Assalamualaikum.
Masih lagi berkisar tempat besejarah. Kita akan ke Makan Sultan Muzaffar Shah I dan menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Muzaffar Shah adalah sultan pertama yang memeluk Islam dan mangkat pada 13 Safar 175H bersamaan 1179M dan dimakamkan di Langgar Kora, Bukit Meriam . Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.
Gambar terawal Makam Sultan Muzaffar Shah I
pic credit to : www.memori-kedah.com
Sebelum Islam, baginda sultan atau nama sebenarnya Phra Ong Mahawangsa merupakan keturunan ke 7 Merong Mahawangsa dan merupakan orang yang telah mencatatkan secara bertulis mengenai kisah moyangnya sehingga terhasilnya naskah Hikayat Merong Mahawangsa dan perkara ini sudah disahkan dan di akui sendiri oleh persatuan sejarah dan kerabat Diraja Kedah.
pic credit to : Fb Jamal Jamaludin
Gambar terkini, perkarangan makam yang sudah dibaikpulih
pic credit to : artmelayu.blogspot.com
Menurut catatan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula mengatakan, Sultan Muzaffar Shah I ini juga dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II, Apa jua gelaran baginda, ianya adalah orang yang sama. Percanggahan berlaku apabila catatan yang ditemui ditulis oleh oleh orang yang berbeza tetapi mengenai peristiwa sama orang yang sama.
pic credit to : artmelayu.blogspot.com
pic credit to : cyclingevents.my
Apapun, inilah salah satu buktinya bahawa Kerajaan Kedah terlebih dahulu bertapak di Tanah Melayu ini berbanding Kesultanan Melayu Melaka . Sejarah yang masih dikaji oleh pengkaji dan kita sebagai rakyat harus berbangga dengan asal usul nenek moyang kita yang berbumikan tanah Melayu.
"Kedah Malaysia..
where it all began"
SINGGAH PAGI http://jmbelog.blogspot.my/search/label/RADIO%20ONLINE
BalasPadamlokasinya di mana ye?
BalasPadamalhamdulillah.. ptg tadi saya berkesempatan utk menziarahi makam ini..
BalasPadam-17/10/18-