Assalamualaikum..
Destinasi jelajah Kedah seterusnya adalah ke Jambatan Tok Pasai yang menghubungkan Kg.Kubang Rotan, Kg. Kubang Jerangau dengan pekan Kuala Kedah. Merentasi muara Sungai Kedah, jambatan ini kelihatan gah dari jauh.
Inilah jambatan yang aku lalui setiap minggu pergi dan balik ke tempat kerja sekarang iaitu Langkawi. Tanpa jambatan ini, aku terpaksa melalui Bandaraya Alor Setar yang sudah tentunya sibuk dan banyak kenderaan.
Jangan ingat Jambatan Pulau Pinang adalah yang pertama panjang di Malaysia. Sebelum wujudnya jambatan Pulau Pinang, Jambatan Tok Pasai terlebih dahulu dibina untuk kemudahan rakyat di sini. Mengikut cerita tempatan, jambatan ini sudah wujud sejak tahun 70an dan beberapa kali di naiktaraf sehinggalah jadi seperti sekarang.
pic credit to :
pemandangan dari atas jambatan
pic credit to : kedahtravelog.syedalfandiphotography.com
Jambatan ini merupakan highest point yang membolehkan kita melihat pemandangan seluruh Kuala Kedah. Dan aku sendiri dapat melihat setiap seawal subuh, kelihatan beberapa warga tempatan yang berehat di tengah jambatan ini selepas penat berjogging atau mengayuh basikal.
"Kedah Malaysia..
where it all began"
where it all began"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!