikan hati.

Latihan kumpulan pendayung
pic credit to : FB AGRO DRAGON CLUB Kolej Pertanian Malaysia

Jeti Ampang Jajar
pic credit to : FB Mohd Fauzi Abu Bakar



Terletak di jalan Lencong Barat berhampiran pejabat Mada ianya menjadi lokasi pilihan acara tahunan lumba Perahu Panjang setiap kali tiba Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah
Pemandangan malam dari jambatan Ampang Jajar
pic credit to : FB Asri.ahmad.77

Ampang Jajar bukan sahaja untuk beriada dan melakukan aktiviti sukan air, malah sesuai untuk kaki pancing. Hanya beberapa minit dari pusat bandar, sememangnya Ampang Jajar lokasi riadah yang terbaik untuk seisi keluarga.



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 23 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PELABUHAN TANJUNG CHALI

Assalamualaikum.

Semalam kita ke Pekan Rabu yang asalnya terletak di Tanjung Chali .Hari ini kit akan ke Tanjung Chali yang terletak persimpangan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal dibandar Alor Setar. 


pic credit to : wikimapia.org



Ia merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu dan tongkang yang keluar masuk memunggah barang dagangan dari dalam dan luar negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja.


pic credit to : maidaribendang.blogspot.com



pic credit to : umtk1796.blogspot.com

Di sini juga terdapat dataran dan Menara yang boleh dinaiki untuk menikmati panorama indah sekitar Alor Setar. Tiada bayaran dikenakan,cuma perlukan tenaga untuk memanjat tangga menara.

Melihat dari lokasi Tanjung Chali, tidak hairanlah jika ia merupakan antara pelabuhan terpenting pada zaman dahulu. Sungai Kedah yang mengalir melalui tanjung ini juga jauhnya sehingga ke belakang istana Anak Bukit. Silalah berkunjung kesini. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 22 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PEKAN RABU

Assalamualaikum.

Hari ini kita akan ke tempat membeli-belah yang sudah terkenal puluhan tahun . Sesiapa saja yang sampai ke Bandar Alor Setar, semestinya takkan lengkap tanpa mengunjungi Pekan Rabu.


pic credit to :mukrizmahathir.com.my

Namakan apa saja, semuanya ada. Dari makanan, hasil laut, kuih tradisional, baju, tudung.. bermacam-macam pilihan ada disini yang pastinya 100% peniaga Melayu.

pic credit to :huha @cari.forum

Sejarah awal Pekan Rabu bermula pada awal April 1930 di Tanjung Chali yang diilhamkan oleh Putera Diraja Kedah YTM Tunku Yaacob, beliau menubuhkan Pekan Minggu sebagai tempat petani dan peladang memasar dan menjual hasil keluaran mereka setiap hari Rabu sahaja, sempena hari kelahiran beliau pada hari rabu maka pasar minggu itu dinamakan Pekan Rabu.

Bangunan Pekan Rabu di Tanjung Chali itu pada asalnya merupakan bangunan terbuka yang panjang berbumbung atap nipah, bertiang kayu dan berlantaikan simen.

Pekan Rabu (dahulu)
pic credit to : memori-kedah.com


Pada tahun 1932 Pekan Rabu telah dipindahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ke Jalan Tunku Ibrahim diatas tapak yang lebih luas dan selesa.

Pada Jun 2015, bangunan tersebut sudah dirobohkan untuk pembinaan kompleks baru yang lebih besar,lengkap dengan pelbagai fasiliti yang pastinya lebih menarik.



Pekan Rabu baru yang dalam pembinaan
pic : google


Oleh itu, Bangunan Ukir Mall di telah dipilih sebagai tapak sementara untuk peniaga asal Pekan Rabu. Kepada pengunjung, rugi sekiranya tidak datang kesini.


Pekan Rabu di Ukir Mall

pic credit to : utusan.com.my



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 21 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MUZIUM PADI

Assalamualaikum.

Tidak lengkap lawatan ke Kedah kalau tidak ke Muzium Padi. Terletak berhampiran Gunung Keriang, muzium ni penuh dengan  cerita  dan sejarah berkaitan tanaman padi, bukan sahaja dalam negara malah luar negara yang turut menjadikan nasi sebagai makanan ruji.

pic credit to : mmk.kedah.gov.my

Jika diikutkan, sudah lebih 5 kali aku masuk kedalam muzium ini. Kerapnya sebab aku membawa saudara-mara yang ingin melawat. Sayang sekali, bila nak menulis entri mengenainya, baru aku sedar, aku tidak ada sekeping gambar pun dalam simpanan . Terpaksa juga pinjam dengan google.

pic credit to : www.violetvoon.info

Ok.berbalik kepada cerita asal. Muzium ini dirasmikan oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH pada 12 Oktober 2004 bersamaan 27 Syaaban 1425 Masihi.

Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan disekelilingnya. Bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi.

Bangunan ini terbahagi kepada 3 aras :
Aras pertama terletaknya pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat. Di sini juga terdapat kedai cenderamata , kaunter tiket dan ruangan pameran. Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional seperti onak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.

pic credit to : kedah.attractionsinmalaysia.com

pic credit to : www.azuanzahdi.com

Aras kedua menpunyai 6 bilik mini galeri dengan keluasan 2,288 meter persegi, memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga sebuah lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti membuat anda terpesona dan pada mereka yang ingin menambah pengetahuan.

pic credit to : www.exploring-malaysia.com

Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari dan dari aras dua ini juga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.

Aras ketiga pula merupakan laluan menerusi anak tangga menuju ke ruang dewan . Di sini terdapat ruang tempat duduk berputar dengan kapasiti 40 pengunjung. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman padi pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap di mana mural ini mempunyai ketinggian lapan meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.

Keadaan ruang pemerhati yang berputar
pic credit to :www.malaysiabest.net

Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu masa dan terletak di atas platform berputar Pengunjung perlu mendaki 59 anak tangga di mana boleh sampai kepuncak Gunung Keriang dan di sini pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.

Di dalam bangunan ini terdapat artifak-artifak penanaman padi kaedah baru dan lama. Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana padi di tanam. Alatan-alatan yang digunakan juga dipamerkan untuk para pengunjung. Dimana muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.

Berbagai-bagai jenis barangan seperti baju T, alat tulis, karaftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di sini untuk dijadikan sebagai buah tangan dan makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh orang tempatan.

Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini dan untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus, antaranya sepila, tuar, bubu serta tangkul di samping boleh mengenali ikan-ikan seperti puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi. 



Bayaran Masuk
Dewasa : RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Berunifom : RM 2.00 seorang
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
*info : webjabatan.kedah.gov.my


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Sabtu, 20 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MUZIUM NEGERI

Assalamualaikum.


pic credit to : malaysiatravelbook.blogspot.com


Destinasi seterusnya yang akan kita kunjungi ialah Muzium Negeri Kedah yang terletak berhampiran Stadium Darul Aman melalui Lebuhraya Darul Aman. 

Muzium Negeri (lama)
pic credit to : www.memori-kedah.com

Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Tunku Ismail Bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah.


Muzium Negeri (sekarang)
pic credit to : wiimapia.com

Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan muzium ini dipindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. 

Pada Julai tahun 1964, Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah. Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini teater.
Terdapat 10 galeri pameran tetap seperti Dewan kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sasstera. Selain dari itu kemudahannya turut dipertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.

Bayaran Masuk
Percuma (Kecuali ada pameran dari agensi luar)
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)


*info: http://kedahmuseum.gov.my/index.php/m-kedah

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...