Isnin, 5 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 5

Assalamualaikum.

Sampai di Hong Kong dari Macau dalam pukul 4 petang. Tak jumpa pun Jackie Chan..ingatkan dia pergi Casino kat sana..🤣🤣

Kami berjalan ikut jalan lain..sambil peta di tangan.


Tup-tup jumpa Kowloon Park..inilah bestnya backpakers gamble macamni. Macam-macam boleh jumpa.



Jalan-jalan kejab..perut menjerit minta di isi.. turun dari Kowloon Park kami terus berjalan lagi cari Masjid..



Alhamdulillah jumpa. Tapi masjid ni tak ada tempat makan. Sekadar berjalan-jalan. Aku dan Iera tak dapat nak masuk sebab masalah bulanan orang perempuan, so tak ada gambar dalam Masjid..jangan korang ingat aku cari masjid pasal nak makan aje..kena panah petir kang!

Diseberang jalan masjid, kami dikejar mamat india ..nak bagi pamplet restoren . OO..pakistan rupanya. So kami ambik keputusan untuk makan kat restoran tu. Restoren tu di tingkat 2..dia bawak kami naik..ruang kaman pun besar ruang tamu ajelah. Harga? Kau tengok lah kat bawah ni.



Ini ajelah rezeki kami.. lunch pukul 4

Bangunan restoran seberang jalan menghadap tepi Masjid Kowloon. Namanya bangunan tu Haiphong Mansion. Kat sini pun ada hostel dan hotel. Korang bolehla cuba stay kat sini. Tak crowded dan tak bising..tak kotor macam Chungking Mansion.

Sesudah makan, kami jalan tanpa arah tuju..tengok map dan nak jalan-jalan kedepan lagi..yang bestnya bila menapak dan jumpa macam-macam.


Tetiba..terjumpa taman ni pulak..semuanya watak anime Hong Kong..aku tak kenal sangat. Iera kenal la jugak sebab anak-anak dia semua sekolah cina dan nampak anak-anak baca komik kartun-kartun ni semua.

Namanya Hong Kong Avenue of Comic Stars. Tempat agak tersorok, landmark dia, dari Masjid Kowloon, sebelah kiri akan ada tangga dan kiri kana tangga tu ada patung-patung kartun yang pelbagai sepanjang tangga.

Antara yang ada..entah apa nama pun tak taulah aku..kalau kartun jepun ..taulah jugak kan?

Memang kalau tak naik tangga tu, kami pun tak perasan rupanya di atas sana ada kawasan lapang yang ada pelbagai watak anime. Menarik jugak..tulah bestnya backpackers ni.



Balik ke Chungking Mansion



Disebabkan perjalanan untuk menapak jauh lagi,sempat juga jeling-jeling deretan kedai di sebelah kanan.
Terjumpa tangan rasaksa ni tengah jalan

Dek kerana keletihan merantau sampai ke Macau..malam tu kami dah tak keluar.. lepak aje di bilik makan megi..kumpul tenaga untuk esok.


Ok..sambung esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...