Assalamualaikum.
Untuk hari ini kita akan luangkan masa ke satu tempat, yang tiada pada zaman kanak-kanak kita.. Pusat Sains Negara Wilayah Utara.
pic credit to : www.mukhrizmahathirfc.com
Tempat ni semamangnya sangat bagus, boleh bermain dan belajar tentang sains dalam masa yang sama. Bukan setakat pelajar sekolah, orang dewasa pun boleh belajar sama. Teruja! itu yang mampu aku katakan.
pic credit to :
Kebetulan cuti sekolah yang lepas aku bawa anak kesini. Pusat Sains Negara ini terletak berhampiran Gunung Keriang, di belakang Muzium Padi. Dengan bayaran serendah RM2 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak 7 tahun keatas dan percuma untuk kanak-kanak dibawah 7 tahun, berbaloi menghabiskan masa 1 hari di sini. Dan seperti biasa, ada 2-3 gambar aje yang aku rakamkan..yang lain? Sibuk bermain..huhuh
Beroperasi mulai 9 pagi hingga 5 petang, dengan pelbagai aktiviti ada di dalamnya. Menaiki tangga ke tingkat 1, nak melangkah masuk ke Exhibition Hall, bayang anak aku pun dah hilang.. puas bermain dan mencuba segala alatan sains yang ada di sana.
Di hujung bangunan terdapat ruangan khas iaitu Kids Pavillion untuk kanak-kanak bermain,melukis dan menggunakan semua kemudahan yang ada. Cuma yang kurang sikitnya disini, tandas berada di tingkat bawah dan agak jauh dari ruang pameran. Jika anda tidak tahu kemana hendak bawa anak berjalan-jalan, inilah tempatnya.
Memang berbaloi dan tak rugi, dan aku sendiri pun dah sama naik dengan anak. Seronok mencuba alatan sains sampai terlupa yang umur dah 36! sabar ajelah!
"Kedah Malaysia..
where it all began"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!