Assalamualaikum.
Tidak lengkap kunjungan ke mana-mana tempat sekalipun kalau tidak melawat Muzium. Untuk hari ini kita akan melawat Muzium DiRaja Kedah atau lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Terletak di Medan Bandar berhampiran Balai Besar.
Bangunan ini yang berasal dari "Istana Kota Setar" merupakan sebuah bangunan kayu yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) iaitu pengasas Bandar Alor Star dalam tahun 1735. Bangunan ini pernah mengalami kerosakan beberapa kali akibat serangan Tentera Bugis (1770) dan Tentera Siam (1821).
Bangunan batunya telah disiapkan pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Baginda pernah bersemayam di istana ini bersama permaisurinya Wan Hajar Wan Ismail atau dikenali dengan panggilan "Mak Wan Besar". Kerana itu, istana ini juga terkenal dengan nama "Istana Mak Wan Besar".
pintu gerbang (lama)
pic : google
pintu gerbang (kini)
pic: google
Istana ini juga dikenali sebagai "Istana Pelamin" apabila ruang istana ini diperbesarkan untuk dijadikan astaka dan bilik-bilik tambahan apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah hendak melangsungkan perkahwinan lima orang putera-puterinya. Upacara perkahwinan secara besar-besaran ini mengambil masa tiga bulan dalam tahun 1904.
Selepas tahun 1941, istana ini pernah digunakan sebagai sekolah dan pejabat beberapa persatuan termasuk Pejabat Pergerakan St. John dan Pengakap. Pada 25 Julai 1983, bangunan istana ini diisytiharkan sebagai "Muzium Diraja Kedah".
Bayaran Masuk
Percuma
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
"Kedah Malaysia..
where it all began"
banyak perubahan
BalasPadam