Khamis, 3 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TAMAN JUBLI EMAS

Assalamualaikum.

Kali ini kita akan ke Taman Jubli Emas. Taman yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah.

pic credit to : Fitri Hamzah @ www.flickr.com

pic credit to : hiker93@ skyscrapercity.com


Taman ini terletak di Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah, Malaysia, berhampiran kompleks baharu Mahkamah Tinggi Alor Star. Ia dibina sempena meraikan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah ke-27, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 9 September 2008. Taman ini memaparkan keunikan negeri Kedah sejak 1,000 tahun yang lalu. 
pic credit to : playmotorsports.blogspot.my

pic credit to : placeknow.com

Tugu Jubli Emas di taman ini dikelilingi lima arca keris yang melambangkan pemerintahan 50 tahun Sultan Abdul Halim. Mempunyai sebuah kolam ikan di tengah-tengah taman. Juga mengandungi pelbagai aktiviti untuk belia dan remaja seperti go-kart, papan luncur, payung terjun, menunggang kuda dan taman permainan.

pic credit to : Ismadi Photo

Taman ini sangat sesuai untuk aktiviti keluarga seperti jongging, berbasikal dan bermain layang-layang, memandangkan kawasan sekitarnya adalah sawah padi yang berangin dan saujana mata memandang.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...