Assalamualaikum.
Hari ini kita akan ke tempat membeli-belah yang sudah terkenal puluhan tahun . Sesiapa saja yang sampai ke Bandar Alor Setar, semestinya takkan lengkap tanpa mengunjungi Pekan Rabu.
Namakan apa saja, semuanya ada. Dari makanan, hasil laut, kuih tradisional, baju, tudung.. bermacam-macam pilihan ada disini yang pastinya 100% peniaga Melayu.
pic credit to :huha @cari.forum
Sejarah awal Pekan Rabu bermula pada awal April 1930 di Tanjung Chali yang diilhamkan oleh Putera Diraja Kedah YTM Tunku Yaacob, beliau menubuhkan Pekan Minggu sebagai tempat petani dan peladang memasar dan menjual hasil keluaran mereka setiap hari Rabu sahaja, sempena hari kelahiran beliau pada hari rabu maka pasar minggu itu dinamakan Pekan Rabu. Bangunan Pekan Rabu di Tanjung Chali itu pada asalnya merupakan bangunan terbuka yang panjang berbumbung atap nipah, bertiang kayu dan berlantaikan simen.
Pekan Rabu (dahulu)
pic credit to : memori-kedah.com
Pada tahun 1932 Pekan Rabu telah dipindahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ke Jalan Tunku Ibrahim diatas tapak yang lebih luas dan selesa. Pada Jun 2015, bangunan tersebut sudah dirobohkan untuk pembinaan kompleks baru yang lebih besar,lengkap dengan pelbagai fasiliti yang pastinya lebih menarik.
Pekan Rabu baru yang dalam pembinaan
pic : google
Oleh itu, Bangunan Ukir Mall di telah dipilih sebagai tapak sementara untuk peniaga asal Pekan Rabu. Kepada pengunjung, rugi sekiranya tidak datang kesini.
Pekan Rabu di Ukir Mall
pic credit to : utusan.com.my
|
"Kedah Malaysia..
where it all began"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!