Rabu, 17 Februari 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MENARA JAM BESAR

Assalamualaikum.

Satu lagi monumen yang masih berfungsi di tengah bandaraya Alor Setar, Menara Jam Besar. Terletak bersebelah dengan Masjid Zahir tidak jauh dari Medan Bandaraya .

*pic : google


Lebih mudahnya, menara ini terletak di Jalan Putra. Ia dibina pada tahun 1912 iaitu sezaman dengan pembinaan Masjid Zahir. Jika diikutkan, menara ini sudah berusia 104tahuh. Namun ianya masih kukuh dan teguh berdiri bagai penjaga masjid berhampiran.


.

Dibina berhampiran masjid adalah bagi memudahkan pihak masjid mengetahui masuknya waktu solat.





Senibina menara jam ini meliputi seni bina berunsurkan Islam pada struktur kubah menara serta lambang bulan sabit dan ukiran disekeliling menara. Menara ini juga memiliki senibina berunsurkan hindu yang terdapat di bahagian pintu masuknya.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...