Khamis, 31 Januari 2019

SCAMMER : 016-8368642

Assalamualaikum

Sejak aku kongsikan senarai scammer..macam-macam jenis tektik menyamun yang aku jumpa. Untuk kali ni, menyamar sebagai pembeli, konon transfer duit, edit resit transaksi atau menggunakan kaedah schedule transaction (transfer tapi hold untuk dapatkan resit dan kemudan batalkan transaksi).

Kepada peniaga online..mohon check dulu transaksi payment yang dibuat bagi mengelakkan masalah macamni.





Itu sahaja perkongsian untuk hari ni.. moga memberi manafaat kepada semua.


*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Rabu, 30 Januari 2019

SCAMMER : 013-6934983

Assalamualaikum

Berbalik kepada kisah scammer.Untuk kali ni, aku kongsikan scammer yang menyamar jadi peniaga online. Biasanya scammer macamni akan ada FB account.. IG account untuk dapatkan mangsa..mangsa akan percaya dengan perniagaan si scammer tadi.Lepas duit siap bank-in terus hilang. 






NO.AKAUN : CIMB 7622454287
BSN 0530041000081887
MAYBANK 155050566891
NUR MUHAMMAD FIRDAUS BIN NAYAN

Scammer ni menggunakan Whatsapp dan juga Talegram. So, berhati-hati untuk membuat sebarang pembelian online.

*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah masalah penipuan ni selesai.

Selasa, 29 Januari 2019

CALIPH BUSKERS DAN AJL 33

Assalamualaikum

Anugerah Juara Lagu 33 akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 ini. Aku sebenarnya tak berapa nak ikut sangat perjalanan AJL33 ni sebab.. entahla. Rasa macam tak best pulak..ada lagu best.. suara penyanyi asal pulak sendu-sendu gitu..TAPI....

Dek kerana pukulan Caliph Buskers yang madleykan 12 lagu finalis..tetiba aje aku rasa..WOW!!!

Serius aku cakap..nyanyian Caliph Buskers 1juta kali lebih sedap dari penyanyi asal..kebolehan mereka sangat luar biasa..dan kebolehan inilah yang dihidu Edry KRU yang membawa Caliph Buskers ke pentas AJL beberapa tahu lalu bagi menggantikan kumpulan Mojo.. dan disini aku kongsikan video klip dari channel youtube Caliph Buskers sendiri..korang dengar dan nilai kan sendiri..

Apa nak kata?? 
Aku nak cakaplah kan..penyanyi asal tu semua tak payahlah perform malam AJL nanti..dok bawah makan pop corn sudahla...bagi Caliph Buskers sajalah menyanyi semua. Depa tapau habih wehhhhh..

Isnin, 28 Januari 2019

SCAMMER : 017-6855084

Assalamualaikum.

Scammer seterusnya. Modus operandi menyamar sebagai anggota polis. Menipu mangsa konon akaun bank disalahguna penjahat atau ada hutang bank tertunggak dan minta mangsa pindahkan semua duit sementara je akaun yang diberi. Kisah ini aku dapat dari perkongsian di facebook.















Berhati-hati ye. Setan ni masih bebas dan di true caller pun belum banyak report lagi. 



*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah kes penipuan ni selesai.

Ahad, 27 Januari 2019

SCAMMER : 010-4332197

Assalamualaikum

Lagi kes scammer menggunakan identiti orang yang mangsa kenali. Scammer yang sama dengan yang aku kongsikan semalam..

NO.AKAUN : CIMB 8008466263 - ZY EXEL ENT





Apa yang aku perasan disini, nombor akaun untuk scammer jenis ni adalah nombor yang didaftarkan atas nama syarikat. 

Pesanlah kepada ibu bapa korang ..terutama orang tua..agar jangan percaya sebarang mesej yang datang dari nombor yang tidak dikenali dan kemudian menyamar sebagai kawan-kawan. Banyak kes macamni, mangsanya adalah warga emas..

Paling sedih, yang buat kerja jahanam ni adalah bangsa Melayu.. 

*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah masalah penipuan ni selesai.

Sabtu, 26 Januari 2019

SCAMMER : 010-4332197

Assalamualaikum

Perkongsian ke-2 mengenai scammer. Mohon korang berhati-hati dan kalau boleh save nombor telefon ni dan block.


Kali ini melibatkan whatsapp dari nombor 010-4332197. Menyamar jadi ustaz la pulak





NO.AKAUN : CIMB 8008466263 - ZY EXCEL ENTERPRISE

Apapun kena hati-hati kerana ada yang bagi nombor akaun pihak ke-3, contohnya si scammer tadi nak beli barang atau bayar apa-apa maka nombor akaun yang diberi adalah nombor pihak yang scammer tadi hendak beri/bayar.

Tujuan aku kongsikan disini bukan sahaja untuk korang tapi untuk sesiapa sahaja yang terbaca blog aku ni. Nasihat aku..janga terlalu percaya..penipu dimana-mana.

*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah masalah penipuan ni selesai.

Jumaat, 25 Januari 2019

SCAMMER : 016-6692513

Assalamualaikum.

Sekarang ni terlalu banyak scammer. Aku nasihatkan korang download apps True Caller sebab kalau kita download apps tu, risiko ditipu boleh dikurangkan kerana apps ni berfungsi menyimpan detail tuan punya nombor telefon yang di "save" oleh pengguna true caller yang lain.

Insya Allah, aku akan  kongsikan senarai dan kes scammer di blog ni sebagai salah 1 cara untuk selamatkan korang yang bila-bila masa boleh jadi mangsa.

Untuk hari ni, aku kongsikan kes yang baru berlaku. Posting ni di share oleh rakan fb aku. Modus operandi...menyamar jadi kawan..yang konon tukar nombor phone..lepastu nak pinjam duit sekejab.






Dalam kes ni..mangsa tu betul-betul nasib baik sebab transaksi gagal..Allah lindung dia sebenarnya.

So aku harap korang save nombor penipu ni dan block kalaupun korang taknak download true caller tu.. Berhati-hati dengan ; 
NO.AKAUN : PUBLIC BANK 6877275130 - MD AL FIZZAN
ATAU,
MAYBANK 160036871688 - JUNIDA ZAINAL


Itu sahaja info yang aku nak kongsikan disini. 

*****
*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah masalah penipuan ni selesai.

Khamis, 24 Januari 2019

GEROBOK MINI MARKET : PES TOMYAM

Assalamualaikum.

Bulan 8 tahun lepas aku ke Danok.Kat sana aku borong stok pes tomyam. Mudah nak masak sebab sedap dan halal.

3balang..dah susut stok aku sekarang.Tinggal 2 balang aje lagi.

Ni gambar kat kedai yang aku borong..kat Danok..kalau kat Malaysia pun ada, tapi disini jauh lebih murah

Pes tomyam ni bukan aje untuk masak.kuah tomyam..aku guna untuk goreng nasi, perap ikan untuk bakar, dan macam-macam lagi.

Sedapnya pes ni lebib dari yang berjenama Adabi, Knorr atau Maggi. Ini memang pure orang siam punya selera dan kedai-kedai masakan Thai kat negara kita akan guna pes ni. Sebab tu kadang-kadang rasa tomyam yang kita masak diruma tak sama dengan di restoren siam kat luar sana. Korang patut cuba pes ni.gerenti tak menyesal.

Rabu, 23 Januari 2019

GEROBOK MINI MARKET : FUCUK SOUN

Assalamualaikum

Sambung lagi cerita semalam. Kali ni aku borong stok fucuk soun pulak..orang Kedah sebuk pucuk tanghoon. 

Yang ni pun buatan muslim juga. Lokasi pun dekat dengan kampung aku. Aku borong 20pek untuk buat stok.

Penuh bahagian sayur kat peti ais dengan stok fucuk soun aku

Tak ada beza pun dengan produk kat pasaran..sama je.

Pilihan ditangan kita..pilihla yang halal dan toiyiban yakni bersih untuk dimakan dan menjadi darah daging kita.

Selasa, 22 Januari 2019

GEROBOK MINI MARKET : YEE MEE

Assalamualaikum.

Semalam aku kongsikan jenama Mee Sanggul. Harini aku kongsikan jenama Yee Mee buatan muslim.

Kita pun maklum, yee mee ni bukanlah makanan ruji orang melayu,tapi banyak orang melayu suka makan yee mee. Untuk pastikan yang fardhu diikuti..maka aku pun cuba mencari yee mee buatan muslim.

Akhirnya jumpalah yee mee ni..

Yee Mee jenama Nukman.

Serius sedap. Kalau korang baca entri aku semalam, bolehla koramg tengok berapa banyak stok aku simpan dalam mini market aku.

Inilah hasilnya..yee mee yang aku jadi sizzling. 
Nak resepi ? 
Tengok Sini ➡️RESEPI SIZZLING MEE

Haa..apa lagi, cepat cari mee ni, beli dan buat sendiri. Pasti halal dan toiyiban..Aku tak jual je..aku tolong kongsi info aje.ok

Adeuss!!!


Isnin, 21 Januari 2019

GEROBOK MINI MARKET : MEE SANGGUL

Assalamualaikum.

Aku ni peminat mee sanggul. Tapi susah nak jumpa yang halal dan toiyiban.. halal tu banyak, tapi bab toiyiban tu susah..kebanyakkan mee kering kat pasaran buatan non-muslim. So..paham-paham ajelah ye.

Tiba-tiba nampak mee Sanggul jenama Azman ni..
Mee ni setanding dengan mee yang dah lama dijual dipasaran

Inilah stok mee sanggul dalam mini maket aku..yang bawah tu..yang atas yee mee..esok aku cerita pasal yee me.


Cukup je letak daging, bagi pedas sikit..memang layan.
Nak resepi?? Klik sini ➡️RESEPI MEE SANGGUL

Pasal aku cukup suka, bila aku beli, aku akan beli banyak. Kurang-kurang pun 20pek untuk stok. Benda sedap dan bagus, aku share.. entri ni pun takde ditaja oleh tokey Azman..aku sendiri yang nak share barang baik..ok..

Korang boleh cuba. 

Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...