Selalu cerita pasal menu..resepi ..tapi tak cerita pulak pasal alat bantuan di dapur AKA.. gajet dapur. Bagi isteri berkerja macam aku, memang perlu benda-benda ni semua. Nak-nak lagi, suami pulak jenis yang makan tak banyak komplen, lagi rajin pulak rasa nak jamu macam-macam menu.
Untuk entri pertama pasal gajet dapur, aku nak cerita pasal periuk tekanan atau bahasa mudahnya Pressure Cooker atau dipendekkan sebagai PC. Kat Malaysia ni terkenal dengan PC jenama Noxxa. Aku yang bergaji 3k pun aku dah rasa macam mahal. Hasil masakan sama aje kan?
So, aku memilih yang lebih murah, padan dengan harga, fungsi yang lebih kurang sama. Value for Money kata orang kampung aku. Aku riki punya riki..jumpa 1 brand nama Ewant. Aku beli di Lazada dengan harga RM177 free shipping.
Tak pasti pulak kenapa dekat gambar tu dia tulis No Warranty, tapi ada warranty 12 bulan.Gambar ni dari list item akaun lazada aku. Beli pun dah lama, Disember 2017.
Harga terkini RM189. Harga ni naik turun ikut suka dia je. So , sesiapa yang boleh beli bawah dari RM177(harga aku beli) tu dah kira murah sangat dah tu.
Ada 3 warna.. walaupun blog aku nama pen BIRU.. tapi bab barang aku suka MERAH. PC ni ada 2 saiz, 6liter dan 12liter. Beli yang 6liter cukuplah.
Antara fungsi PC ni.
Ni semua ada dalam set PC
Ni PC aku. Banyak berjasa dan tak pernah meragam lagi.
Apapun, nak beli apa sekali pun, fikirlah fungsi dan bajet yang kita ada. Jangan kerana nafsu, nak ikut trend, nak tiru kawan, nak lawan jiran, kita berhabis duit beribu-ribu sedangkan kita boleh beli benda yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.
PC aku contohya, nak rebus sup tulang 1, timer dia akan set auto. 40minit. Memang lembut tertanggal daging dari tulang. Sup kaki ayam, 20 minit aje. Cuma PC ni ambik masa untuk panas dalam 5-10minit. Oklah.Jimat dah gas nak rebus berjam-jam.
Pepatah melayu, alah membeli menang memakai..pada aku dah tak relevan untuk sesetengah perkara. Bagi aku..biar menang membeli dan menang memakai. Beli mahal-mahal tapi kalau dah memang pemalas, apa pun tak guna. Last-last berhabuk jua periuk tu atas rak. Paling sedih..beli branded, bayar secara kutu.. ada yang monthly installment..tiba-tiba resepi nak masak sup pun tak tahu..camne tu?
Harus diingat, benda ni hanya alat sahaja. Ada macam-macam jenama dan harga. Apapun..Ukur baju dipadan sendiri.
Adeuss!!
sy kerachunan dengan kawan kawang pengguna Noxxa. Tapi akhirnya..PC tu bertugas 3 bulan sekali
BalasPadambestkan guna pressure cooker...cepat je masak...
BalasPadam