Assalamualaikum.
Masjid Zahir, merupakan suatu tempat yang wajib dikunjungi bila tiba di Bandaraya Alor Setar. Masjid yang bersejarah ini mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Masjid Zahir diwaktu malam
pic credit to : shamLGW @ www.skyscrapercity.com
Masjid Zahir pada tahun 1950an
pic credit to : emjay @ www.skyscrapercity.com
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.
pic credit to :
Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara 10 masjid tercantik di dunia. Masjid Zahir juga merupakan masjid Diraja yang sering menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk beribadah.
"Kedah Malaysia..
where it all began"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!