Sebutlah namanya. Siapa yang tidak kenal. Bukan sahaja di Malaysia malah di dunia luar. Nama yang cukup sinonim dengan kemajuan Malaysia dan Wawasan 2020.
Siapa lagi kalau bukan ayahanda Tun Dr Mahathir Mohammad. Seorang insan yang secara peribadinya aku amat kagumi dan sayang. Seorang pemimpin yang bukan dilahirkan atas dulang emas, seorang rakyat biasa, anak melayu jati. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais (kini kilang ais tersebut juga telah dijadikan muzium).
Tun anak bongsu dari 9 adik-beradik. Bapanya Mohamed Iskandar dan ibunya Wan Tempawan Wan Hanapi.
pic credit to : peribadidrmahathir.blogspot.com
pic credit to : chawyeh.blogspot.com
Jalan yang paling mudah untuk ke rumah ini adalah melalui Jalan Pegawai atau sekarang dikenali sebagai Persiaran Sultan Abdul Halim. Rumah ini sering menjadi tumpuan pelancong yang rata-rata mengenali Tun dan menghormati kebijaksanaan beliau dalam urus tadbir negara dari negara pertanian kepada negara maju.
pic credit to : www.destinantiontomalaysia.com
Datanglah dan saksikan sendiri, tempat lahirnya seorang insan yang sangat dihormati dunia dan digeruni pihak musuh, Semoga Allah lanjutkan usia Tun dan berikan kesihatan yang baik untuknya..
Saya sayang Tun Mahathir Mohammad!
Waktu Lawatan
Hari : Selasa - Ahad
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Hari : Jumaat
Masa 1 : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
(rehat untuk Solat Jumaat)
Masa 2 : 3.00 petang - 5.00 petang
Hari Cuti
Ditutup pada hari Isnin
kecuali hari Cuti Am atau Cuti Sekolah.
"Kedah Malaysia..
where it all began"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!