Rabu, 30 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - BENDANG MAN ECO RESORT

Assalamualaikum.

Destinasi pertama jelajah ke Daerah Sik adalah Bendang man Eco Resort. Terletak di Kampung Keda, Bendang Man. Resort ini menyajikan percutian dalam dusun. Ia juga dikenali sebagai KEDA RESORT. 

pic credit to : makcikmun.blogspot.com


Resort ini juga mempunyai fasiliti yang terbaik khas untuk acara perkhemahan dan berkursus. Biasanya menjadi tumpuan sekolah, badan kerajaan dan korporat untuk dijalankan kursus pembinaan pasukan. Resort dibawah projek Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ini turut  menyediakan tapak perkhemahan.
pic credit to : www.mdsik.gov.my

Aku sendiri pernah menghadiri kursus Team Builiding di sini dan yang paling seronok sekali, di sini juga disediakan kemudahan untuk flying fox. Entri dan lain-lain gambar ada DI SINI !!!!




Kemudahan penginapan disini terbaik dan dilengkapi kantin serta dewan terbuka. Suasana pagi yang sejuk dan nyaman. Turut tidak dilepaskan peluang untuk bermandi-manda di anak sungai di resort ini. Pastinya percutian dan perkelahan dalam pada waktu yang sama menjanjikan kenangan terindah di sini.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 29 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - SIK

Assalamualaikum.

Selesai sudah jelajah ke Daerah Yan. Untuk kali ini kita akan ke daerah seterusnya iaitu Daerah Sik.

pic credit to : www.kedah2u.com

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik.
Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.
Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.
Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.
Keluasan Sik adalah 163,456 hektar atau 1,634.6km persegi. Terbahagi kepada 4 mukim : Mukim Sik. Mukim Sok. Mukim Teloi. Mukim Jeneri.

Berikut adalah senarai tempat menarik yang akan kita jelajah bersama-sama selepas ini;

1.Bendang Man Eco Resort
2.Empangan Gubir
3.Hutan Simpan Ulu Muda
4.Ladang Anggur Beris
5.Lata Embun
6.Lata Hujan Lebat
7.Lata Lembu
8.Lata Mengkuang
9.M.U.D.A Resort
10.Peranginan Serendah Si Kebun Bunga
11.Rekreasi Rimba Takwa
12.Tasik Beris


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 28 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TANGGA KENARI

Assalamualaikum.

Kita ke destinasi terakhir di Daerah Yan. Dikenali sebagai Tangga Kenari 1000 Tahun atau Tangga Kenari, tangga ini terletak di kawasan Hutan Lipur Rekreasi Titi Hayun. Tangga di bina menaiki Gunung Jerai ini sering digunakan para pendaki yang ingin mendaki Gunung Jerai dari kaki gunung atau juga digunakan untuk ke trak yang menghubungkan ke beberapa air terjun yang terdapat di Gunung Jerai.



pic credit to : sanrabb69.blogspot.com


pic credit to : myblogsantai.blogspot.com


Terletak lebih kurang 3.4 km dari Pekan Yan Besar, Tangga Kenari sebenarnya berada di lokasi yang sama dengan Hutan Lipur Titi Hayun. Tangga konkrit yang dibina melalui denai hutan ini adalah cetusan idea Dato' Seri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah ketika itu bertujuan memajukan industri pelancongan berasaskan alam semulajadi (ecotourism).

pic credit to : jupa1494.blogspot.com


Uniknya, projek pembinaan tangga ini dari Titi Hayun hingga ke Peranginan Gunung Jerai berjaya dilaksanakan tanpa melibatkan proses penebangan pokok-pokok balak di sepanjang laluan tersebut. Keselurunan anak tangga yang dibina adalah kira-kira 1,342 takah melalui lereng-lereng berliku di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai.
pic : google

Menurut Dato'Seri Sanusi Junid, nama Kenari diambil sempena nama pasukan Bola Sepak Negeri Kedah dan angka 1000 lebih bermaskud kepada "tahan lama". Kepada pengunjung yang sudah sampai ke Titi Hayun, anda dicadangkan mengunjungi Tangga Kenari ini sebagai melengkapkan lawatan anda.





"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 27 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PUNCAK BUKIT CHORAS

Assalamualaikum.

Destinasi jelajah hari ini adalah Puncak Bukit Choras. Lokasi destinasi jelajah ini sangat sesuai untuk peminat aktiviti mendaki memandangkan bukit ini masih lagi belum terkenal walaupun disini terdapat peninggalan sejarah dizaman silam.

pic credit to :www.memori-kedah.com

Diceritakan bahawa terdapat  Istana Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir yang terletak di puncak Bukit Choras tetapi telah dimusnahkan oleh penjajah Siam Buddha dan kini terdapat sebuah bangunan berhala berbentuk kubah. Ia berkemungkinan sebuah "stupa" yang berkaitan dengan pemujaan agama Buddha.


Ada pula di versi lain yang mengatakan Raja Bersiong pernah bersemayam di puncak bukit ini walau bagaimanapun cerita Raja Bersiong hanyalah sebuat hikayat. 

Pun begitu, hasil yang ditemui sebenarnya lebih bernilai dari itu iaitu khazanah seawal 5 Masihi ketika Kedah masih lagi belum diketahui asal usul sultan dan rajanya.



"Candi ini terletak di puncak Bukit Choras, Mukim Sala Besar, Daerah Yan berhampiran Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman. Ia dijumpai di dalam tahun 1845. Ekskavasi awal telah dilaksanakan dalam tahiun 1983 dan 1984. Candi ini yang dipercayai digunakn oleh penganut agama Buddha dibina dengan menggunakan batu laterit dan batu lumpur. Disebelah timurnya telah dijumpai 2 buah kolam yang digali berbentuk empat segi bujur.

Diantara artifak utama yang dijumpai ialah batu bersurat berunsur Buddha. Tulisannya menggunakan huruf Pallava dan Bahasa Sanskrit. Artifak-artifak ini ialah pecahan seramik dan besi. Berdasarkan data yang diperolehi, candi ini dipercayai dibina pada abad ke 5 Masihi."

pic credit to : www.tayargolek.com


Bukti penemuan berhala teresbut telah pun dijumpai dan kini ianya disimpan untuk pameran di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Maka yang tinggal di Bukit Choras hanyalah tapak lama sahaja. Pun begitu bagi peminat sejarah, bolehlah melihat sendiri kawasan asal yang bersejarah ini, dimana ketamadunan Islam belum lagi tiba di Semenanjung Kedah Tua.



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Sabtu, 26 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PULAU TELOR


Assalamualaikum.

pic credit to :  FB Mohd Fuad Helmi


Mendapat nama dari bentuknya yang kelihatan dari jauh bulat seakan telur, Pulau Telor di Daerah Yan ini juga bakal digazetkan sebagai Taman Laut Negeri . 


pic credit to : scriptersnews.blogspot.my

pic credit to : intanrizal.blogspot.my

Merupakan pulau terkecil diantara gugusan pulau-pulau yang terdapat di perairan Daerah Yan, Pulau Telor juga tidak kurang hebatnya untuk dikunjungi kaki pancing dan peminat aktiviti berkhemah.

pic credit to : FB kasim Osman Pink

pic credit to :  FB Ekin Saad

Dengan adanya pulau-pulau indah ini, maka kita sebagai penghuni alam harus bertanggungjawab menjaga danmemulihara agar ianya kekal seperti asal. Kepada yang berminat untuk ke pulau-pulau ini, bolehlah ke jeti nelayan Sg.Udang, Yan untuk mendapatkan perkhidmatan bot dari nelayan tempatan. 

Sesungguhnya ciptaan Allah ini adalah bukti kekuasaan-Nya..


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jumaat, 25 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PULAU SONGSONG

Assalamualaikum.

Kita teruskan jelajah merentas laut yang seterusnya. Pulau Songsong. Juga berada di perairan Daerah Yan. Pulau yang sangat cantik dengan pasir memutih dan air yang jernih bak cermin ini mampu memukau sesiapa sahaja.






all pic originally by and credit to : Mohammad Bokhori

Masya Allah.. cantikkan? Untuk pengetahuan, Pulau Songsong selain Pulau Bidan dan Pulau Telor akan digazetkan sebagai Hutan Simpan dan Taman Laut Negeri. 

Untuk kesini, pengunjung oleh menaiki bot dari Jeti Sungai Udang, Yan dengan bayaran RM40 pergi dan balik. Malah ada juga pengusaha bot yang menyediakan pakej untuk bot, snorkling dan sebagainya.

Kepada peminat hidupan laut, rugi andai anda tidak sampai ke Pulau Songsong ini. Sangat cantik dan bersih dan kitalah juga yang memelihara kebersihan pulau ini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Khamis, 24 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PULAU BUNTING

Assalamualaikum.

Sebelum ini kita sudah menjelajah ke Jambatan Pulau Bunting, tapi untuk kali ini , adalah entri khas untuk Pulau Bunting. Pulau yang tidak berpenghuni namun tetap menjadi pilihan pengunjung untuk berkelah dan memancing.




all pic credit to : scriptersnews.blogspot.my

Menurut cerita penduduk tempatan, pada zaman dahulu, pulau ini menjadi tanah perkuburan penduduk dari tanah besar. Pun begitu, kubur-kubur itu sudah dipindahkan kembali ke tanah besar . Sehingga ke hari ini , pelbagai misteri yang dikaitkan dengan pulau ini.

Mendapat nama dari bentuknya yang menyerupai perempuan mengandung, pulau ini lebih menjadi tumpuan dengan adanya jambatan yang menghubungkan pulau dan tanah besar. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Rabu, 23 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PULAU BIDAN

Assalamualaikum.

Sememangnya Daerah Yan layak digelar Daerah Pelancongan. Kita ke pulau yang ke-2 yang terdapat diperairan dalam daerah Yan ini, iaitu Pulau Bidan.





all pic credit to : imagebyazfarjasmi.blogspot.my

Untuk kesini perlu menaiki bot dari Jeti Sungai Udang, Yan yang mengambil masa 15 minit. Sangat sesuai untuk berkelah, berkhemah dan memancing. Bagi mereka yang ingin berkhemah disini, anda disarankan membawa bekalan air yang secukupnya dan yang paling penting segala sampah sarap harapnya dibawa pulang bersama.







all pic credit to : http://scriptersnews.blogspot.my/

Pulau ini juga tidak berpenghuni. Masih lagi belum tercemar dengan sebarang aktiviti pembangunan , maka sebagai pengunjung kita harus memelihara kebersihan pulau ini. Siapa sangka, pulau dan pantai berair jernih ini ada di Negeri Kedah.




"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 22 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PANTAI TANJUNG JAGA

Assalamualaikum.

Satu lagi tarikan dipinggir laut Selat Melaka, iaitu Pantai Tanjung Jaga. Walaupun tidak sepopular Pantai Murni, namun pantai ini tetap menjadi pilihan untuk keluarga. Terletak kira-kira 3km dari Pekan Yan.



Penduduk tempatan lebih mengenali Tanjung Jaga ini sebagai Teluk Air. Kawasan ini sangat sesuai untuk berkelah dan memancing, Pengunjung perlu meletak kenderaan dibahu jalan dan turun ke bawah memandangkan pantainya berada dibawah tebing.

pic credit to : www.geocities.ws/manwithkris

Walaupun perlu meneruni tebing tinggi, namun hasilnya sangat berbaloi terutama kepada kaki pancing.

pic credit to : aboutnurulhusna.blogspot.com

Melalui jalan yang sama ke Tanjung Jaga ini juga, kita boleh sampai ke daerah Kuala Muda, dengan jalan berliku dan naik turun bukit. Agak berbahaya, namun masih lagi menjadi pilihan penduduk tempatan yang ingin ke Tanjung Dawai memandangkan inilah jalan pintas ke sana. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 21 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PANTAI MURNI


Assalamualaikum.

Tempat kegemaran zaman remaja untuk berlepak, ambil angin sambil makan rojak. Pantai Murni, sememangnya cukup terkenal sebagai tempat kunjungan masyarakat tempatan.

Walaupun namanya pantai, tetapi pantai ini tidak sesuai untuk mandi manda memandangkan ianya adalah pantai berlumpur. Pun begitu ia tetap menjadi tumpuan ramai diwaktu petang untuk bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan sambil menikmati angin laut dan menjamu selera di medan selera yang terdapat di tepi pantai ini.



pic credit to : www.percutianbajet.com

Terletak tidak sampai 1km dari Pekan Yan, Pantai Murni juga menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Pantai Murni sentiasa sesak ketika hari cuti mingguan mahupun cuti sekolah.

Dari Pantai Murni ini kita dapat menyaksikan panorama matahari terbenam berlautkan Selat Melaka. Jika anda sudah sampai ke Yan , maka tidak lengkaplah jika tidak singgah sebentar di Pantai Murni.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 20 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - JAMBATAN PULAU BUNTING

Assalamualaikum.

pic credit to; www.cari.com

Dari hutan dan gunung, kita kembali ke lautan. Hari ini kita akan ke Jambatan Pulau Bunting. Jambatan yang menghubungkan tanah daratan Kampung Sg. Kering ke Pulau Bunting yang tidak berpenghuni .



Walaupun keujudan jambatan ini dianggap seperti projek gajah putih, namun jambatan ini sering menjadi tumpuan kaki pancing. Jambatan ini pernah dibuka kepada kenderaan , tetapi kini hanya dibenarkan kepada penunggang motorsikal sahaja. Jambatan berukuran 2.3km panjang dan 13 meter lebar telah dilaksanakan antara tahun 2002 dan 2005 dan menelan belanja RM120 juta.

pic credit to : scriptersnews.blogspot.com


Jambatan ini juga mempunyai 80 meter ‘arch cable-stayed bridge’ yang sering dijadikan lokasi oleh para pemancing untuk memancing ikan. Dari atas jambatan tersebut, pemandangan indah Gunung Jerai dapat dilihat dari arah laut malah beberapa pulau seperti Pulau Telur, Pulau Songsong juga boleh dilihat dari atas jambatan tersebut.

Bagi kaki pancing, inilah tempat yang patut dikunjungi untuk menguji sentapan joran anda.



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Sabtu, 19 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN REKREASI BATU HAMPAR

Assalamualaikum.


pic credit to : Hamzah Yusof

Masih lagi menjelajah keindahan alam, sungai berbatu dan gunung. Kali ini kita akan ke Hutan Rekreasi Batu Hampar, yang sememangnya sangat popular suatu masa dahulu dan dikenali dengan nama Peranginan Batu Hampar.

pic credit to : kayuhsorangje.blogspot.my

Sedikit mengecewakan apabila tempat yang pernah popular ini makin dilupakan. Namun, kepada peminat dan pencinta alam , popular atau tidak, itu bukanlah ukuran. Kawasan yang pernah dibanjiri pengunjung sehingga penuh parkir, kini lengang. 


pic credit to : FB Haryanti Hassan

pic credit to : Ibn Ahmad Paklang

Walaupun begitu, ia masih menjadi kunjungan penduduk tempatan untuk mandi-manda dan berkelah, namun ianya tidaklah semeriah dahulu. 


kawasan parkir

Di penghujung jalan menuju Batu Hampar ini, tersergam Istana Hinggap Tuanku Sultan Kedah. Terletak 5 kilometer sahaja dari Pekan Yan, dengan melalui jalan kampung, tidak sukar untuk menemui kawasan sungai berbatu dan air terjun ini.


pic credit to : waterfall.forestexplorers.com


Sesungguhnya, keindahan alam ini , sentiasa akan indah, sekiranya kita terus menghargai dan menjaganya. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...