Isnin, 28 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TANGGA KENARI

Assalamualaikum.

Kita ke destinasi terakhir di Daerah Yan. Dikenali sebagai Tangga Kenari 1000 Tahun atau Tangga Kenari, tangga ini terletak di kawasan Hutan Lipur Rekreasi Titi Hayun. Tangga di bina menaiki Gunung Jerai ini sering digunakan para pendaki yang ingin mendaki Gunung Jerai dari kaki gunung atau juga digunakan untuk ke trak yang menghubungkan ke beberapa air terjun yang terdapat di Gunung Jerai.



pic credit to : sanrabb69.blogspot.com


pic credit to : myblogsantai.blogspot.com


Terletak lebih kurang 3.4 km dari Pekan Yan Besar, Tangga Kenari sebenarnya berada di lokasi yang sama dengan Hutan Lipur Titi Hayun. Tangga konkrit yang dibina melalui denai hutan ini adalah cetusan idea Dato' Seri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah ketika itu bertujuan memajukan industri pelancongan berasaskan alam semulajadi (ecotourism).

pic credit to : jupa1494.blogspot.com


Uniknya, projek pembinaan tangga ini dari Titi Hayun hingga ke Peranginan Gunung Jerai berjaya dilaksanakan tanpa melibatkan proses penebangan pokok-pokok balak di sepanjang laluan tersebut. Keselurunan anak tangga yang dibina adalah kira-kira 1,342 takah melalui lereng-lereng berliku di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai.
pic : google

Menurut Dato'Seri Sanusi Junid, nama Kenari diambil sempena nama pasukan Bola Sepak Negeri Kedah dan angka 1000 lebih bermaskud kepada "tahan lama". Kepada pengunjung yang sudah sampai ke Titi Hayun, anda dicadangkan mengunjungi Tangga Kenari ini sebagai melengkapkan lawatan anda.





"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...