Assalamualaikum
Ogos tahun lepas, aku ke Danok.. Rumah aku dengan sempadan Bukit Kayu Hitam tak jauh pun. Dalam 38km macam tu aje. So, aku dengan BFF aku si Iera pun ke seberanglah..saja jalan-jalan shopping.
Aku beli paste tomyam ori Thailand. Sebab aku suka tomyam. Paste ni memang sumpah sedap gila. Tak payah nak campur apa-apa dah. Siapkan lauk-lauknya dan sayur aje.
Walaupun botol lain-lain label, tapi rasa dia sama je
Aku juga beli chili paste (botol putih tutup biru) untuk tambahkan kepedasan..kalau tak pedas,bukan tomyam namanya.
Untuk resepi Tom Yam Siam ni..sebeharnya tak ada resepi pun. Sebab semuanya dah ada dalam botol ni. Panaskan air setengah periuk, masukkan 4camca paste tomyam, 1 camca chili paste, 2-3 batang serai dan ayam. Didih aje kuah, terus masukkan sayur-sayur,daun limau nipis , bawang holland dan udang. Tak perlu garam pun. Dah sedap. Tapi kalau nak masam lebih , boleh perahkan limau nipis, nak pedas lagi, ketuk 6-7 biji cili padi lagi.
Serius..kalau dah makan yang ni rasanya korang tak perlu makan tomyam kat restoran Thai lagi..dan silap-silap korang rasa korang pulak boleh buka restoren jual tomyam 😜
sedapnyaaaaaaaaa
BalasPadam