Isnin, 12 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 12

Assalamualaikum.

Balik dari makan di Ma's Restaurant, kami berehat dulu. Dan pukul 7.30 macam tu, kami keluar ke Avenue of Star. Walaupun di tutup dan yang tutup tu hanya kawasan yang ada patung dan bintang-bintang tu, tapi laluan perjalan kaki masih ada.

Sayangnya video sebelum kejadian je ada..yang masa kejadian..gone with the wind 😂


Punya ramai manusia nak ke sana


Aku nak tengoklah sendiri stars light show yang kononnya gah sangat tu..


Ramai jugak yang melepak kat situ nak tunggu show. 

Ok..tunggu sampai habis.. dalam 10-15 minit aje..dan aku rasa macam biasa-biasa je. Tak delah wowww sangat macam yang diorang iklankan ..konon cahaya terang benderang berwarna warni..rasanya show malam tu 10% je kot dari show sebenar.

Balik dalam pukul 8.30malam dan kami singgah di restoren muslim yang berada dalam bangunan Chungking Mansion ni. Harga boleh tahan tapi portion memang banyak. Sampai kami tapau bawak balik. Makan lagi ..tadi punya dimsum dah lebur dalam perut pasal menapak berbatu-batu nak cari T-shirt.




1 nasi dan lauk ni boleh makan 2 orang..


Esok misi menjadi budak-budak pulak..

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...