Selasa, 2 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - BALAI SENI NEGERI

Assalamualaikum.

Masih lagi di Bandaraya Alor Setar yang sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancong dan pengunjung ke Negeri Kedah.

Hari ini kita akan ke Balai Seni Negeri yang terletak berhampiran Balai Nobat dan Balai Besar atau dikenali sebagai Medan Bandar. Kedudukan bangunan ini yang berhampiran memudahkan pengunjung melawat kesemuanya sekali dengan mudah.

pic credit to : infinitrue.wordpress.com


Didalam bangunan ini dipamerkan himpunan hasil seni lukis, gambar , pertukangan tangan dan peralatan yang sinonim dengan kebudayaan dan tradisi rakyat Negeri Kedah. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals.

Galeri ini mengandungi berbagai-bagai hasil seni daripada karya anak-anak tempatan dan juga luar dari negeri  Kedah. Bangunan ini asalnya dibina khusus untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 yang dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1923 digunakan sebagai Mahkamah Tinggi dan Jabatan Audit , Perbendaharaan Negeri serta Pejabat Penasihat British.

pic credit to : sites.google.com/site

Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri yang menempatkan hasil karya dan koleksi seni yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri. Kini Balai Seni Negeri ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang sering dilawati bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga oleh pelancong-pelancong asing.

Bayaran Masuk
Percuma
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...