Jumaat, 11 Mac 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - YAN


Assalamualaikum

Tiba giliran untuk jelajah ke daerah kelahiran aku . Aku bangga menjadi anak jati daerah ini. 1 daerah yang lengkap dengan semuanya. Dari puncak gunung hingga ke laut, semuanya ada disini dengan keluasan 24,177.78 hektar, Yan ingin dikenali sebagai Daerah Pelancongan.


pic credit to : kedah2u.com.my

Menurut sejarah, nama Yan diambil dari penghujung perkataan "Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini pada zaman dahulu. Ada juga yang mengatakan diambil dari singkatan perkataan Durian. 

Mengikut fakta sejarah, pada zaman dahulu terdapat penghijrahan rakyat Acheh dan menetap terus di sini sehingga terdapat perkampungan mereka yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324Hijrah. Pada ketika itu Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri dengan tugas utama memungut cukai dan mentadbir daerah. Namun setelah camputangan Inggersi, kuasa mentadbir telah diberi kepada Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi hakim, pemungut cukai dan hasil perdagangan.

Berikut adalah tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi;

1.Air Terjun Alor Naga,Yan
2.Air Terjun Puteri Mandi,Yan
3.Air Terjun Seri Perigi,Yan
4.Air Terjun Titi Hayun
5.Gunung Jerai,Yan
6.Homestay Sg.Raga,Yan
7.Hutan Lipur Sg.Teroi
8.Hutan Rekreasi Batu Hampar, Yan
9.Jambatan Pulau Bunting
10.Pantai Murni,Yan
11.Pantai Tanjung Jaga
12.Pulau Bidan
13.Pulau Bunting
14.Pulau Songsong
15.Pulau Telor
16.Puncak Bukit Choras
17.Tangga Kenari

Entri mengenai daerah ini, akan menyusul esok.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...