Selasa, 6 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 6

Assalamualaikum

29 Oktober 2016
Hari ke-3

Masih belum jumpa Jackie Chan..apalagi jejak dia. Harini kami akan ke Victoria Peak di pulau Hong Kong sana. Mula tu nak naik feri, tapi takut lambat sebab sebolehnya nak sampai ke Victoria Peak awal-awal pagi..Dan..yes!!! Kami yang terawal sampai..hahah..semangat sungguh.

2 stop aje dari TST


Untungnya beli tiket awal, kami juga yang pertama naik tram. Driver tram pun perempuan.. Ok di sini aku bagi guide macam mana nak cari stesen tram ni. Tengok gambar di bawah.

Stesen MTR kami yang terdekat adalah TST

Bermula dari stesen MTR dekat Chungking Mansion, stesen TST, masuklah mana-mana stesen pun , carilah arah ke Central. Kebanyakkan stesen/stop MTR melalui shopping mall.

Dari Central ke The Peak Tram

Tiba di Central, carilah pintu keluar ke Chater Garden J2.

Ok ni map dari central.. map yang atas tu The Peak kat bawah..ni aku dah rotate map bagi The Peak kat atas..follow je map ni

Map ni aku zoom kan sikit. Boleh nampak kedudukan Chater Garden -> Garden Road (Kanan bangunan Cheung Kong Center, Kiri bangunan Bank of China Tower) -> St.John' Catheral


Kecik pulak signboard Garden Road

Lintas jalan menuju Garden Road (terus lalu ikut koridor depan tu sampai ke hujung)

Kat situ akan nampak bangunan macam dalam gambar ni.



Terus jalan sampai nampak signage Cheung Kong Center di belah kanan

Dan Bank of China diseberang jalan sebelah kiri


Landmark lain cari Bank of China Tower kemudian Garden Road. Jalan ikut koridor bangunan sampai jumpa bangunan Cheung Kong Center di sebelah kanan dan di seberang jalan sebelah kiri adalah bangunan Bank of China Tower.

Terus jalan sampai jumpa..

Gereja St. John Cathedral

dan Lower Albert Road

jalan terus je

sampai nampak signange ni dan tengok sebelah kiri..

dah sampai..sila lintas jalan ye


The Peak Tram

Pintu masuk untuk  naik tram, ada galeri kat situ, boleh cuci mata dulu

Jalan lagi sampai nampak sebelah kanan ada gereja St. John Cathedral. teruskan menapak dalam kepayahan sebab jalannya agak mendaki ye puan-puan sekalian..pecah peluh dah aku dengan Iera pagi-pagi.

Depan sikit dah nampak landmark bulat Peak Tram sebelah kiri..sebelah kanan ada jalan nama Lower Albert Road..lintas jalan dan sampai.

Di kawasan kaunter tu ada The Peak Tram Historical Gallery, boleh cuci mata sebelum tram sampai.



Kami yang terawal, pukul 8.55pagi dah tercegat kat situ,

Ok..esok aku akan cerita, perjalanan naik ke Victoria Peak pulak..dan cerita-ceriti apa yang berlaku atas bukit tu. Harini aku bagi korang tengok jalan dulu..kata orang atas The Peak ni boleh nampak rumah Jackie Chan..tapi aku skodeng ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...