Khamis, 8 November 2018

MENJEJAK JACKIE CHAN - HONG KONG PART 8

Assalamualaikum.

Turun dari The Peak, sampai bawah pun dah hampir pukul 3.30petang. Time ni perut dah berkeroncong. Niat nak pergi Masjid Amman . Kat sana ada Islamic Center dan jika bernasib baik, dapat makan kat kantin disana. 

Berpatah balik ke stesen Central. Masjid Amnar yang aku tanda merah tu.

2 stop,line biru

Cari jalan ke stesen MTR terdekat, kami kembali ke Central sebab takut cari  stessn Admiralty  tak jumpa, naik MTR turun di Wan Chai.

Masjid Ammar yang bertanda merah.

Dari Stesen Wan Chai ke Masjid Ammar 700m jugak..

Dari Wan Chai punyalah jauh jugak nak menapak..akhirnya, sampai jugak di Masjid Ammar..turun ke kantin..aduhai.. makcik tu tengah lap meja nak tutup. Kami sampai pun dah pukul 4.30. Rasa nak menangis..uwaaaa..

Kami masuk ikut tepi..pintu masjid kat depan lagi..bangunan sebelah kiri tu.

Frust jugak, dan ada budak pakistan kat situ yang fasih cakap BI nak tolong kami, bawa ke restoren itik..tak apalah, kami ambik keputusan balik ke Tsim Sha Tsui. Kalau nak naik feri, kena patah balik ke Central, so baiklah terus je ambik MTR balik ke . Sampai di Chungking Mansion, kami belasah nasi dan lauk pauk India aje . 

30 Oktober 2016
Hari Ke-4

Seusai sarapan megi campur serunding lagi. Harini kami cuma nak jalan-jalan sekitar TST aje. Ada banyak tempat dan muzium kami nak singgah. Yang tak ada dalam itenari pun dengan tak sengaja kami sampai. Ikut saja kaki melangkah, dibantu map yang lunyai di tangan.


Dari Chungking Mansion kami nak ke Avenue of Stars.. sedih teramat sedih sebab ditutup untuk renovation. Frust gila. Kami teruskan menapak menuju Tsim Sha Tsui East Waterfront. Tak sempat sampai, ubah plan nak ke muzium. dari Salisbury Road, kami belok ke kanan, Chatham Road. Dengan tak semena-mena aku nampak 1 bangunan yang ada eskelator tinggi.

Tup-tup, terasa hati nak naik sebab dibawahnya macam stesen bas aje..sampai-sampai je kat atas.. Masya Allah.. jumpa tempat yang aku tak tahu pun wujud.

Bruce Lee Statue.bagaikan 1 taman atas bangunan. Kami pun buang lah masa kat sini hampir 1 jam. Pagi masih awal..masih dingin..tak sangka pulak..lain di cari, lain yang jumpa..

Bruce Lee Statue

Kat sini rupanya, semua patung yang ada di Avenue of Star dipindahkan. Termasuk patung Anita Mui. Juga plat tapak tangan artis Hong Kong.




Panjang betul jari Jackie Chan


Tak sangka betul, atas bumbung bangunan boleh wujud taman macamni. Aku lepak dan bergambar dengan Iera. Teramah pulak ...bersembang dengan 1 ahso ni. Katanya, artis-artis HK ada kelas dan ekslusif. Peminat tak boleh nak terjah ambil gambar sesuka hati..kecuali bila ada event aje..kalau nak diikutkan..HK ni cinonet je..pusing-pusing mesti lah jumpa kan? Tapi itulah cara orang HK respek dan angkat kelas artis-artis dia.

Ok..sambung esok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...