Isnin, 30 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - GUNUNG BALING

Assalamualaikum.

Dari air terjun, kita akan ke rimba mendaki Gunung Baling. Menjadi pilihan para pendaki tempatan, Gunung Baling menjadi tumpuan kerana keindahan alam semulajadinya. Kebanyakkan pendaki memilih untuk mendaki seawal pagi kerana ingin melihat matahari terbit dari puncak Gunung Baling.

pic credit to : topmalaysiatravel.com

Tidak sukar mencai lokasi Gunung Baling. Setibanya di Pekan Baling, dari jauh gunung ini sudah kelihatan dan berpandukan bangunan pusat latihan JPAM adalah cara termudah untuk menemui jalan masuk memandangkan bangunan tersebut betul-betul berada di kaki gunung tersebut.

pic credit to :underskinned.com



Berketinggian 420meter, pendaki akan mengambil masa 2-3 jam untuk sampai ke puncak. Gunung Baling ini merupakan sebuah bukit batu kapur.

pic credit to :underskinned.com


Kira-kira 20minit pendakian, para pendaki akan menemui sebuah gua di Gunung Baling ini iaitu Gua Kambing.Bagi mereka-mereka yang meminaki aktiviti lasak dan mendaki, Gunung Baling adalah pilihan yang tepat.

Bagi yang ingin mendaki dan perlukan info lanjut dari pengalaman dari yang pernah mendaki, dicadangkan lawati blog ini sebagai rujukan underskinned.com


"Kedah Malaysia..

where it all began"

Ahad, 29 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - AIR TERJUN LATA CELAK

Assalamualaikum.

Kali ini kita ke Air Terjun Lata Celak yang terletak di Kampung Iboi, Mukim Kupang, Baling Kedah. 

pic credit to: nizzix@panoramio

Walaupun Lata Celak kurang dikenali, tapi sebenarnya Lata Celak menyediakan panorama alam yang sangat cantik dengan sungai yang luas dan berbatu. Deruan air dicelahan batu mampu menjadi terapi minda yang menenangkan sesiapa sahaja yang berkunjung kesini.


pic credit to : budakkampung@panoramio


Sesuai untuk perkelahan sekeluarga. Air sungai batuan yang dingin dikelilingi redup pokok-pokok disepanjang sungai pastinya sangat sesuai untuk aktiviti keluarga untuk beriadah dihujung minggu.

Bagi yang suka aktiviti mendaki, anda boleh menjejaki punca air terjun Lata Celak dengan menyelusuri sungainya.Pasti berbaloi bila anda tiba nanti.

pic credit : http://www.impressions.my/

pic credit : http://www.impressions.my/


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Sabtu, 28 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - AIR PANAS ULU LENGONG

Assalamualaikum.

Entri pertama untuk destinasi pertama di Daerah Baling. Air Panas Ulu Lenggong. Tempat tumpuan pengunjung dari dalam mahupun luar negeri Kedah tak kira siang mahu pun malam.
pic credit to : www.percutianbajet.com


Selain dari kolam air panas semulajadi, tempat rekeasi ini juga menyediakan kolam khas untuk wanita dan kanak-kanak, chalet penginapan dan dewan untuk seminar serta tapak perkhemahan.

pic credit to:www.percutianbajet.com


Kolam utama membekalkan sumber air panas kepada kolam-kolam yang lain. Berkeluasan 544.70 mps dan dalam 1.6meter, merupakan kolam yang terbesar. Para pengunjung tidak dibenarkan mandi di kolam ini kerana suhunya mencecah darjah kepanasan 50' C. Para pengunjung dapat melihat sumber mata air panas yang keluar di celah-celah batu sulfur yang terdapat di dalam kolam ini. 



Kolam ini untuk pengunjung yang datang berkeluarga atau pun berkumpulan. Terdapat 4 buah kolam yang berkeluasan 400mps. Mempunyai kedalaman diantara 1.3-1.6 meter dengan suhu mencecah 40'C. Para pengunjung dapat merendamkan kaki dengan selesa dan akan merasai khasiat rendaman di dalam air panas semulajadi.

Kolam ini dikhaskan untuk pengunjung wanita yang tidak selesa untuk mandi di kolam dewasa. Penghadang diwujudkan bagi menghalang pandangan orang ramai

pic credit to :www.touristlink.com


Kolam ini berkeluasan 148.17 mps dan suhu maksimum bagi kolam ini ialah 39'C. Kadar kedalaman kolam ini ialah 0.5-0.6 meter dan sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.Kanak-kanak yang mandi di kolam ini perlu diawasi oleh ibu bapa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Tedapat pelbagai pilihan chalet temasuk dorm disini dengan pelbagai harga dengan kadar berpatutan. Chalet menjadi pilihan bagi pengunjung yang ingin menikmati kepanasan air semulajadi pada waktu malam.


Bagi yang ingin membuat tempahan awal bilik dan sebagainya, bolehlah menghubungi nombor berikut;


Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
TEL : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
FAKS : 04-4731026
E Mail : prapul@mdbaling.gov.my

*foto dan info :http://mdbalingtourism.gov.my/



"Kedah Malaysia..

where it all began"

Khamis, 26 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - BALING

Assalamualaikum

Tamat sudah jelajah kita di Daerah Kuala Muda yang sebenarnya lebih tua dari namanya. Kini kita akan ke daerah seterusnya. Agak pedalaman namun keindahan alamnya mampu menarik pengunjung. Terkenal juga dengan sejarah kemerdekaan di mana Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertemu dengan ketua Komunis Malaya , Chin Peng untuk berunding.

pic credit to : www.kedah2u.com


Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut. Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi.

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Nama Baling juga dikaitkan dengan orang Siam(Thai) dan orang Burma(Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.

Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".

Untuk entri akan datang, kita kana menjelajah ke seluruh daerah Baling dan antara tempat menarik yang akan kita jelajah bersama adalah;


1.Air Panas Ulu Lenggong,Baling
2.Air Terjun Lata Celak,Baling
3.Gunung Baling
4.Gunung Bokbak
5.Gunung Inas
6.Gunung Kubang Badak
7.Gunung Pulai
8.Gunung Tok Bidan
9.Lata Bayu
10.Lata Bukit Hijau



"Kedah Malaysia..

where it all began"

Rabu, 25 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TUGU PERINGATAN TSUNAMI

Assalamualaikum.

Masihkah ingat tragedi Tsunami yang melanda negara dan negara jiran yang mengorban beribu-ribu nyawa pada tahun 2004? Tragedi tsunami pada 26 Disember 2004 turut mengakibatkan 11 kematian di Kedah, 10 daripadanya di Kuala Muda.

Bagi mengingati peritiwa itu, sebuah tugu dibina di Kota Kuala Muda. TUGU Tsunami yang dibina daripada 26 bot nelayan yang rosak akibat tsunami

pic credit to : www.utusan.com.my

Simbolik 26 buah bot mewakili tarikh keramat 26 Disember. Di sebelah tugu ini juga terdapat sebuah galeri yang dinamakan Galeri Tsunami, namun masih belum dibuka hingga ke hari ini . Dari info yang diperolehi, kegagalan galeri ini beroperasi disebabkan kekurangan bahan untuk pameran.

foto : Bernama

Iktibar dari tragedi ini, sesungguhnya tiada daya upaya kita melawan ketentuan Allah dan bersedialah kita sebagai hamba untuk menerima segala-galanya..


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 24 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 : THE CARNIVAL WATERPARK SG.PETANI

Assalamualaikum.

Destinasi seterusnya adalah satu-satunya taman tema air di Negeri Kedah iaitu The Carnival Waterpark. Taman ini bukanlah taman awam, tapi berbayar. Lokasinya tidak jauh dari Pusat Bandar Sungai Petani dan sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hari minggu dan cuti persekolahan.

pic credit to:www.panoramio.com

Plan kawasan The Carnival

Dibuka pada 28 Disember 2008 dan berkeluasan 7 hektar, The Carnival menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan di sini, antaranya, Water Coaster, Wild River, Carnival Curves, River of adventures, Wave Cove, Discovery Island, Jungle Playground, Kiddies Cove, Bubble Bay, The Sand Pit, Famli Bungee, Sports Park, Groups Garden.

pic credit to : tipvisor.com

Jika anda tidak tahu kemana hendak bawa anak-anak dan keluarga beriadah, inilah pilihan yang tepat. Juga disediakan locker simpanan dan tempat salin pakaian. Lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.

pic credit to : skypercity.com


"Kedah Malaysia..

where it all began"

Selasa, 17 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TAPAK ARKEOLOGI SG.BATU

Assalamualaikum.

Merongkai sejarah peradaban manusia di Negeri Kedah, semakin digali, semakin lama usia negeri ini ditemui. Kali ini, tapak Arkeologi yang baru ditemui iaitu sekitar tahun 2009. Merupakan pelabuhan zaman purba yang mengendalikan perusahaan peleburan logam pada ketika itu.



pic credit to : festivalkedahtua.blogspot.my

Ahli Arkeologi telah menemui 97 tapak dalam keluasan 4km persegi. Beikut adalah data yang diperolehi hasil penyelidikan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia . Sungai Batu telah mula digunakan sejak kurun ke-5 Sebelum Masihi, berterusan, daripada semasa ke semasa, sehingga kurun ke-17 Masihi, iaitu selama 2200 tahun. Ini mengesahkan Kompleks Sungai Batu adalah tamadun tertua di rantau ini dan ianya telah wujud 525 tahun sebelum Masihi.

pic credit to : arkeosungaibatu.blogspot.my


Ekskavasi 2009-2013- telah mengkaji 46 tapak dalam keluasan sekitar 0.2km yang mendedahkan pelbagai fungsi yang jelas menunjukkan sebuah tamadun. 1 tapak ritual (penyembahan) di kelilingi oleh 5 senibina dewan. 10 tapak jeti di kedua-dua tebing Sungai Batu Kuno- menggambarkan sebuah pelabuhan. 17 tapak peleburan besi. Selebihnya, 13 tapak senibina bangunan sokongan (bangunan pentadbiran) yang semunya terletak di bahagian barat pelabuhan Sungai Batu kuno.

pic credit to : arkeosungaibatu.blogspot.my

Sehingga kini 17 tapak peleburan besi telah dikaji. Bukti menunjukkan besi mula dilebur di Kompleks Sungai Batu sejak kurun ke-4 Sebelum Masihi.


Lakaran kedudukan Sg.Batu purba, sebelah kiri adalah jeti dan bangunan pentadbiran dan sebelah kanan adalah menumen ritual dan tapak peleburan besi
pic credit :www.facebook.com/sungaibatu500bc

Bagi yang meminati sejarah lalu, inilah tempat yang paling tepat untuk dikunjungi dan maklumat lanjut, boleh didapati di FB Page www.facebook.com/sungaibatu500bc.  Inilah khazanah negeri yang tidak ternilai yang harus dipertahankan. Dan sejarah membuktikan Kedah bukan alang-alang negeri, disini bermula segala-galanya.


*info sumber : http://arkeosungaibatu.blogspot.my/
                    :www.facebook.com/sungaibatu500bc


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Isnin, 16 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - TANJUNG DAWAI

Assalamualaikum.

Sebut sahaja Tanjung Dawai, terbayang kedai-kedai menjual pelbagai produk laut, ikan kering, keropok dan pelbagai lagi makanan hasil laut yang cukup terkenal dengan harga yang berpatutan. Terletak kira-kira 30km dari Bandar Sungai Petani dan jika melalui Daerah Yan , 20km dari Pekan Yan (jalan Tanjung Jaga), setibanya di Tanjung Dawai, bau laut , aroma ikan kering dan hasil produk laut menerpa dimuka.

pic credit to :umiyumi2.blogspot.com

pic credit to :www.blog.warmbite.com


Tidak kurang juga, restoran makanan laut yang pastinya menyediakan hasil laut yang segar, dan menikmatinya di gigi pantai Tajung Dawai. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi-manda, namun deretan restoran dan warung kecil, mampu menarik kunjungan pelancong dan penduduk tempatan.

pic credit to : megahasz.blogspot.com

Bagi yang ingin merasai pengalaman menaiki bot , Jeti Tanjung Dawai turut disediakan untuk para pengunjung. Melalui jeti ini juga pengunjung boleh ke Pantai Merdeka yang terletak diseberang sahaja.

pic credit to :shazliza.weebly.com

pic credit to :storymoryluahanku.blogspot.com

Tidak lengkap kunjungan anda ke Tanjung Dawai jika tidak membawa pulang ikan kering dan keropok sebagai ole-ole. Inilah tempatnya, tempat yang wajib dikunjungi jika sudah sampai ke Negeri Kedah.


"Kedah Malaysia..
where it all began"

Ahad, 15 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 : TAMAN JUBLI PERAK

Assalamualaikum.

Kembali kita ke tengah bandaraya Sungai Petani. Kali ini kita akan berehat sebentar di Taman Jubli Perak sebuah taman rekreasi yang berhampiran pusat bandar.


pic credit to :nurmuhamad89.blogspot.com


Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.


pic credit to :www.tripadvisor.com

Menariknya, di dalam taman ini, terdapat sebuah taman kaktus yang mempunyai lebih dari 30 jenis kaktus dan sebuah mini zoo yang menempatkan beberapa ekor rusa dan binatang-binatang lain untuk tatapan pengunjung.



pic credit to :nurmuhamad89.blogspot.com

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Khamis, 5 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 : PULAU SAYAK

Assalamualaikum.

Selain dari Pulau Langkawi yang terkenal senatero dunia, Negeri Kedah juga turut mempunyai beberapa lagi pulau yang tidak kurang hebatnya. Untuk kali ini kita akan ke Pulau Sayak yang terletak di Daerah Kuala Muda. Sayangnya pulau ini bukan tempat yang sesuai untuk mandi-manda. Kawasan pulau ini sesuai untuk kaki pancing .

pic credit to :Omar Hassan @www.btpnkedah.moe.edu.my

Selain resort dan chalet, kawasan Pulau Sayak juga terkenal dengan Mee Udang. Pulau Sayak yang sebenar berada hanya beberapa ratus meter sahaja dari pantai, pun begitu, kawasan sebelah pantai (daratan) lebih popular berbanding pulau itu sendiri. Terletak 30km dari Bandar Sungai Petani dan 5km dari Pantai Merdeka.

pic credit to :www.panoramio.com

pic credit to :Omar Hassan @www.btpnkedah.moe.edu.my

Di sini juga terdapat bot-bot nelayan dan bot sewaan untuk kaki pancing berlabuh. Selain itu Pulau Sayak sangat terkenal sebagai tempat untuk mencerap anak bulan ketika datangnya Ramadhan dan Syawal.

pic credit to :Omar Hassan @www.btpnkedah.moe.edu.my

"Kedah Malaysia..
where it all began"

Rabu, 4 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 : PASAR BISIK, KUALA MUDA

Assalamualaikum.


pic google

Unik.. inilah yang dapat diungkapkan apabila tiba di lokasi menarik ini. Sebuah jeti yang menanti kepulangan para nelayan dan menjalankan perniagaan tawar menawar dengan cara berbisik. Dari menjadi budaya dan akhirnya kekal hingga ke hari ini. Pasar Nelayan Kampung Tepi Sungai, lebih dikenali dengan nama Pasar Bisik.


pic credit to: www.exploring-malaysia.com


pic credit to : www.kosmo.com.my

pic credit to :pi1mkualamuda.digicbc.com

Pelbagai hasil laut dijual disini, jika bernasib baik, pengunjung dapat membeli dengan haga yang sangat murah berbanding pasar borong ditambah lagi ianya adalah segar dari laut. Pasar Bisik ini terletak disempadan 2 negeri,Kuala Muda Kedah dan Seberang Perai,Pulau Pinang dan hanya dipisahkan sebatang sungai kuala, iaitu Sungai Muda.

pic credit to :Omar Hassan @www.btpnkedah.moe.edu.my

Kepada peminat makanan laut, inilah tempat terbaik untuk anda dapatkan hasil laut yang cukup segar dengan harga terbaik.
.
"Kedah Malaysia..
where it all began"

Selasa, 3 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 : PANTAI MERDEKA

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

( korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

*********
Assalamualaikum..

Pernah dengar lirik ini? Inilah lirik lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian asal Kumpulan Tropika yang kini bertukar nama Jinbara. Pantai Merdeka menjadi tumpuan penduduk tempatan dan luar yang ingin bekelah dan bersantai. Di sini juga terdapat resort untuk disewa dan kawasan lapang untuk bekhemah.

pic: google

Hanya 20 minit perjalanan dari pekan Tikam Batu, tidak sukar mencari lokasi ini kerana ianya tempat tumpuan pengunjung dihari minggu. Perkhidmatan bas dari Bandar Sg.Petani juga ada disediakan terus ke pantai ini.

pic :google

pic :google


Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan bot sewa jika ingin ke Tanjung Dawai yang terletak diseberang pantai ini.

"Kedah Malaysia..
where it all began"


Isnin, 2 Mei 2016

DISCOVER KEDAH 2016 - PADANG TOK SYEIKH

Assalamualaikum.

Di review yang lalu, kita sudah menjelajah Gunung Jerai, namun tidak secara terperinci berkaitan setiap tempat yang menarik di atas Gunung Jerai.. Dan untuk kali ini, kita akan ke 1 tempat yang sangat terkenal dengan kisah misteri, iaitu Padang Tok Syeikh.

pic :google

Menurut kisah lagenda , Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja


pic credit to : IG iiqbal42

Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).

pic credit to : IG iiqbal42


Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.


Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya. Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.

pic credit to : IG iiqbal42

Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.

pic credit to : IG iiqbal42

Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para menteri. Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh' sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.

pic credit to : IG iiqbal42

Disini juga terdapat sebuah telaga yang dikatakan dibina sendiri oleh Sheikh Abdullah, dan penduduk tempatan menggunakan airnya untuk tujuan peubatan. Lokasi yang agak jauh dan dengan laluan mencabar, namun berbaloi apabila sudah tiba disini dan pengunjung boleh menaiki kereta hingga ke puncak Jerai dan mengikut denai yang telah sedia ada.

pic credit to : AAP Photography


Telaga Tok Syeikh yang sudah dibaik pulih

"Kedah Malaysia..
where it all began"


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...