Assalamualaikum.
Dari Disneyland, kembali ke TST. Ini adalah malam terakhir percutian dan Iera di Hong Kong. Dan malam ni kami tapau aje nasi di kedai pakistan yang ada di Chungking Mansion tu.
Kalau korang perasan lah kan..selama aku travel ni..mana-mana pun aku pergi, aku dan Iera sangat tak kisah bab makan. Kami tak cerewet dan tak memilih. Asal halal, kami bedal. Dah pergi negara orang, kami tak fikir pun menu macam kat rumah. Aku paling boring jenis yang nak pergi travel, semua perkakas dapur dia nak usung...sampai ke periuk nasi, lesung batu semua nak angkut..kau ni nak pergi berjalan ke nak pergi makan? Baik duduk rumah ajelah tak payah nak pergi mana-mana. Dah pergi negara orang, cubalah makan menu negara orang pulak.

01 November 2018
Hari ke-6
Berakhirlah percutian kami. Dari Chungking Mansion kami kena keluar awal sebab Air Asia dah reshedule flight.
Lintas jalan dan kekanan untuk ke bus stop.
Tengok signboard Emperor.
Kat sini memang bas untuk ke Airport akan berhenti
Untuk balik, jangan panik sebab Airport untuk depature adalah di Terminal 2..
Sampai di sana, kami cari kaunter untuk return Octopus Card dan ambik balik deposit.
Masuk dalam airport, tengok sebelah kiri,masuk ikut pintu ni..jalan terus sampai hujung, masuk kiri lagi..
Sampai nampak kaunter ni..return Octopus Card disini
Baki yang akan diterima dari HKD150
Patah balik ke depature hall
Check-in awal kat Malaysia pun tak guna. Mesti pergi check-in kat kaunter jugak.Nanti dia bagi slip dan kad tunjuk arah ni kat kita
Penerbangan pukul 11am..sepatutnya kami balik petang sebab flight ke Alor Setar pagi esoknya. Tiba di KLIA dalam pukul 3. Kerana AirAsia punya reshedule, kami cuba nasib minta tukar waktu untuk balik. Alhamdulillah..dapat juga balik malam yang sama dan yang bestnya, dapat seat paling depan.
Alhamdulillah..habis juga catatan aku untuk backpackers berkelana dengan BFF aku. Sememangnya bagi mereka-mereka yang dah cuba backpakers macam ni, akan jadi ketagih.
Sekian dulu untuk ini. Insya Allah, ada lagi tempat nak pergi, masa yang belum mengizinkan. Maaf kalau aku tak dapat perincian tambang dan sebagainya sebab aku lupa. Naik MTR dan bas pun guna Octopus Card. Kalau aku jumpa mana-mana catatan nanti, aku akan updatekan.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada korang yang nak ke Hong Kong nanti.
Adeuss!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!