Jumaat, 29 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MENARA JAM BESAR , SG.PETANI

Assalamualaikum.

Kita beralih ke pusat bandar Sungai Petani. Satu-satunya mercutanda yang berdiri megah sekian lama.Menara jam ini telah didirikan pada tahun 1934 di Jalan Ibrahim dengan kos sebanyak RM7,000.00 dan berketinggian 15.2meter.

Jun 1953
pic credit to : B.C Teoh, boonchew@yahoo.com


pic : google


Menara Jam Sg.Petani 90an
pic : google





Sejarah terbinanya menara ini adalah hadiah daripada taukeh Lim Lean Teng kepada penduduk Sungai Petani memperingati King George ke-V sempena meraikan Jubli Perak. Menara ini mempunyai ketinggian setinggi 121 kaki persegi.

pic credit to : www.sungaipetani.com.my

Berdiri megah ditengah-tengah bandaraya Sungai Petani, mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang sampai ke bandar ini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Khamis, 28 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH I

Assalamualaikum.

Masih lagi berkisar tempat besejarah. Kita akan ke Makan Sultan Muzaffar Shah I dan menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Muzaffar Shah adalah sultan pertama yang memeluk Islam dan mangkat pada 13 Safar 175H bersamaan 1179M dan dimakamkan di Langgar Kora, Bukit Meriam . Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.

Gambar terawal Makam Sultan Muzaffar Shah I
pic credit to : www.memori-kedah.com

Sebelum Islam, baginda sultan atau nama sebenarnya Phra Ong Mahawangsa merupakan keturunan ke 7 Merong Mahawangsa dan merupakan orang yang telah mencatatkan secara bertulis mengenai kisah moyangnya sehingga terhasilnya naskah Hikayat Merong Mahawangsa dan perkara ini sudah disahkan dan di akui sendiri oleh persatuan sejarah dan kerabat Diraja Kedah.

pic credit to : Fb Jamal Jamaludin

Gambar terkini, perkarangan makam yang sudah dibaikpulih
pic credit to : artmelayu.blogspot.com

Menurut catatan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula mengatakan, Sultan Muzaffar Shah I ini juga dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II, Apa jua gelaran baginda, ianya adalah orang yang sama. Percanggahan berlaku apabila catatan yang ditemui ditulis oleh oleh orang yang berbeza tetapi mengenai peristiwa sama orang yang sama.

pic credit to : artmelayu.blogspot.com

pic credit to : cyclingevents.my


Apapun, inilah salah satu buktinya bahawa Kerajaan Kedah terlebih dahulu bertapak di Tanah Melayu ini berbanding Kesultanan Melayu Melaka . Sejarah yang masih dikaji oleh pengkaji dan kita sebagai rakyat harus berbangga dengan asal usul nenek moyang kita yang berbumikan tanah Melayu.



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Rabu, 27 April 2016

AKTIVITI DISCOVER KEDAH 2106 - FESTIVAL KEDAH TUA

Assalamualaikum.

Perkongsian menarik kepada peminat sejarah. Sebelum ini, banyak entri yang diterbitkan menceritakan sejarah secara ringkas dengan info yang tehad. Untuk kali ini, dengan kebenaran dari pihak penganjur maka, sukacita diwar-warkan 1 festival yang sangat menarik dan berinformatif akan diadakan dan detailnya sepeti berikut;


********


Festival Kedah Tua (FKT) merupakan satu inisiatif oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (PPAG USM) dalam mendekatkan arkeologi kepada masyarakat umum. Ia dirancang bagi memberikan gambaran lebih mendalam dan menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa berkenaan tamadun awal di Kedah, khususnya di tapak arkeologi Sungai Batu. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan bakal diadakan sepanjang FKT. Penganjuran akan turut melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah melalui pelbagai agensi seperti Jabatan Warisan Negara, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dan Kedah Tourism. FKT turut disokong oleh badan pertubuhan kerajaan seperti Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan lain-lain lagi. 

Lokasi FKT – Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu


Jadual Program

PROGRAM FESTIVAL KEDAH TUA DI TAPAK KOMPLEKS SUNGAI BATU

TARIKH: 20 MEI 2016 (JUMAAT)
8.00 pagi – 11.00 malam
Pameran- arkeologi, tamadun, pelancongan
Jualan berkaitan arkeopelancongan 
Lawatan Berpandu tapak Kompleks Sungai Batu
“Hands-on” Ekskavasi di tapak dan Eksperimen membuat bata dan Melebur besi
Riadah sampan di antara tapak jeti kuno
Penggerudian & Pemetaan Geofizik
Siaran Radio
Kempen kesihatan & derma darah
Persembahan di Pentas Utama
Petang: Perasmian FKT’16 di Pentas Utama


3.00 petang: Ketibaan VVIP
3.15 petang: Majlis Perasmian
4.15 petang: Lawatan tapak & Jamuan 

Malam: Persembahan Budaya di Pentas Utama
______________________________________________________________________

TARIKH: 21 MEI 2016 (SABTU)
8.00 pagi – 11.00 malam
Pameran- arkeologi, tamadun, pelancongan
Jualan berkaitan arkeopelancongan 
Lawatan Berpandu tapak Kompleks Sungai Batu
“Hands-on” Ekskavasi di tapak dan Eksperimen membuat bata dan Melebur besi
Riadah sampan di antara tapak jeti kuno
Penggerudian & Pemetaan Geofizik
Siaran Radio
Kempen kesihatan & derma darah
Persembahan di Pentas Utama
Petang: Perasmian FKT’16 di Pentas Utama


9:00 – 11:00pagi 
i. pertandingan mewarna tadika
ii. pertandingan melukis sekolah rendah
iii. pertandingan melukis OKU

2:00 Pentas Utama: penyampaian hadiah
Mewarna 
Melukis
Melukis (OKU)

2:00 – 5:00 petang
pertandingan sepak raga tuju terbuka

5:00 Pentas Utama: penyampaian hadiah
Sepakraga tuju 

9:00 Malam: Pentas Utama Persembahan “BERMULANYA DI SINI…KEDAH
TUA” – Pusat Pengajian Seni, USM

______________________________________________________________________

TARIKH: 22 MEI 2016 (AHAD)
8.00 pagi – 11.00 malam
Pameran- arkeologi, tamadun, pelancongan
Jualan berkaitan arkeopelancongan 
Lawatan Berpandu tapak Kompleks Sungai Batu
“Hands-on” Ekskavasi di tapak dan Eksperimen membuat bata dan Melebur besi
Riadah sampan di antara tapak jeti kuno
Penggerudian & Pemetaan Geofizik
Siaran Radio
Kempen kesihatan & derma darah
Persembahan di Pentas Utama
Petang: Perasmian FKT’16 di Pentas Utama


9:00 – 11:00 pagi 
i. pertandingan reka arca sekolah menengah
ii. pertandingan eksplorasi jejak warisan terbuka

2:00 petang: Pentas Utama
Penyampaian Hadiah
- Reka arca
- Eksplorasi

2:00 – 5:00 petang
Pertandingan Galah Panjang

5.00 petang: Pentas Utama
Penyampaian Pemenang Galah Panjang

9:00 malam; Pentas Utama


______________________________________________________________________


TARIKH: 23 MEI 2016 (ISNIN)
8.00 pagi – 11.00 malam
Pameran- arkeologi, tamadun, pelancongan
Jualan berkaitan arkeopelancongan 
Lawatan Berpandu tapak Kompleks Sungai Batu
“Hands-on” Ekskavasi di tapak dan Eksperimen membuat bata dan Melebur besi
Riadah sampan di antara tapak jeti kuno
Penggerudian & Pemetaan Geofizik
Siaran Radio
Kempen kesihatan & derma darah
Persembahan di Pentas Utama
Petang: Perasmian FKT’16 di Pentas Utama


9:00 – 11:00 pagi 
i. pertandingan memasak- terbuka
ii. pertandingan gubahan-terbuka

12:00 tengah hari : Kenduri rakyat

2:00 petang : Pentas Utama: Majlis Penutup

3:00 petang Jamuan

************
Semoga dengan adanya festival ini, dapat mengubah presepsi dan kepecayaan rakyat Malaysia yang telah disalah ajar melalui buku teks sekolah yang mengangungkan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sejarah terawal kerajaan dan kesultanan di Tanah Melayu sedangkan pada hakikatnya, sejarah peradaban manusia, kerajaan dan ketamudunan semenanjung ini bermula di Negeri Kedah iaitu Kerajaan Kedah Tua. Sejarah itu harus diperbetulkan semula kepada yang sebenarnya.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 26 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KOTA KUALA MUDA

Assalamualaikum.

Kali ini kita akan ke tempat bersejarah. Tempat dimana tesenarai diantara bermula ketamadunan Melayu di dalam Kerajaan Kedah Tua. Kota Kuala Muda merupakan bekas bandar ibu negeri Kedah yang dibina pada abad ke-17 dan 18. Ia dijadikan ibu negeri bagi menggantikan Kota Setar akibat ancaman serangan dari Siam.

pic google

Kota Kuala Muda terletak berhampiran pekan Kuala Muda, dan berhampiran Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Ia menjadi tapak istana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, pusat pentadbiran kerajaan.

Terletak di muara Sungai Muda,Selatan Kedah. Tarikh pembinaannya dianggarkan sebelum kurun kelapan belas masihi. Pada masa lampau, Kota ini merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia. Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah ratus telah menarik minat pedagang-pedagang dari negeri China,India,Portugal,Belanda dan England, datang ke sini. 


Antara binaan purba yang masih kelihatan di sekitar Pekan Kuala Muda
pic credit to: www.exploingmalaysia.com

Ketiadaan pengangkutan darat telah menambahkan lagi kemakmuran Kota ini. Kota ini mencapai kemajuan pada tahun 1786 dengan terbukanya pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih Timah dari Kedah, Perak dan sebaliknya terpaksa melalui Kuala Kedah terlebih dahulu. Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal tersebut dan dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangannya di Kota tersebut menjadi sebuah pusat yang maju dan sentiasa sibuk. 

Pada tahun 1804,perkembangan perdagangan di Kuala Muda yang berpusat di Kota ini telah menarik perhatian Sultan Kedah,Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang bersemayam di Alor Setar. Baginda kemudian telah memindahkan pusat persemayaman Ke Kuala Muda. Sebuah istana telah didirikan di Pulau Tiga yang berhampiran. Kehadiran baginda di Kuala Muda telah menambahkan lagi kemakmuran kota ini. Pada tahun 1875, Kota ini sekali menempa sejarahnya apabila Raja Ismail dari Perak bersembunyi di sini,setelah diburu oleh tentera Inggeris kerana pembunuhan J.W.W Birch. Baginda berada di sini selama enam bulan sehingga baginda menyerah diri kepada pihak Inggeris.



"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 25 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - JETI SEMELING SG.MERBOK

Assalamualaikum.

Terletak kira-kira 12km dari Bandar Sungai Petani, keunikkan Jeti Semeling yang terletak di Sungai Merbok ini menarik perhatian. Panorama matahari terbenam dapat disaksikan di sini.

pic credit to : nurmuhamad89.blogspot.my

Melalui Jeti ini, pengunjung  boleh menyelusuri Sungai Merbok ke Pantai Merdeka dan singgah di Tanjung Dawai dengan menggunakan perkhidmatan bot-bot yang disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Juga terdapat perkhidmatan sewaan bot untuk kaki pancing.

pic credit to : www.jurnalmalaysia.com

Bagi yang ingin memancing, tetapi tidak mampu menyewa bot, anda boleh terus memancing disini. Laluan pejalan kaki lebih 1 km ada disini dimana ianya menghubungkan antara 1 bangunan dan pelantar yang lain.

Jambatan Semeling yang dapat dilihat dari jeti
pic credit to :www.panaoramio.com

Di sini juga terdapat sebuah galeri yang dinamakan Galeri Bakau untuk pengunjung bekunjung dan mendapat info mengenai hutan bakau dan kelestarian alam.



pic credit to : izzuddinjanaton.blogspot.my


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 24 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN LIPUR SG.KUNYIT, GURUN

Assalamualaikum.

Hari ini kita akan ke Hutan Lipur Sungai Kunyit yang terletak hanya 2km dari Pekan Gurun. Kawasan ini juga merupakan salah satu dari aliran air dari Gunung Jerai. 

pic google

Sesuai untuk bekelah dan mandi manda. Mendapat nama dari warna airnya yang kuning seperti kunyit, kawasan ini menarik dan unik kerana pecahan air terjunnya yang terbahagi kepada 3 dan ianya dapat dilihat jika melalui Lebuhraya Utara Selatan.

pic credit to :waterfallquest.jimdo.com

Kawasan ini juga sangat sesuai untuk pekhemahan dan sangat popular dikalangan penduduk tempatan. Jalan mudah untuk kesini adalah melalui Taman Gurun Jaya dan perlu melalui trek melalui ladang sawit dan hutan. Pun begitu, hasilnya berbaloi apabila tiba disini. Cara terbaik dan paling mudah untuk sampai kesini adalah dengan bermotosikal memandangkan jika berjalan kaki mengambil masa 30minit dari permulaan trek.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Khamis, 21 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN LIPUR SG.BADAK, GURUN

Assalamualaikum

Terletak 3 km dari Gurun, Kedah. Hutan Lipur Sungai Badak juga dikenali sebagai Hutan Lipur Batu Hampar dan berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah.



pic credit to : waterfallsofmalaysia.com/167badak.php

Boleh dihubungi melalui jalanraya dan perlu berjalan kaki untuk ke destinasi melalui track di penghujung jalan. Agak kurang sesuai untuk perkelahan keluarga terutama yang mempunyai anak kecil memandangkan untuk ke sungai ini, perlu melalui trek yang agak panjang.

Namun, Sungai Badak ini sangat sesuai untuk pencinta alam dan penggemar aktiviti perkhemahan.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Rabu, 20 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - HUTAN LIPUR GURUN KUARI

Assalamualaikum.

pic credit to : www.flickr.com/photos/lensaiqbal/10014540923

Kembali ke kaki Gunung Jerai, tapi kali ini dibahagian utara daerah Kuala Muda. Hutan Lipur Gurun Kuari, terletak 3 kilometer sahaja dari Pekan Gurun dan boleh dihubungi melalui jalanaya. Penduduk tempatan juga turut mengenali kawasan rekreasi ini sebagai Air Terjun Pecah Batu.

pic credit to : kedforestry0.tripod.com/gurun_kuari.htm

Air terjun setinggi 15 meter yang mempunyai tarikan tersendiri, sesuai untuk bermandi-manda, berkelah dan berehat. Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan diptrokarpa pamah boleh ditemui.

pic credit to : www.forestry.gov.my

Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar. Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

pic credit to : waterfallquest.jimdo.com

Bagi yang ingin bekhemah, pengunjung perlu mendapatkan kebenaran dari Pejabat Hutan Daerah dan tiada bayaran dikenakan.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 19 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - CHALET TERAPUNG PPK MERBUK

Assalamualaikum.

Minat bercuti? Berehat tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh? Minat memancing? Inilah tempatnya. Cukup terkenal bagi kaki pancing. Chalet Terapung PPK Merbuk destinasi terbaik untuk dikunjungi. Terletak di Kampung Belau, Merbuk.

pic credit to :labahlabahkenit.blogspot.com

Harga dari serendah RM70 semalam(harga mengikut jenis chalet), pengunjung boleh memancing terus dari pintu atau tingkap chalet.. best kan? Chalet yang seperti berada di rumah sendiri, lengkap dengan pelbagai perabut dan kelengkapan. Dan jika bernasib baik, pelbagai jenis ikan dapat dipancing dan dijadikan santapan.

pic crdit to : tajulurus.blogspot.com

Bukan sekadar untuk pemancing berkumpulan atau solo, chalet ini juga sangat sesuai untu kaktiviti sekeluarga kerana ianya menyediakan chalet yang mampu menampung sehingga 15 orang . Menarik..chalet ini terapung dipermukaan Sungai Merbuk yang terkenal suatu masa dahulu.

pic : google

Berbaloi dan pastinya menjanjikan kepuasan kepada pengunjung. Untuk tempahan, sila hubungi nombor seperti yang tertera di gambar.




"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 18 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - AIR TERJUN TUPAH

Assalamualaikum.

Satu lagi tarikan di daerah Kuala Muda. Masih lagi bertunjangkan kepada gahnya Gunung Jerai, sumber dari mana datangnya air yang mengalir . Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lubuk Tupah.

pic credit to : pisaukedah.blogspot.com

Pernah meniti zaman kegemilangan sedikit masa dahulu. Masih lagi menjadi tumpuan walaupun tidak semeriah dulu


pic credit to : ummiqr.blogspot.my

Terletak di Merbok, tidak jauh dari Pekan Semeling. Tidak susah mencari lokasi ini memandangkan ianya popular dikalangan penduduk tempatan dan petunjuk arah yang ada , memudahkan pengunjung untuk sampai ke sini.

pic google

Sesuai untuk berkelah dan beriadah bersama keluarga. Juga menjadi tumpuan fotographer dan pecinta alam. Jika  sudah sampai ke Semeling, singgahlah di sini. Jika bernasib baik, cuaca yang baik, maka anda berpeluang menikmati kejernihan air dengan suasana yang mendamaikan.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 17 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - AIR TERJUN LEMBAH BUJANG

Assalamualaikum.

Ke destinasi jelajah pertama di Daerah Kuala Muda. Dimana merupakan salah satu tempat sejarah peradaban dan ketamadunan bermula.

Air Terjun Lembah Bujang terletak di kawasan Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Sangat sesuai untuk membawa keluarga berkelah dan bermandi-manda disini tetapi bergantung kepada keadaan musim juga memandangkan ianya bukanlah mempunyai takungan air yang banyak seperti air terjun yang lain.

mela2mela.blogspot.com


Ada masa-masa tertentu yang terbaik jika pengunjung ingin datang untuk mandi-manda kerana jumlah air yang agak kurang, maka waktu paling tepat jika ingin bermandi-manda disini adalah selain dari musim panas dan kering.


pic credit to : sariyusa.blogspot.my

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kawasan parkir dan tandas awam. Alang-alang sampai di sini, bolehla terus melawat sekitar muzium berhampiran dan entri mengenainya akan menyusul nanti.

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Sabtu, 16 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - KUALA MUDA

Assalamualaikum.

Jelajah Discover Kedah 2016 beralih ke daerah yang seterusnya. Kita akan ke Daerah Kuala Muda. 

Walaupun dari asal nama Daerah Kuala Muda, tetapi kini setelah pengiktirafan Sungai Petani (pusat pentadbiran daerah) sebagai Bandar, Majlis Daerah Kuala Muda kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Sungai Petani .



Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.



pic credit to : www.kedah2u.com




Kota Kuala Muda terletak di muara Sungai Muda. Ini adalah sebuah desa nelayan kecil dan berjarak sekitar 25 km dari Sungai Petani. Tetapi sejarah yang terkenal di bandar ini adalah benteng yang dibina pada abad ke-18. 



Pada waktu dahulu, Kuala Muda merupakan pelabuhan penting di Kedah. Hal ini terus membangun selepas Pulau Pinang Inggeris menduduki, dirangsang oleh kenaikan dalam perdagangan dan kesejahteraan P.Pinang. 



Pada tahun 1811 Sultan Ahmad Tajuddin dibuat Kuala Muda kediamannya, untuk melarikan diri daripada peningkatan tekanan dari Thailand. Ketika Thailand menceroboh Kedah pada tahun 1821, ia masih tinggal di Kuala Muda. Akhirnya, ia pergi ke pengasingan di Pulau Pinang. Orang Thai menduduki Kedah selama 21 tahun. Selama ini ekonomi Kedah menderita di bawah kekuasaan mereka dan kemuliaan hari dari Kuala Muda sebagai pelabuhan besar berasal berakhir. 


Daerah Kuala Muda berkeluasan 923km persegi menyaksikan pembangunan melebihi daerah lain dengan adanya kawasan industri tak kurang juga pelancongan.

Berikut adalah tempat menarik dan bersejarah yang akan kita jelajahi sepanjang bulan ini;

1.Air Terjun Lembah Bujang
2.Air Terjun Tupah,Mukim Bujang
3.Chalet Terapung PPK Merbuk
4.Hutan Lipur Gurun Kuari
5.Hutan Lipur Sg.Badak,Gurun
6.Hutan Lipur Sg.Kunyit,Gurun
7.Jeti Semeling Sg.Merbok,Sg.Petani
8.Kota Kuala Muda
9..Makam Sultan Muzaffar Shah,Mukim Bujang
10.Menara Jam Besar,Sg.Petani
11.Muzium Arkeologi Lembah Bujang,Kuala Muda
12.Padang Tok Shiekh,Gunung Jerai
13.Pantai Merdeka,Kuala Muda
14.Pasar Bisik Kuala Muda
15.Pulau Sayak,Kuala Muda
16.Taman Jubli Perak,Sg.Petani
17.Tanjung Dawai,Kuala Muda
18.Tapak Arkeologi Sg.Batu
19.The Carnival Waterpark,Sg.Petani
20.Tugu Peringatan Tsunami

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jumaat, 15 April 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TASIK BERIS

Assalamualaikum.

Masih lagi di Daerah Sik. Tetapi untuk kali ini kita akan ke tempat terakhir yang wajib dikunjungi sekiranya tiba di daerah ini. Tasik Beris kini menjadi lambang dan kebanggaan warga Sik


pic credit to : suhaime59.wordpress.com


Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000. Asalnya adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat didalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar. Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Muda. Sewaktu Kampung Sungai Batang masih wujud, kegiatan harian penduduknya ialah sebagai petani seperti menjadi pesawah, penoreh getah.


Terdapat dua batang sungai yang bersambung di Kampung Kuala dan sungai ini akan bersambung ke Sungai Muda. Sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Kuala dan Sungai Batang. Air yang datang dari hulu Sungai Batang begitu banyak yang memberikan potensi untuk diwujudkan Tasik Beris.



Ketika Tasik Beris dalam proses pembinaan lebih seribu kubur telah dipindahkan pada tahun 2002. Kampung yang telibat ialah Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang (Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar), Kampung Ternas dan Kampung Telaga Batu. Penduduk-penduduk kampung tersebut sekarang ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan Jeniang


Penduduk-penduduk kampung menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batang untuk mendapatkan pendidikan awal. Tapak sekolah asal telah ditenggelami air empangan Beris. Sekolah tersebut telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya terletak berhampiran dengan penempatan penduduk-penduduk kampung di Bandar Baru Beris Jaya.


Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan untuk menyelusuri tasik ini dengan bayaran yang berpatutan. Siapa sangka, dari beberapa buah kampung akhirnya menjadi empangan yang telah banyak berjasa kepada Negeri Kedah. Terdapat 3 buah resort disepanjang Tasik Beris jika ada yang ingin menginap dan melakukan aktiviti memancing dan sebagainya.

Tasik Beris Hill View Lake Resort



pic credit to : liashah.blogspot.my


Seri Ternas Lake Resort



pic credit to : FB Seri Ternas Lake Resort


 D'PUNCAK BRIS LAKE RESORT



pic credit to : FB D Puncak Beris Lake Resort


Setiap resort memiliki keistimewaan masing-masing. Pilihan ditangan anda dan pilihlah yang bersesuaian dengan bajet. Semoga dengan entri ini, dapat memberi idea kepada yang sedang mencari tempat untuk bercuti bersama keluarga. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...