Isnin, 18 Februari 2019

NASI LEMAK ABAH

Assalamualaikum

Harini aku nak berkongsi resepi nasi lemak kesukaan abah aku. Abah aku ni pandai masak. Bila dia masak, semua bahan mesti lengkap. Paling cerewet kalau nak makan nasi lemak. Kalau tak cukup bahan, membebel dia ..komplen macam mak nenek pulak.

Inilah resepinya..

Bahan-bahan;
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
*mayang halus
2inci halia-potong lidi mancis
3 cawan beras
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh halba
2 1/2 cawan air
1 cawan santan (aku gunakan santan sawit)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan -simpul

Cara-cara;
Masukkan semua bahan dalam rice cooker aje, gaul rata..petik dan siap!

Kegemaran abah..tapi abah aku dah uzur sekarang..dah nyanyuk..tahun ni dah 85 umur dia.

Rindu abah masa dia masih ingat dulu..sekarang dah tak ingat apa-apa.. tapi, bila aku bagi makan, bagitau dia ini yang aku masak..dia mesti cakap "hang masak sedap" 😭😭😭



4 ulasan:

  1. air tangan abah n ibu ni beza bg akak.... mesti la rindu abah buat mesti rare kan... hehe

    BalasPadam
  2. Sama la...abah saya pun pandai masak...dan suka memasak. Paling dirindui mi goreng abah.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...