Khamis, 4 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - GUNUNG KERIANG

Assalamualaikum..

Terpapar di dada akhbar arus perdana dan tabloid yang mengatakan, Gunung Keriang merupakan tarikan terbaru pelancong. Pada pendapat aku, kenyataan itu salah sama sekali. Gunung Keriang telah wujud sekian lama. Dengan khazanah alam iaitu garam kristal, gunung ini telah menjadi pusat rekrasi dan riadah sejak dahulu lagi.


pic credit to : harrizam.blogspot.my

Terletak 8km dari pusat bandaraya Alor Setar, Gunung Keriang turut dapat dilhat dari jauh sejauh perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah, ia bagaikan "penjaga" yang berdiri di tanah daratan .

Berketinggian 714kaki ada kisah mitos mengenainya. Konon cerita gunung ini berasal dari sebuah kapal yang membawa pengantin diraja, namun kerana keengganan puteri ini berkahwin, puteri telah disumpah oleh sang kelembai sehingga semuanya menjadi batu. Bukti mitos ini diperkukuhkan lagi dengan penemuantali panjang sebesar lengan yang dipercayai tali sebuah kapal. Tali ini bersambung pada sauhnya yang ikut terkena sumpahan sang kelembai itu.


pic credit to : www.exploring-malaysia.com

Terdapat juga batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang atau berongga di tengahnya. Terdapat juga batu-batu yang menyerupai manusia, kelihatan berpakaian seperti pengantin Cina bersanggul lintang. Dipercayai itulah puteri yang terkena sumpahan.
Ada yang mengatakan bahawa gunung ini berasal daripada sebuah pulau yang mengandungi banyak pokok keriang, lalu diberi nama 'Gunung Keriang'.
Tanda-tanda yang menunjukkan gunung ini berasal daripada sebuah pulau berdasarkan kepada terdapatnya kulit-kulit kerang dan kepah di sekitar gunung ini.

Dikaki Gunung Keriang juga terdapat Kampung Tradisional yang terdirinya beberapa buah rumah kampung melayu yang sangat cantik.


pic credit to : donribwan.blogspot.my
Di bahagian pintu masuk ke gua Gunung Keriang ini juga ada taman permainan dan riadah untuk seisi keluarga juga kehadiran monyet-monyet disekitar gunung ini mencuit hati pengunjung yang datang. 
Di bahagian belakang gunung ini juga terletaknya Muzium Padi dan entri mengenainya akan menyusul kemudian.



*info sumber utusan malaysia



"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...