Khamis, 17 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HOMESTAY KG. SG.RAGA

Assalamualaikum.

Homestay Kg.Raga terletak 1.5km sahaja dari Pekan Yan. Kampung ini dibuka sekitar tahun 1720. Sehingga kini penduduk kampung ini adalah 100% mempunyai pertalian darah. Asal nama kampung ini adalah Kampung Keluarga dan akhirnya ditukar kepada Kampung Raga.



pic credit to : FB Homestay Tanjung Malim

Maka tidak hairanlah homestay usahasama mereka menjadi begitu terkenal dan pernah memenangi pelbagai anugerah. Sejarah tertubuhnya Homestay Kg.Raga ini  bermula pada tahun 1982 apabila Kampung Raga memenangi hadiah pertama untuk kategori Sungai Terbersih dan Tercantik dalam Pertandingan Kebersihan Sungai, anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

pic credit to : homestayfaridahdiyan.blogspot.com

Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung yang bermalam di homestay ini. Kepada yang berminat bolehlah hubungi Jawatan Kuasa homestay ini untuk tempahan dan pakej melalui  homestaykgraga.com

Sungai  Raga yang mengalir di kampung ini sudah pasti datangnya dari Gunung Jerai yang berhampiran. Kedinginan dan kejernihan airnya mampu menarik pengunjung sama ada untuk berkelah atau pun menginap di homestay-homestay yang disediakan..

pic credit to : FB Khairul Anuwar Ahmad

Nikmatilah suasana kampung yang mendamaikan di sini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...