Selasa, 16 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MENARA ALOR SETAR

Assalamualaikum.

pic credit to : www.menaraalorsetar.com.my

Salah satu mercu tanda negeri Kedah dan Bandaraya Alor Setar khususnya, ialah Menara Alor Setar.  Terletak berhadapan Aman Central. Menara Alor Setar ini merupakan menara telekomunikasi ke-2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur dan ia juga yang ke-19 tertinggi di dunia.

Menara Alor Setar ketika dalam pembinaan
pic credit to : skyscrapercity.com


Menara ini berketinggian 165.5 meter dengan menelan kos sebanyak RM40 juta dan dirasmikan pada 14 Ogos 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.

pic credit to : explorekedah.com


Diketinggian 88meter terdapat pelantar tinjau atau Pelantar Pemerhati dan disediakan 5 teropong untuk pengunjung melihat dengan lebih jelas panorama sekitar Bandaraya Alor Setar .

Menara Alor Setar ini juga turut mempunyai restoran berputar, Seri Angkasa Restaurant pada ketinggian 94meter yang beroperasi setiap hari (Kecuali Jumaat) mulai jam 3petang hingga 11malam dan mampu menampung sehingga 150 tetamu.

Berikut adalh harga tiket ke Pelantar Pemerhati



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...