Isnin, 14 Januari 2019

AYAM GOLEK DALAM KUALI

Assalamualaikum.

Tajuk aku ni..mmmm ntahla, suka hati aku nak letak apapun kan..yang pastinya ianya related dengan apa yang aku buat. 

Tak pasti pulak aku kenapa nama resepi ni Ayam Golek..padahal tak golek pun..tapi itulah, aku makan ni 14tahun lalu. Akak cleaner tempat aku kerja yang buat..dia sebut ayam golek..aku pun..ikut ajelah. Yang pastunya sedap dan kena dengan tekak aku.

Bahan-bahan;
6 ulas bawang putih
2 camca lada hitam
2 camca jintan putih
2 camca jintan manis
2 inci halia
*blend semua bahan ni

1 ekor ayam potong 4
2 cawan santan 
Sedikit air asam jawa

Cara-cara;
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang diblend sampai naik bau.
2. Masukkan ayam, garam, gula dan serbuk cukup rasa atau aji. Balik-balikkan ayam.
3. Masukkam air asam jawa dan teruskan masak denan api sederhana, balik-balikkan ayam.
4. Masukkan santan dan terus balik-balikkan ayam dalam kuah sampai kuah hampir kering. Kalau nak letak atas dulang dan grill pun boleh. Tapi aku teruskan aje masak atas kuali. SIAP..

Hidang cicah dengan air asam. Nasi panas-panas..layan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...