Cerita baru dalam hidup. Aku yakin dan pasti, ramai yang terlibat dengan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 baru-baru ni.. dan temuduga tu masih berjalan hingga awal November depan.
Bercerita tentang temuduga ni..kali pertama aku dapat temuduga ni pada tahun 2013 .Gred N27 pada masa tu. Bukan rezeki aku walaupun dah lulus KPSL yang sangat susah gila.. dan pengalaman 12 tahun tidak dipandang oleh panel..ditambah markah SKT oleh ex EO aku di jabatan terdahulu yang aku "tak halal" sebab diberi atas dasar emosi dia yang pantang ditegur orang bawahan..ok fine! Anggap tak ada rezeki walaupun aku bersusah payah ke Putrajaya selepas 4hari balik dari Umrah (terlepas tarikh temuduga di Alor Setar sebab berada di Mekah pada waktu tu). Pun begitu doa aku dimakbulkan dan aku menerima pemangkuan Gred 22.
Untuk temuduga kali ke 2 ini..mula-mula aku sangat fedup dan tak mengharap apa-apa. Nak harap apa lah kan? Dah la susah payah jawab exam KPSL yang Ya Rabbi punya susah..tiba-tiba kali ni kena pass exam online pulak dah..Allahu.. 2bahagian pulak tu..tak cukup lagikah dengan azab 3 paper KPSL dulu tu.
Persediaan untuk exam Online tu memang aku tak buat apa-apa. Aku buat bodoh je. Aku jawab mana yang aku tahu..yang tak tahu..aku hentam je walaupun ramai kawan-kawan aku termasuklah calon-calon lain masing-masing ada saka dan toyol sebagai talian hayat. Soalan dah macam KBAT weh..otak pun dah karat..yalah dah 20tahun lebih meninggalkan alam persekolahan.. dan aku sampai sekarang terfikir apa rasionalnya dan kaitannya soalan tu semua dengan tugas yang bakal dipikul seorang PPT. Soalan math pun ada..dan yang pastinya tak related langsung dengan tugas PPT nih.
Tak sangka..pass pulak aku. Dan 10 Oktober lepas..aku dipanggil temuduga lagi. Kali ni pun aku tak harap apa-apa. Apa ditanya aku jawab. Betul tak betul belakang cerita. Ada rezeki aku..adalah..kalau tak ada..aku tunggu lagi 3 tahun untuk memangku 26 pulak..Dan untuk kali ini..kalau aku tak berjaya juga..maka aku anggap sekeping diploma atau degree fresh graduet yang memerlukan 3-5tahun pengajian adalah lebih bernilai dan hebat dari 16tahun pengalaman dalam perkhidmatan..dan aku amat berharap agar PPT fresh graduet yang akan datang ni..tidaklah menjadi beban dan sumpahan kepada kerani-kerani 20tahun servis dibawahnya..seperti yang terjadi dikebanyakkan tempat sekarang ni...(termasuklah ex EO aku dulu..hanat betul)
Kepada yang akan menjalani temuduga..semoga berjayalah ye. Semua rezeki dah ditentukan Allah..akhir kata..
BIARLAH AKU MENJADI "DAWAI" YANG MAMPU MENGIKAT POKOK DARIPADA TUMBANG..DARI MENJADI PEGAWAI YANG HANYA PANDAI BERKOKOK DAN BERSEMBANG!
Adeuss!!🖊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!