Sabtu, 12 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - AIR TERJUN ALOR NAGA

Assalamualaikum.

Destinasi pertama di Daerah Yan. Bagi yang ingin ke tempat ini , perlu menaiki Gunung Jerai dengan kenderaan sendiri hingga ke puncak yang mempunyai resort dan perlu bermalam di resort berkenaan memandangkan hanya tetamu sahaja yang dibenarkan masuk kerana kawasannya berkunci dan berpagar. (entrinya akan menyusul). Dengan berjalan kaki melalui denai dari resort yang mengambil masa hampir 30 minit, kita akan tiba di Air Terjun Alor Naga.

Jika tidak mahu melalui Puncak Gunung Jerai, anda perlu mendaki dari Tangga Kenari (Titi Hayun) selama 2jam lebih dari bawah menuju ke trek yang akan membawa pendaki ke kawasan air terjun ini. Pilihan dikaki anda..mana yang larat untuk menapak. 


pic credit to : kembararoh.blogspot.my

Pelbagai kisah mistik yang  dikaitkan dengan air terjun ini. Ada kisah yang mengatakan tempat ini adalah alur naga atau kolam naga dinama ada seekor naga yang tinggal di dalam gua yang berada di belakang air terjun ini dan akan keluar mandi dan melalui kolam itu juga si naga akan keluar kelaut.  

Ada pula yang mengisahkan bahawa kolam ini  kolam ini digunakna Raja Bersiong untuk mandi manda .



salamdaripuncak.blogspot.com

Walau apa pun juga cerita dan kisahnya, air terjun ini sangat menarik untuk dikunjungi. Pastinya air gunung yang sejuk ini dan suasana damai di atas gunung mampu memberi kepuasan kepada pengunjung yang tiba untuk merasai sendiri keindahan alam.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...