Pernah dengar Sambal Petai Soun? Tak pernah?? Aku pun tak pernah🤣🤣🤣. Ini kisahnya terjadi sebab aku dah putus idea nak masak apa. Nak buat Sambal Goreng Jawa..bahan tak cukup..last-last jadilah resepi ni.
Bahan-bahan;
30 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
***kisar semua
Segenggam ikan bilis
3 camca udang kering -rendam dalam 5 minit
2 pek soun pucuk -rendam hingga pucuk lembut
5 papan petai -biji sahaja
Cara-cara;
1. Goreng bilis dan ketepikan.
2. Guna minyak yang sama, tumis bahan yang dikisar dan masukkan udang kering.
3. Bila dah nampak agak garing, masukkan petai, pucuk dam soun. Kacau rata
saya memang suka letak suun dalam masakan...ala ala pelengkap rasa dan rupa resepi la kononnya
BalasPadam