Jumaat, 30 November 2018

NASI DAGANG MERANTAU

Assalamualaikum.

Resepi kali ni panjang sikit. Sebab kali ni aku masak set nasi dan lauk. Dalam hidup aku, pertama kali aku makan Nasi Dagang masa darjah 6, tahun 1992 itupun sebab ikut rombongan sekolah ke Terengganu. Mula dari saat itu aku dah jatuh cinta dengan Nasi Dagang.

Nasi Dagang paling sedap aku penah makan masa nak pergi Pulau Perhentian tahun 2013, makan kat Jeti Besut.. sedapnya Ya Allah.. silap aku tak tapau bawak pergi pulau.. teringat-ingat kesedapan tu. Hari balik pulak, kedai tu dah tutup..kempunan aku.

Makanya, aku belajarlah buat sendiri. Jadi tu jadi tapi tak adalah sesedap air tangan orang Ganu. 

Jom kita start..

NASI DAGANG 

Bahan-Bahan;

4 cawan beras Nasi Dagang (aku beli yang dah siap campur)
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
3 ulas bawang merah- mayang
1inci halia -mayang 

Cara cara :

1. Rendam beras 1 jam,kemudia tos dan masukkan dalam periuk kukus. Kukus 20minit.
2. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas dan gaulkan dengan santan cair. Rehatkan sejejab dan ulang gaul dengan baki santan cair.
3. Kukus lagi selama 20-30minit.(rasa beras keras atau lembut,kalau keras, kukus lama sikit)
4. Masukkan bawang, halia dan halba, kacau rata-rata.
5. Angkat nasi ke dalam bekas,dan gaul dengan santan pekat,sedikit demi sedikit hingga selesai. 

GULAI IKAN TONGKOL/AYA

Rebus ikan yang dah dipototong dengan asam keping dan garam. Lagi bagus rebus sampai air hampir kering.

Bahan-bahan;

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 genggam cili kering
2 halia
3 inci lengkuas
***blend sekali jalan

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
1 pek rempah kari ikan (kat Kedah mana nak cari rempah Ros ganu wehh.. pakai je apa yang ada)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10-15 biji cili padi
3-4 helai daun limau purut
Garam gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan-bahan blend, kulit kayu manis dan serbuk kari. 2. Masukkan santan,kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masukkan ikan dan biar beberapa minit. 
4. Masukkan cili padi,daun limau purut dan garam...perasakan kuah secukup rasa
5. Masak sebentar sampai kuah agak pekat.Siap

ACAR TIMUN

Timun
Karrot
2 biji Cili Merah 
2 ulas Bawang
***dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara;
Gaul je semua sekali.Siap. 

Jadilah kan? ..orang Kedah buat Nasi Dagang Ganu..cara orang tak reti..lepas la kempunan..

Khamis, 29 November 2018

KETUPAT SOTONG BERSIRAM SAMBAL

Assalamualaikum

Aku ni peminat pulut dan sotong. Dah lama teringin nak makan ketupat sotong, tapi bila dah cuba makan, tekak utara aku ni cerewet sangat. Kuah ketupat sotong ori yang agak manis tu aku tak mampu telan. Leceh betul..

So, aku pun mulalah mereka-reka resepi sendiri. Maka jadilah Ketupat Sotong Sambal. Mujurla sedap juga..

Bahan-bahan;
15 ekor sotong saiz sedang
1/2 cawan beras pulut -direndam 1/2 jam
2 cawan santan
1/2 cawan air

Untuk kuah:-
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 genggam cili merah
*** semua blend sekali jalan
1 camca sos tomato
2 camca sos cili
2 sudu gula
Garam
1 helai daun kunyit -mayang nipis

Cara-cara;
1. Sumbat beras pulut dalam sotong dengan kadar setengah penuh, kelip bahagian terbuka dengan lidi supaya tertutup.
2. Susun dalam periuk, masukkan santan dan air, tambah sedikit garam dan masak hingga santan kering.
3. Untuk kuah sambal, panaskan minyak dan tumis bahan blend, sos cili dan tomato. Perasakan gula dan garam. Tumis hingga kuah pekat dan masukkan daun kunyit.
4. Hidang ketupat bersama kuah sambal.

Derhaka betul aku kan? Belasah je,janji kena dengan selera

Rabu, 28 November 2018

IKAN MASAK ASAM

Assalamualaikum.

Ini resepi orang berpantang. Aku pun pantang juga..pantang jumpa. Biasanya orang guna ikan ketul tak kisahlah ikan tongkol/kayu/aya atau tenggiri, nyiur-nyiur.. tapi aku guna ikan temenung je. 

Kalau nak tau..orang Kedah dulu-dulu..warga emas intan berlian semua tu, diorang tak kata Ikan Masak Asam.. tapi Ikan Rendang Asam. Jangan salah faham.. rendang yang dimaksudkan bukanlah rendang hari raya tu..tapi rendang tu maksudnya goreng. Huhu..

Paling senang dan sedap. Bertambah nasi, tak perlu lauk lain dah. Ini menu kegemaran abah aku.

Bahan-bahan;
Ikan goreng
4 ulas bawang merah -dimayang
4 ulas bawang putih -dimayang
2 inci halia -diracik
1 cawan air asam jawa yang pekat
1 labu bawang besar
2 biji cili merah 
5-6 biji cili padi

Cara-cara; 
Panaskan minyak, tumis bawang merah,bawang putih dan halia. Masukkan air asam jawa. Bila kuah dah didih, masukkan ikan goreng, bawang besar, cili dan garam. Sedikit gula untuk imbangkan rasa. Ok. Siap.

Aku lebihkan bawang.. yummmyyyyhhh! 

Selasa, 27 November 2018

CHEESEKUT TIRU-TIRU

Assalamualaikum.

Teringin nak makan cheeskut. Tapi selalu terkena yang manis dan kedekut cheese. Nak puas, buatlah sendiri. Resepi pun aku tiru-tiru je. Sebab tu aku bagi nama Cheesekut Tiru-Tiru..hahah


Bahan A:
1 paket biskut Cream Crackers HUP SENG
1 paket Nestum Original NESTLE
1 kotak susu segar

Bahan B:
250 gm Cream Cheese TATURA
1/2 tin susu pekat MARIGOLD
2 camca susu segar

Cara-cara;
1. Bahan B, masuk dalam blender..blend... siap!
2. Celup setiap keping biskut dalam susu, susun dalam loyang, tuang Bahan B selapis, tabur nestum. Ulang sampai biskut atau Bahan B habis.Sejukkan..dan siap untuk di santap. Senang gilerr..


Boleh je nak derhaka tabur milo..saja aku taknak. 

Ok.itu je untuk hari ni.

Adeuss!!

Isnin, 26 November 2018

PUDING LAICI SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Assalamualaikum.

Harini cuba buat puding pulak. Sebenar-benarnya.. aku ni tak pandai buat puding, kek, kuih dan biskut. Masak lauk pauk ok, tapi lain dari tu, memang aku tak pandai. Sesekali je menjadi..yang lain tu asyik kena gelak dengan suami je. 

Pun begitu,aku sedaya-upaya belajar buat. Banyak tak jadi dari jadi. Sabor jelah. Kalini aku cuba buat puding laici..Alhamdulillah..menjadi.

Bahan-bahan;
1 tin buah laici- dikisar bersama airnya(tinggal sikit untuk hiasan)
1 liter air
10gm agar-agar serbuk
1camca gula pasir 
1/2 cawan susu pekat krimer manis

Untuk agar-agar warna-warni;
10g agar-agar serbuk
5 1/2 gelas air
1 cawan gula
Beberapa pewarna berperasa kesukaan. Aku gunakan sirap, oren, epal, yang biru tu ntah apa nama. Belasah aje.

Cara-cara;
Mulakan dengan agar-agar warna-warni;
Masak serbuk agar-agar hingga hancur gula dan bahagikan kepada beberapa bekas. Setiap bekas, titik pewarna berlainan. Biarkan sejuk dan mengeras, potong kiub.
Nampak banyakkan? Aku gandakan bahan sebenarnya..punyalah banyak..kan aku dah cakap aku tak pandai..hahha

Untuk puding laici;
1. Masak serbuk agar-agar dengan semua bahan sampai gula hancur. Biarkan sejuk sebentar.
2. Susun buah laici dalam loyang dan tabur agar-agar warna-warni.
3. Tuang agar-agar laici yang dimasak tadi dan sejukkan.
Tadaaa!!! Susun punya susun..tak nampak yang biru..

Sebenarnya..puding laici aku ni rasa macam-macam dah. Ada rasa oren..rasa sirap..rasa epal..tapi berlaici..haa..macam mana tu? Makan ajelah.

Ahad, 25 November 2018

KARI KEPALA IKAN JENAHAK

Assalamualaikum.

Kari AKA gulai kepala ikan ni, adik ipar aku yang request. Penat dia cari kepala ikan jenahak ni..Sebiji kepala pun RM60.. seriau aku dengar. Teringin nak makan gulai aku katanya. So inilah resepinya.

Bahan-bahan;
3 ulas bawang merah -dimayang
3 ulas bawang putih -dimayang
1 sudu halba campur (halba+biji sawi+jintan putih)
2 pek kecil serbuk kari ikan
2 sudu serbuk cili
Asam jawa besar bola pingpong -perah ramas dengan 1 cawan air
2 tangkai daun kari
2 cawan santan 

Sayuran:-
7-8 batang bendi
2 biji tomato -belah 6
2 biji cili merah -belah 3 kat hujung

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang, halba campur dan daun kari sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan air asam jawa dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan 1 cawan air dan santan bagi didih masukkan kepala ikan dahulu kemudian baru masukan bendi dam tomato. Perasakan kuah sesedap rasa.

Aku masak guna kuali..tak muat nak masak guna periuk..besar sangat kepala dia.

Emmm..tak angkat kepala adik ipar aku makan kepala ikan ni. Bertambah-tambah nasi ..pulak tu mak aku buat sambal belacan. Sesekali balik kampung, layan ajelah adik ipar sorang tu. 

Sabtu, 24 November 2018

GULAI TELUR IKAN MAYONG

Assalamualaikum.

Tak selalu dapat makan gulai telur ikan ni..tambah-tambah telur ikan mayong. Sebabnya telur ikan ni bermusim..ada musim adalah. Kalau bukan musim, memang kempunan. So bila dah sampai musim, aku akan beli banyak-banyak simpan tepat beku buat stok.

Kalau masuk tempat beku, setahun pun boleh tahan..tapi kalau kat rumah aku memang tak sempat sampai setahun..dah habis licin jadi gulai.

Harga telur mayong ni boleh tahan juga. Tapi tak kisahlah sebab sedap dan benda susah dapat.

1 pek tu setengah kilo. 

1 pek memang ngam-ngam dapat 1 periuk untuk sekali makan.

Bahan-bahan;
1/2kg telur ikan mayong - rendam air panas 10minit
3 ulas bawang merah -dimayang
3 ulas bawang putih -dimayang
1 sudu halba campur (halba+biji sawi+jintan putih)
2 pek kecil serbuk kari ikan
Asam jawa besar 2 ibu jari -perah ramas dengan 1 cawan air
1 tangkai daun kari
1 cawan santan 

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang, halba campur dan daun kari sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan air asam jawa dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan 1 cawan air dan santan bagi didih . Masukkan telur ikan. Perasakan kuah sesedap rasa.

Mesti ada yang tertanya-tanya,kenapa aku rendam telur dengan air panas dulu.. inilah sebabnya.. kuah gulai tak sempat masak, telur dah habis pecah. Try and error ..so aku cuba cari cara untuk kurangkan telur pecah. Kalau pecah, kuah akan jadi pekat..so gulai tak berapa best.

Ini yang aku rendam air panas. Peratusan telur pecah agak rendah. Tapi telur jangan rebus terus, kalau keras nanti tak sedap pulak.

Apapun, aku sentiasa belajar atas kesilapan untuk sedapkan masakan aku. Ok korang..selamat mencuba.

Adeuss!!

Jumaat, 23 November 2018

GULAI IKAN TEMENUNG KU SENDIRI

Assalamualaikum.

Marathon betul aku punya entri. Hari-hari ada. Semuanya pasal makan aje. Lepas ni kita tengok hasil jahitan manik aku selama 2 tahun menyepi dari berblog.

Kali ni aku kongsihan resepi kari lagi. Gulai Ikan Temenung.. ikan temenung tu, ikan kembunglah. Aku pun tak tahu kenapa kat Kedah dipanggil ikan temenung..ada yang panggil ikan temenu.. apa-apa sajalah. Yang pastinya ikan temenung laut Kedah dan Perlis, isinya lebih gebu dan lemak.

Goreng panas-panas , taruk kicap pun sedap sangat dah. Ok jom tengok resepi aku. Gulai ni agak masam sikit, tak macam kari mamak.

Bahan-bahan;
10 ekor ikan temenung/kembung
3 ulas bawang merah -dimayang
3 ulas bawang putih -dimayang
1 sudu halba campur (halba+biji sawi+jintan putih)
2 pek kecil serbuk kari ikan
Asam jawa besar bola pingpong -perah ramas dengan 1 cawan air
1 tangkai daun kari
1 cawan santan 

Sayuran(optional ..tak letak pun ok..letak lagi sedap)
7-8 batang bendi
1 biji terung -belah 2 dan potong serong
2 biji tomato -belah 6
2 biji cili merah -belah 3 kat hujung

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang, halba campur dan daun kari sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan air asam jawa dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan 1 cawan air dan santan bagi didih masukkan sayur-sayuran. Agak sayur hampir lembut baru masukkan ikan. Kalau taknak sayur, boleh terus masukkan ikan. Perasakan kuah sesedap rasa. 

Gulai ni aku tak letak sayur..layan dengan lempeng kelapa.

Ini aku letak bendi dan terung.

Gulai ni tak lah pekat sangat tak cair sangat..sebab gulai ikan tak best kalau terlalu pekat. Cubalah ya..

Khamis, 22 November 2018

BUBUR LAMBUK BULAN PUASA

Assalamualaikum.

Kalau kat Kedah..bubur lambuk tak disebut bubur lambuk..tapi lebih dikenali dengan panggilan Bubur Kanji..atau Kanji sahaja. Cara penyediaan dan bahan pun mudah aje. Jom aku kongsikan

Bahan-bahan;
1 cawan beras
2 liter air
2 cawan santan
3 batang serai -dititik
2 inci halia -potong nipis dan tumbuk sikit
1 camca lada hitam - tumbuk kasar
Daging lembu potong kecil anggaran 1cawan
1/2 cawan udang kering
1 kiub ayam

Bahan tumisan:-
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 sudu kecil halba campur (halba+biji sawi+jintan putih)
1 btg kulit kayu manis -pecahkan sikit

Cara-cara;
1. Masak beras dengan 1 liter air, masukkan serai, daging, udang kering, halia dan lada hitam. Tambah baki 1 liter air(sikit demi sikit) sampai beras kembang jadi bubur. Biarkan bubur merenih.
2. Sambil tu, panaskan kuali dan tumis bahan tumisan sampai bawang layu dan tuang kedalam bubur (tuang sekali dengan minyak tumisan)
3. Masukkan kiub ayam, garam dan santan. Untuk hidang, taburkan daun sup. 

Walaupun nampak simple..tapi sedap sangat rasanya. Dan bahan yang aku bagi tu, boleh dapat 1 periuk nasi yang besar tu.

Rabu, 21 November 2018

GULAI AYAM BETIK MUDA

Assalamualaikum..

Kalau dah nama pun orang utara..memang kari lah menu rutin..macam wajib ada.. Kat Kedah ni, orang tak sebut kari, tapi sebut Gulai. Ada bermacam-macam gulai sebenarnya.

Biasanya gulai betik muda ni dibuat dengan ayam kampung. Tapi untuk hari ni aku buat dengan ayam biasa je tapi aku gunakan rempah giling yang aku beli. Jom kita start..

Bahan-bahan;
3 ulas bawang merah- dimayang
3 ulas bawang putih- dimayang
1 inci halia - racik macam batang mancis
3 sekawan - kulit kayu manis+bunga lawang+buah pelaga..ambik serba sikit aje
1 tangkai daun kari
2 pek rempah kari ayam- bancuh dengan sedikit air
1 ekor ayam
1/2 liter santan sawit
1 biji betik muda saiz kecil - anggaran 1 mangkuk
1 kiub ayam

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis semua bawang, halia, daun kari dan 3 sekawan sampai naik bau dan masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan 2cawan air. Bila dah didih, masukan betik dan santan. Kalau nak letak betik lebih pun ok.
3. Perasakan dengan garam dan kiub ayam.

Inilah bezanya rempah kari biasa dengan rempah giling..warna dan rasa memang berbeza. Rempah gilinglah yang paling sedap.

Selasa, 20 November 2018

KARI AYAM UNTUK KENDURI

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama nak share resepi sendiri ni..Kari ayam atau orang Kedah sebut Gulai ayam . Gulai ni sesuai untuk makan dengan pulut kuning, ketupat palas atau roti jala.Ini cara aku tapi resepi ni untuk kuantiti kenduri,sebab masa buat ni,aku tengah masak untuk kenduri 😂 so sape nak cuba..kurang-kurang kanlah yaa..


Bahan blend:
2-3 biji bawang besar
3 labu bawang putih
4 ruas halia(agak-agak 1 mangkuk bila blend)

Bahan tumis:
7-8 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia-mayang
***semua kat atas ni dimayang
Bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga(agak2la ye)
2 pokok daun saderi/sup/ketumbar -simpulkan 1
4-5 tangkai daun kari

3 cawan minyak masak
4 ekor ayam
*1/2kg rempah kari
*1pek kecik serbuk cili(kalau suka pedas)
ATAU
1/2kg rempah kari pedas (Baba's pek Merah)
2kg ubi
12st garam(ikut taste masing2 lah ye sebab sukatan ni aku bagi sesedap rasa aku dah)
1liter santan pekat
2liter air
2kiub pati ayam

Cara-cara
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumis dlm 5-6minit pastu masukkan bahan blend..tumis sampai naik bau
2.Masukkan serbuk kari dan serbuk cili,kacau sampai naik minyak
3.Masukkan ayam,gaul rata untuk matikan air sekejab.
4.Tambah 1liter air,ubi kentang dan garam..bagi didih kejab
5.Tambah baki 1liter air dan santan,dan kiub ayam. Sape nak kuah cair lagi..tambah le air..jgn banyak sangat..kang tak pasal-pasal jadi sup ..ceroii!!.huhu.dah didih tu masaklaa..











Aku ni kalau masak, aku tak suka ramai-ramai kat dapur. Biar aku sorang pun tak pe..so untuk 4ekor ayam ni..aku godek sorang-sorang..

So..selamat mencuba.. tak sedap jangan marah haaaa😂

 Adeuss!!



Isnin, 19 November 2018

MEE SANGGUL BERACUN

Assalamualaikum..

Untuk sebulan ni aku nak tulis resepi aje. Untuk aktifkan balik blog ni. Skroll galery phone, baru sedar banyak betul gambar makanan dan menu yang aku dah cuba.

Dan aku kongsikan disini kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba. 

Salah 1 mee yang aku suka adalah mee sanggul. Mee ni buatan melayu ye. Namanya Mee Sanggul Desa jenama Azman. Nanti aku akan buat entri pasal ni. Harini kita cerita resepi dulu.

Bahan-bahan;
1pek mee sanggul -rendam dalam air biasa 1/2jam dan toskan
3 ulas bawang merah- ditumbuk
6 ulas bawang putih- ditumbuk
1 mangkuk cili kering blend
Daging lembu anggaran besar penumbuk budak jer -hiris nipis
DAN/ATAU 1 ketul ayam -potong kecil
1/3 cawan kicap manis
2-3 camca sos cili
2 camca sos tiram
2 biji telur
Taugeh dan kucai -kuantiti terpulang.

Cara-cara;
Panaskan minyak,tumis bawang-bawang, kemudian masukan ayam dan/atau daging , goreng sebentar. Masukkan cili kering blend, kicap,sos cili,sos tiram dan sedikit air. Kacau sampai kuah mengelegak, terus masukan mee yang dah lembut, telur ayam dan kacau rata. Masukan kucai, matikan api dan masukan taugeh, kacau rata. Siap


Ni aku goreng 4 pek untuk bawak ke ofis. 

Sebenarnya, untuk mee sanggul ni, mesti letak daging baru sedap. Ayam ke udang ke..itu optional sahaja. Tak ada pun ok..ada bertambah ok lah kan.

Mee sanggul ni mengingatkan aku pada cikgu BM aku masa form 2..walaupun dia ajar sekejab aje.. tapi terkesan di hati bila nampak dia jual mee sanggul ni kat bazar ramadhan Guar Chempedak lepas tamat kontrak.. dan mee dia sangat sedap. Abah aku hari-hari beli mee dia bawak balik untuk berbuka puasa. Cikgu Rohani.. masih terbayang wajah cikgu yang tersenyum sambil berniaga .. sedih la pulak.sob..sob..


Ahad, 18 November 2018

MEE KARI HARI RAYA

Assalamualaikum..

Mee lagi kita.. tapi kali ni resepi Mee Kari pulak. Kenapa nama dia Mee Kari Hari Raya?? Sebab, boleh dikatakan tiap kali raya, aku kena buat dan akan buat sebab permintaan kaum merabat di kampung.

Bahan-bahan;
4 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
3 btg serai
***blend semuanya

2btg Kulit kayu manis 
3-4 kuntum bunga lawang 
1 mangkuk cili kering blend
2 pek kecil serbuk kari daging
2 tangkai daun kari

1 mangkuk isi ayam
1 mangkuk isi kerang rebus
Fish ball & fish cake ikut suka banyak mana nak
4-5 keping tauhu goreng - beli yang siap goreng.Tak ada pun tak apa
1 liter santan

Untuk hidang:-
1 pek mee 
Sawi dan taugeh -celur
2 keping tauhu- sapu kunyit,goreng dan potong nipis
Cili merah
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Telur rebus
Limau nipis -optinal

Cara-cara;
1. Tumis bawang-bawang, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai layu
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air sampai pecah minyak dan masukkan ayam bersama 2 liter air. Didihkan.
3. Masukkan kerang rebus, tauhu goreng dan segala macam bahan yang ada. Akhir sekali masukkan santan (aku guna santan sawit) garam dan 1 kiub ayam.(sape suka aji ke..serbuk cukup rasa ke..letak aje)..dan siap!

Tuang kuah mee yang siap dicelur dan hidangkan dengan dedaunan yang berkenaan.

Yang ni ada udang kertas/udang lipan


Gambar di atas adalah dari raya tahun yang berbeza 

Rahsia mee kari aku lambat basi dan tak muak untuk makan ialah..aku gunakan santan sawit jenama Khalis. Santan tak pecah minyak walaupun over cooked. Lagi 1..mee kari kalau tak ada kerang..sumpah tak sedap weh..tak cukup syarat.

Sabtu, 17 November 2018

RESEPI MEE BANDUNG UTARA CARA AKU

Assalamualaikum.

Hari ni kita buat Mee Bandung pulak..bukan mee bandung muar ye. Ni mee bandung utara 😂. Mungkin bahan dan rasa tak sama sebab aku kat Kedah..tekak dan selera utara.


Bahan-bahan;
3 ulas bawang merah -ditumbuk
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 mangkuk cili kering blend
1 mangkuk daging rebus
1/2 cawan sos cili
2 sudu air limau nipis
10-15 ekor udang
2 ketul tauhu -potong kiub
1 kiub ayam
1 pek mee -celur
3 biji telur
3 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air
Kobis
Sawi
Taugeh
Tomato
Daun Sup
Daun bawang
***kuantiti sayur terpulang kepada selera masing-masing

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang dan cili kering sampai pecah minyak dan masukkan air rebusan daging. 
2. Masukkan sos cili dan air limau nipis, kiub ayam, garam dan sedikit gula.Masak hingga mendidih.
3. Masukkan daging rebus, udang, sayur-sayuran, bancuhan air tepung jagung dan telur.  Renihkan hingga mendidih. Perasakan dan tuang kuah atas mee . Siap

Walaupun rupa parasnya tak berapa menawan..tapi rasa boleh tahan ..cubalah ye.

Jumaat, 16 November 2018

MEE KUAH TULANG STAIL UTARA

Assalamualaikum.

Puas cerita pasal percutian..Kali ni aku nsk kongsikan koleksi resepi pulak.  Menu berasaskan mee. Dan aku nak kongsikan resepi Mee Kuah Tulang stail utara. Tak tahulah aku kat selatan macam mana kan ? Sama aje kot..


Bahan-bahan;
Untuk Kuah:-
4 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan udang kering
1 mangkuk cili kering
***Bahan tumis-semua bahan ni blend

4 biji kentang
2 biji ubi keledek merah(besar penumbuk,lebih pun ok)
***Rebus dan blend dengan sedikit air
1 cawan sos tomato
1 kiub pati lembu/ayam
1/2 cawan gula

1kg tulang
1/2kg daging
*** rebus dan jadikan stock anggaran 2liter, daging siap rebus guna untuk hidang

Untuk Hidang:-
1 pek mee -celur
2 ketul tauhu -sapu kunyit,goreng dan potong
Sawi -celur dan potong
Taugeh -celur
Telur Rebus
Daun Bawang
Daun sup
Cili merah
Bawang Goreng
Daging rebus -potong nipis
Limau nipis - optinal..


Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan, masukan 1 per 1 hingga naik bau dan akhir sekali masukkan cili blend.
2. Masukkan tulang dan air rebusan tulang, masak hingga didih.
3. Masukkan ubi-ubi yang siap lenyek/blend dan sos tamato. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Perasakan,gula dan garam. Kuah mee tulang ni mesti ada manis-manis sikit ye..bukan manis gile 🤣
Untuk bahan yang aku bagi tu, boleh penuh 1periuk 6liter

Siap dihidang!

Khamis, 15 November 2018

KALENDER CUTI

Assalamualaikum

Sudah menjadi amalan aku sejak 2015, aku akan plan cuti betul-betul. Tanda di kelander dan tengok mana cuti am yang bersambung dengan cuti minggu dan cuti sekolah. Puncanya sebab mudah aku nak atur cuti untuk tahun akan datang. 

Biasanya planner ni aku buat dalam bulan 8 ke atas lah, sebelum masuk tahun baru. Dan aku akan save di album kat fb aku.

Album kat fb

Planner 2016

Planner 2017

Planner 2018

Planner 2019

So..ada sape-sape yang buat macam aku? Kalau ada .. #kitaGeng !!!

Rabu, 14 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 14

Assalamualaikum.

Dari Disneyland, kembali ke TST. Ini adalah malam terakhir percutian dan Iera di Hong Kong. Dan malam ni kami tapau aje nasi di kedai pakistan yang ada di Chungking Mansion tu.

Kalau korang perasan lah kan..selama aku travel ni..mana-mana pun aku pergi, aku dan Iera sangat tak kisah bab makan. Kami tak cerewet dan tak memilih. Asal halal, kami bedal. Dah pergi negara orang, kami tak fikir pun menu macam kat rumah. Aku paling boring jenis yang nak pergi travel, semua perkakas dapur dia nak usung...sampai ke periuk nasi, lesung batu semua nak angkut..kau ni nak pergi berjalan ke nak pergi makan? Baik duduk rumah ajelah tak payah nak pergi mana-mana. Dah pergi negara orang, cubalah makan menu negara orang pulak.


01 November 2018
Hari ke-6

Berakhirlah percutian kami. Dari Chungking Mansion kami kena keluar awal sebab Air Asia dah reshedule flight.

Lintas jalan dan kekanan untuk ke bus stop. 

Tengok signboard Emperor.


Kat sini memang bas untuk ke Airport akan berhenti

Untuk balik, jangan panik sebab Airport untuk depature adalah di Terminal 2..

Terminal 2

Sampai di sana, kami cari kaunter untuk return Octopus Card dan ambik balik deposit.


Masuk dalam airport, tengok sebelah kiri,masuk ikut pintu ni..jalan terus sampai hujung, masuk kiri lagi..

Sampai nampak kaunter ni..return Octopus Card disini

Baki yang akan diterima dari HKD150 


Patah balik ke depature hall 

Check-in awal kat Malaysia pun tak guna. Mesti pergi check-in kat kaunter jugak.Nanti dia bagi slip dan kad tunjuk arah ni kat kita


Penerbangan pukul 11am..sepatutnya kami balik petang sebab flight ke Alor Setar pagi esoknya. Tiba di KLIA dalam pukul 3. Kerana AirAsia punya reshedule, kami  cuba nasib minta tukar waktu untuk balik. Alhamdulillah..dapat juga balik malam yang sama dan yang bestnya, dapat seat paling depan.


Alhamdulillah..habis juga catatan aku untuk backpackers berkelana dengan BFF aku. Sememangnya bagi mereka-mereka yang dah cuba backpakers macam ni, akan jadi ketagih.

Sekian dulu untuk ini. Insya Allah, ada lagi tempat nak pergi, masa yang belum mengizinkan. Maaf kalau aku tak dapat perincian tambang dan sebagainya sebab aku lupa. Naik MTR dan bas pun guna Octopus Card. Kalau aku jumpa mana-mana catatan nanti, aku akan updatekan.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada korang yang nak ke Hong Kong nanti.

Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...