Assalamualaikum.
Peristiwa basi.. gila punya basi. Oktober 2016 punya cerita. Aku ke Hong Kong bersama Iera. Backpakers lagi lah.. Aku dah tak feel kalau nak pergi travel guna pakej. Tambah-tambah kalau aku rasa keadaan sana lebih kurang dengan Malaysia. Tujuan aku menulis balik pengalaman backpakers ke Hong Kong ni adalah sebab EO aku yang tanya. Aku nak cerita, aku pun dah lupa. Dan sekarang aku mengumpul balik segala map, gambar, itenary dan tiket yang aku ada masa pergi Hong Kong dulu.
Sesungguhnya, backpackers berdua amatlah best sekali..Untuk kali ni, aku minta maaf andai ada benda yang aku tak dapat share kerana faktor LUPA. Aku tulis apa yang aku ingat aje ye. Kita mulakan catatan Misi Menjejak Jackie Chan dan lafaz Bismillahhirrohmanirrahim..
Seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan, aku google dan study dulu tentang public transport, tempat menarik, tempat makan dan lain-lain. Aku print map dari google dan tanda mana tempat nak pergi. Aku tak nak harapkan apps 100% sebab tak tahu wifi kat sana macammana. Lebih baik manual lah. Kiranya dalam beg aku penuh peta dan noted yang aku catat stesen mana ke stesen mana dan setesen mana yang terdekat dengan tempat dituju
Download apps ni..inilah yang paling membantu. Bagi mengelakkan masalah wifi untuk akses apps..aku cari route siap-siap dan aku screen shot.. so tak ada masalah untuk aku tengok route di HK nanti
Ini screenshot dari apps. Untuk backup, aku print macamni
26 Oktober 2016
Bertolak dari Alor Setar ke KLIA. Flight jam 9.30 malam. Sampai di KLIA pompampompam.. pukul 11. Belasah KFC dulu sampai mata mengantuk dan cari port untuk tidur. Maka jadilah kami gelandangan KLIA seperti biasa. Flight pukul 8.00pagi esoknya.
27 Oktober 2016
Hari Pertama
Hari Pertama
Seperti biasa, aku dan Iera tak check-in bag sebab kami bawak bagpack aje. Dan pada waktu tu, AirAsia tak strict sangat pasal beg lebih 7kg. Beg aku saiznya memang ikut spek..tapi berat 15kg lebih.
Atas flight, biasalah cabin crew bagi Arrival Card untuk diisi dan selit dalam pasport.
Flight take off lebih kurang 8.40 pagi. Kami ambik meal ..4 jam pun lapar oi. Lepas makan tido..pastu bising.. asal naik flight naik PR China je..wajib bising macam pasar borong.
Lepas imigration dan kastam, aku dan Iera capai Tourism Map yang ada di pintu keluar.
Kami ke sebelah kanan (dari pintu keluar - Arrival) untuk cari kaunter yang jual Octopus Card. Kaunter tu macam kat gambar.
Beli kad sorang 1 dengan nilai HK100 tapi bayar HKD150.. (HKD50 tu deposit bila return kad). Aku dah lupa currency berapa masa tu.
Touch down di HK Airport lebih kurang pukul 1.
Lepas imigration dan kastam, aku dan Iera capai Tourism Map yang ada di pintu keluar.
Kami ke sebelah kanan (dari pintu keluar - Arrival) untuk cari kaunter yang jual Octopus Card. Kaunter tu macam kat gambar.
Beli kad sorang 1 dengan nilai HK100 tapi bayar HKD150.. (HKD50 tu deposit bila return kad). Aku dah lupa currency berapa masa tu.
Antara maps yang aku ambik. Apapun, sebelum bertolak,aku dah print sendiri untuk study.
Lepas tu kami ke sebelah kiri airport (still dalam bangunan) ada booth dan kaunter jualan pakej. Aku dan Iera nak beli pakej untuk tiket sahaja. Kami ambil 3in1.
Elok beli siap-siap supaya kami tak kena beratur pada hari nak berjalan-jalan tu. Tips jimat masa dan tak buang karan. Tiket yang dibeli Madame Tassauds, The Peak Tram dan Disneyland.
Elok beli siap-siap supaya kami tak kena beratur pada hari nak berjalan-jalan tu. Tips jimat masa dan tak buang karan. Tiket yang dibeli Madame Tassauds, The Peak Tram dan Disneyland.
HKD729 untuk 1 orang
Tiket 3in1 : The Peak Tram + Sky Terrace 428 + Madame Tassauds
Disneyland
Aku dan Iera akan menginap di area Tsim Sha Tsui, nama tempat tu Chungking Mansion dan mengikut map yang aku study, kena ambik bas A21 untuk kesana.
Keluar dari airport terus nampak terminal bas, sebelah kanan. Tunggu dan beratur di situ. Iera dah booking hotel melalui Agoda. Suka dimaklumkan, rate hotel sana..MAHAL. So carilah yang patut padan untuk tidur dan mandi aje. Kami booked New London Hostel. Harga untuk 5 malam RM639.79..kiranya seorang RM319.90 (jatuh RM64 per night per head).
Kepada yang nak pergi nanti, aku nasihatkan jangan booked hostel ni. Sempit gila weh. Dan kedudukan hostelnya ditingkat teratas, kena panjat tangga lagi.. letih oo.
Oklah.. ni baru intro. Tunggu next part.
Adeuss!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!